yang kurang itu lebih

🙂

kini, betapa saya lebih memahami, kekurangan itu satu kelebihan..

apabila rasa kekurangan, kita akan lebih bersyukur..

sebutir nasi pun, kita tidak akan bazirkan,

setitis air pun, tidak akan terbuang,

secebis roti pun, akan terasa sangat kenyang,

jika kita merasa kurang,

dan SYUKUR,

dan sedar,

bahawa ada lagi yang lebih merasakan ‘KEKURANGAN’ itu dari kita…

jadi,

Marilah KAYA & BAHAGIA dengan SYUKUR! 🙂


p/s : kalau syukur, ALLAH tambah lagi.. jadi, kita tak kurang apa pun, malah lebih.. berbaloi-baloi! 🙂

Posted in Uncategorized

Pagari Hati

pagari nafsuku...

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Munsyid : Saujana/Harapan padaMu subur kembali

_______________

“Dunia adalah penjara bagi orang Mu’min.” [Hadith]

Ya Allah, Penjarakanlah hatiku ini, bantulah hambaMu ini dalam mendidik nafsuku ini, pupuklah cintaMu dalam hatiku ini, aku rayu pertolonganMu, aku pohon ampunanMu… amin..

=(

p/s : maaf sahabat-sahabat, effect dosa, sampai affect mood.. herm..

Posted in Uncategorized

Mati itu Pasti

Perjalanan masih jauh

Perjalanan masih jauh, namun kematian itu pasti. setiap yang bernyawa, pasti akan dijemput pulang. baik buruk yang dibawanya, mahupun yang baik menjadi bekalan. segalanya akan berhenti dan tidak akan bertangguh walau sesaat.

saya belajar syair itu semula, syair dari Zuhair bin Abi Sulma. salah satu bait syairnya yang menarik tarikan, deria dan hati saya adalah pada bait ke-3 dari syairnya Al-Hikmah..

رَأَيْتُ المَنَايَا خَبْطَ عَشْوَاءَ مَنٍْ تُصِبْ

Raaitul manaya khobtu A’sywaa man Tusib

تُمِتْهُ وَمَنُ تُخْطِئْ يُعَمَّرْ فَيَهْرَمِ

Tumithu waman Tukhti’ Yua’mmar Fayahrami

Maksud Baris pertama “Aku melihat kematian itu datang bagai memukul dalam kegelapan, tanpa mengira siapa, bila dan dimana, ia akan menjemputnya”.

Maksud Baris kedua “sesiapa yang dijemputnya, akan mati, dan siapa yang belum dijemputnya akan dipanjangkan umur dan menjadi matang (tua)”

detik waktu menuju kematian

Subhanallah, syair ini memang indah dan mempunyai maksud yang sangatmendalam. penggunaan perkataan khobtu Asywaa’ pada baris pertama yang asalnya bermaksud orang yang rabun malam, yang mencari untanya diwaktu malam, lalu meraba-raba dalam kegelapan dan memukul-mukul apa sahaja yang ada dihadapannya. begitu juga dengan kematian. tanpa perlu melihat kepada siapa, maut itu akan datang mengambilnya. Allah~ Mungkin malam ini, mungkin esok, mungkin lusa…

semoga kita diberikan penghujung kehidupan dengan husnul khotimah, dalam keadaan kita benar-benar adalah seorang Muslim pada kulit dan isinya, dan dengan bekalan yang berat dibahu kanan dan ringan dibahu kiri. amin.

saya takut pada kematian dan saya juga mahu bersedia untuk mati!

nota : Al-Fatihah buat Saudara Farid [Ex-Samtk] atas permergiannya ke Ramatullah. Allah Yarhamuhu…

Posted in Uncategorized

bunga yang layu..

“jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang semakin mengecil dan menyempit. engkau harus tahu bahawa apabila duniamu terasa sempit, sebenarnya   yang sempit bukan dunianya.” -Ar-Rifi’i-

bukan seorang...

saya selalu ingatkan pada diri sendiri bahawa saya bukan hidup sendirian dalam dunia ini.  saya hidup dalam Jamaah, dalam masyarakat secara beramai-ramai. dan kerana itulah, sikap berlapang dada itu amat-amat dituntut dalam kehidupan seharian. daripada bangun tidur, solat, makan, berjalan, mandi, belajar, sampailah saya kembali tidur semula, saya melalui kehidupan bersama-sama orang lain. dan bukan seorang diri.

saya juga mahu, jika saya melakukan kebaikan, orang disekeliling saya juga turut melakukan kebaikan. tapi, kekadang saya tak mampu untuk mengajak. saya hanya mampu untuk melakukan dengan perbuatan. adakah ini dikira dakwah?. memang saya membenci yang mungkar kerana saya mencintai yang makruf, tetapi, kadang-kadang saya takut hati saya disakiti. jadi saya lebih suka untuk terus diam dan buat.

jika saya tidak mahu disakiti, jadi saya jangan cuba untuk menyakiti, dan cuba berkelaku dengan sebaiknya. umpama berjalan diatas tanah yang dipenuhi

berhati-hati..

paku-paku yang tajam, sedaya mungkin kita akan mengelak untuk terpijak paku itu kan?. begitu juga dengan kehidupan dan perhambaan kita kepada Allah.

saya mesti biasakan diri dan hati saya untuk menghalang dari melakukan keburukan. dan selalu mesti menjaga hati agar tidak dipandu nafsu. meskipun saya mesti berlapang dada dengan apa jua yang saya lalui, saya amat-amat takut jika hati saya dah tak rasa dan tak takut dosa dan kejahatan. sangat takut. jika di dalam ramai, sedaya upaya untuk mewujudkan suasana yang menjaga hati. suasana yang tak merosakkan hati. saya tahu, saya juga manusia yang lemah, terkadang kelakuan tak selaras dengan perkataan. saya jadi putus asa apabila, saya yang saya mahukan tidak menjadi apa yang saya mahu. saya jadi hilang identiti. lagi-lagi dalam ramai.

saya berharap...

saya bimbang, tarbiyyah yang saya dapat, tak tembus ke hati. saya bimbang saya tidak ikhlas dalam medan dakwah ini. datang usrah, tapi tak mendatangkannya dengan hati. saya bimbang sangat-sangat saya tak merasakan nikmat ditarbiyyah itu lagi. saya bimbang hati saya tidak terjaga, amal saya tidak terbias pada kelakuan saya. 😦

saya mahu berlapang dada, dan tidak memusnahkan hati saya.

maaf, saya tak pandai meluah, dan mungkin tak pandai mentafsir hati sendiri.

perkongsian semalam

Malam  nie bulan tidak seterang semalam. cahayanya saya nampak seakan pudar. mungkin kerana sayakah yang tidak memakai kanta mata?. saya bersyukur, bulan masih ada. alhamdulillah.

asyik bercakap mengenai bulan, sampai saya terlupa nak berkongsi pengalaman saya. minggu lepas, minggu pack buat saya. bukan kerana apa, banyak tugasan yang perlu di submit, dan dilakukan.

belajar.. belajar...

alhamdulillah, semuanya selesai. hari isnin dan rabu, setiap petang ada Meeting. hari Rabu perlu submit Assignment berkenaan A’ntarah bin Syaddad. hari khamis malam, saya dan rakan-rakan perlu berdebat dalam kelas debat. dan hari jumaat saya selesai mid-term subjek Arabic Lexicography. dan lepas exam saya terus balek rumah, siap tumpang kak seha sampai ke LRT. terima kasih kak seha! 🙂

alhamdulillah, untuk debat bahasa arab kumpulan 2 dan kumpulan 7, kumpulan saya yang mewakili pembangkang menang! hehe, lawan dengan kawan sendiri dan dua orang sahabat foreigner baru. dua-dua dari Saudi saya kira. tak sempat nak bertaa’ruf panjang. haa, tajuknya, “Penggunaan tenaga pakar dari luar amat penting.” apa pendapat kawan-kawan? hehe 🙂 saya tak kisah sebenarnya menang atau kalah, yang penting, saya dapat cakap bahasa Arab, dapat mahir untuk berkomunikasi. alhamdulillah.

cumanya, kelas 3 jam untuk setiaphari khamis buat saya merasa amat amat puas. bukan apa, cumanya, itulah satu-satunya kelas yang saya berkomunikasi dalamnya fully arabic.

mari belajar!

Nak dijelaskan, saya tak cakap bahasa lain kecuali arab,baik dengan ustaz, atau dengan rakan-rakan luar negara. seronok-seronok. untuk kali pertamanya, saya rasa, orang Melayu Malaysia, dah jadi orang asing di negara sendiri! hehe saya dah ceritakan dahulu?. hmm perjalanan kelancaran debat malam tue best dan berjalan dengan lancar. ustaz hanya jadi pemerhati, dan hukkan (pengadil) pun dari kawan-kawan kumpulan 4 kot kalau tak silap saya. ustaz nak biasakan kami untuk berdebat dan berkomunikasi dalam bahasa arab. dan yang paling penting, untuk budak-budak Malaysia yang jarang cakap bahasa Arab, walaupun ambil kos bahasa arab macam kami nie.. hehe 😉

perang.. perang..

saya agak kaget jugalah dihujung perdebatan kami nie. baru saya nampak wajahsebenar bangsa arab yang penuh bersemangat dalam mengutarakan pendapat. mana taknya, saya dah takut kalau mereka berdua bergaduh je tadi. yela, seorang pelajar lelaki arab dari kumpulan lawan, dan seorang lagi dari kumpulan saya, dua-dua mempertahankan pendapat masing-masing. kalau takde pengadil, saya rasa diorang dah rapatkan meja dah.. huu tapi sebenarnya, bukanlah diorang tue bergaduh, cumanya, hammasah dalam diri mereka tinggi. haa maksud hammasah tu semangat yang tinggi!..semangat-semangat… 🙂

di akhir kelas, ustaz sendiri yang memberi pendapat tentang prestasi kami dalam berdebat. alhamdulillah, ustaz banyak beri komentar yang positif untuk kedua-dua kumpulan, ustaz siap komen sorang-sorang lagi. dan yang paling penting penyampaian dari orang Malaysia bagus ustaz kate! kembang berbunga sekejap. cumanya, masih sedar banyak yang perlu dibaiki, lagi-lagi bab nahu. yela, saya nie, kalau time tulis, ok lah nahu nye, bila dah bercakap, nahu kemana, sorof kemana.. hehe 🙂 [jangan tiru saya]

alhamdulillah, belajar makin seronok selagi mana kita ikhlas dan menyeronokkan diri kita. maksud saya, jangan jadi pasif dan jangan terlampau aktif. sederhana keh? okla, saya nak prepare untuk kelas-kelas esok. semangat perlu diteruskan, masih ada 17hari dalam bulan Ramadhan nie. beramal bersemangat, mencari ilmu pun musti kene semangat tau!

selamat bersemangat! 🙂

p/s : untuk umy, saya hutang kamu lagi tak? hehe 🙂

erm, tak bold, tak italic, saya nak cepat nieh.. hehe

Semangat!

SEMANGAT
Tak selalu terdengar LANTANG….

Terkadang SEMANGAT

Gambathe!

Hanya berupa BISIKAN LIRIH di hujung hari
…Yang mengatakan

“…aku akan MENCUBA LAGI esok hari
…Insya ALLAH…(QS.18: 23-24)”

Penebar Tausiyah

p/s : Jadilah apa yang engkau mahu dan apa yang ALLAH mahu…