Speechless

assalamualaikum diari.🙂

lama rasanya tidak mencoret di alam maya, mungkin sebab hati kurang bersih, ditambah pula banyak perkara yang berlaku di alam realiti sejak akhir-akhir ini. apa pun, saya mahu belajar menulis dengan keikhlasan, dan saya tidak akan menulis jika saya tidak ikhlas dalam menyatakan sesuatu. allahu a’lam, moga kita sama-sama diberikan petunjuk dan cahaya Islam dalam kehidupan kita. amin.

saya amat terkejut dengan apa yang baru sahaja saya baca. saya baca artikel nie dari emel yang sahabat saya kirimkan. kawan-kawan boleh klik pada link ini. dalam artikel nie, mengisahkan tentang pengalaman dan perbualan seorang pemuda dengan paderi gereja khatolik. apa yang sangat mendebarkan saya, saya tak sangka sangat seluruh kehidupan manusia dari bayi, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti hingga kepada bab kerjaya, kesemuanya dibawah pemerhatian dan kawalan yahudi laknatullah. daripada persepsi silibus pelajaran sekolah sampai kepada Jubah graduasi apabila tamat belajar di universiti, kesemuanya punya kaitan dengan caturan dan perancangan yahudi. Allah, betapa millah kita telah dikuasai yahudi sepenuhnya.

saya masih ingat lagi, sewaktu di sekolah menengah, kita telah diajar dan dididik bahawa orang pertama yang mengetahui bahawa bumi ini bergerak dan berputar diatas paksinya adalah seorang pengembara eropah iaitu Galilio Galilei, sedangkan, orang yang pertama mengetahui fakta itu adalah tokoh islam dalam bidang Fizik iaitu al-Bairuni. bukan hanya fakta ini sahaja, malah banyak lagi perkara lain yang telah dikaburkan oleh musuh-musuh Islam.

apabila melihat dari segi pakaian, rupa-rupanya, semua nya telah bercorakkan dan mencerminkan yahudi itu sendiri. lihat sahaja, daripada pakaian sekolah rendah, hingga kepada pakaian golongan professional yang bekerjaya, semuanye mengenakan ‘tie’.  hakikatnya, pemakaian ‘tie’ itu adalah simbol kepada ‘Benedictine Order’. untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Benedictine Order ni boleh rujuk keppada link yang telah saya beri.

apa yang menyesakkan dada dan fikiran saya lagi adalah, apa yang dituturkan oleh ‘Bishop’ iaitu seorang paderi gereja khatolik;

Nabi Muhamad dan sahabat2nya tidak membenarkan ilmu, sesuatu yg memberikan harga kepada diri sendiri…

maka kami hasilkan perkara2 yg berlawanan dgn Nabi Muhamad dan sahabat2nya

setiap perkara yg kamu lalui sehari-harian akan membentuk jiwa2 kamu…

semasa kamu kanak2…

kamu diajar menggunakan pancaindera…

kamu diajar bagaimana sesuatu ilmu itu akan meresap di otak kamu..

kamu diajar membaca,

menulis,

mengira,

mewarna,

bermain,

berlari..

selepas itu kamu akan ditanya “bila dah besar nanti nk jadi apa?

Apa cita-cita kamu nanti?”…

kamu diajar supaya menjawab “bila saya dh besar saya nk jadi doktor,cita-cita saya menjadi peguam..dan sebagainya”…

perbezaan jiwa belum wujud tetapi fungsi2 watak sudah kamu fahami

selepas itu kamu akan diajar fungsi-fungsi ilmu,

bagaimana setiap ilmu akan bertindak mengikut maknanya sendiri…

kamu merasa kagum dan percaya ilmu

selepas itu kamu akan dipisahkan dengan org lain..

kamu diajar untuk menilai “pelajar pandai”

dan “pelajar bodoh”….

pelajar pandai mendapat pujian,

pelajar bodoh dimarahi oleh ibu mereka..

ini adalah asas untuk memecah belahkan kamu…

tetapi kamu diajar “perpaduan antara kaum”

supaya kamu percaya warna kulit menyebabkan perpecahan..

Padahal perbezaan ilmu adalah senjata..

ilmu yang berbeza maka pekejaan kamu berbeza…

maka berbezalah duit kamu,

berbezalah rumah kamu,

berbezalah perhiasan kamu,

berbezalah maruah kamu….

selepas itu kamu diajar

“miskin kaya tiada beza sama sahaja”…

maka lupalah kamu bagaimana ia bermula

pelbagai masalah kehidupan direka,

supaya pelbagai penyelesaian dapat direka,

pelbagai penyelesaian direka supaya pelbagai ilmu dapat direka,

pelbagai ilmu direka supaya pelbagai pekerjaan dapat direka,

pelbagai pekerjaan direka supaya pelbagai taraf kehidupan dapat direka,

pelbagai taraf kehidupan direka supaya pelbagai jiwa manusia dapat direka,

pelbagai jiwa manusia direka supaya pelbagai maruah dapat direka,

pelbagai maruah direka supaya pelbagai cara diri mereka akan dibeli …

maruah yang akan mengkafirkan semua orang islam,

mereka yang kafir sememangnya telah kafir..

Ya Allah, saya sangat takut setelah membaca keseluruhan artikel ini. saya hanya mampu berdoa, supaya, saya, keluarga saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru dan orang yang berada disekeliling saya akan sentiasa berada pada landasan yang benar, sentiasa berada dalam jagaan ALLAH, sentiasa dan terus menerus hanya berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. saya amat berharap, Umat Islam tidak akan terus terleka, dan tidak hanya terus menerus menungguh Al-Masih Mahdi muncul mempertahankan Islam. sebaliknya terus berusaha meningkatkan Ilmu, meningkatkan amal, meningkatkan kemampuan dari segala bidang. kerana kita adalah Umat Islam yang patut lahir dari Acuan Islam itu sendiri, bukan Yahudi yang mengaturkan kita! Ya Allah, berikan kami kekuatan. sangat-sangat berharap, kita sama-sama saling membimbing sahabat-sahabat, saling membimbing keluarga dan masyarakat.

selebihnya, saya berharap sahabat-sahabat boleh sebarkan link dan artikel diatas. sangat penting untuk selamatkan Umat.

~ speechless, think more. Allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s