.DIARI.TERKUMPUL.

  • 2 Ogos 2010/8pm

Hari nie, kelas debat kedua untuk semester kali ini. waah, dalam diam, saya memasang semangat, mana tak nye, nak sedapkan hati yang gemuruh. antara yakin dan tidak, saya perlu teruskan juga kelas ini untuk semester ini dan semester hadapan. kelas debat ni lecture under curricular activity tau, “Advance Arabic Debating for Arabic Debaters”, herm, dengar nama subjek pun saya dah gementar sangat, ni kan lagi bila masuk kelas. herm buat pertama kalinye dalam sejarah hidup pembelajaran saya di bumi gombak yang tercinta nie, hanya ada 4orang sisters je yang pure Malay dan orang Malaysia. selebihnya mungkin dalam 20 orang, semuanya lelaki dari pelbagai negara Arab. ada yang dari Palestin, Yaman, Somalia, Nigeria, Arab Saudi, dan macam-macam negara lagi. herm sepanjang dalam kelas, tangan sejuk macam beku. takutnye, aih, semacam. herm

tapi, bila fikir banyak-banyak kali, mesti ada hikmah disebalik aturan Allah untuk saya. mungkin ini satu jalan untuk saya lebih memantapkan komunikasi dalam Bahasa Arab, mungkin juga untuk membuatkan saya lebih berani dan tidak malu untuk bercakap dalam bahasa Arab. yelah, asyik belajar teori je, tapi takut nak cakap dalam bahasa Arab. ‘miskin, miskin’

haa, perkataan ‘miskin’ tu bukan bermaksud papa kedana tau, tapi orang Arab biasanye cakap ‘miskin’ sebagai maksud untuk kesian. herm, tapi apa yang saya paling suka dalam kelas nie adalah aura ustaz A’bdul Rahman. herm, baik sangat ustaz nie, lembut dan saya kira orang Arab paling gentleman yang pernah saya jumpa di UIA nie. mana taknye, dalam setiap keputusan contohnya macam pembahagian kumpulan, tetapkan tarikh kelas, dan macam-macam lagi, mesti ustaz akan tanye, “Ma Ra’yukunna akhowaat?”, maksudnya, apa pendapat kamu semua (untuk pelajar perempuan)?, lalu, apa-apa yang kami suggest mesti ustaz terima. ustaz sangat baik!🙂

haa! lagi satu yang saya selalu perhatikan bila dalam kelas nie, bila ustaz mula cakap, pasti orang-orang Arab dari pelbagai suku kaum dan negara tue [hehe] akan terdiam. padahal, ustaz cakap perlahan dan lembut je. a’jib, a’jib! (hairan). herm, saya mula belajar memerhati, hehe, bukan belajar debate ye?. tak, maksud saya, biasanye, saya selalu dengar yang orang Arab nie, kasar, ganas, tapi saya rasa bukan semue, sebab saya rasa orang Arab dalam kelas debate saya tu sangat menghormati ustaz dan mesra a’lam. mereka macam sangat menjaga hubungan masing-masing, dan menghormati perempuan especially.🙂 herm

hah lega rasanye, herm apa pun, kelas nie memang buat saya seram sejuk la…😉 yang penting, Semangat dan Ikhlas! ok?

  • 3 Ogos 2010/8.30am

hari nie, kelas Nahu macam biasa, pagi dekat bangunan Irk. herm, seronok sangat belajar dengan ustazah Nik Hanan, mencabar tapi buat kita rasa bersemangat untuk belajar. mana tak nye, sebelum ke kelas, mesti kena get ready dan baca ape-ape yang patut, kalau tak, mesti blur-blur je kat kelas. [tapi, ni kalau saya je tau].🙂

petang nye pula, kelas Arabic Lexi, subjek nie saya belajar tentang Ilmu berkenaan dengan Mu’jam atau lebih sinonim kita panggil kamus la. Kelas nie, Ustaz Hanafi yang ajar, beliau memang mahir bab-bab Mu’jam nie, banyak Ilmu sangat. kagum saya dibuatnye. hmm dan hari nie, tambah lagi satu assignment baru. haha Intan, janganlah nak rehat je, Assignment makin bertambah, takkan nak buat last minute kot? hehe😉

  • 4 Ogos 2010/10am

Hari nie, ada Quiz untuk subjek Quranic and Prophetic texts. Quiz pertama untuk semester nie saya kire. dan lepas Quiz terus semak dan dapat markah. segera kan? hehe alhamdulillah. quiz akan datang kena prepare lebih sikit nie.😉

apa-apa pun , bagi saya, dalam kita belajar, kita tak boleh belajar sorang-sorang, tak boleh rendah diri sangat, tak boleh tinggi diri, jangan malu bertanya, dan jangan pernah rasa cukup dengan ilmu yang ada. sebab, lagi banyak kita tahu, lagi banyak kita tak tahu sebenarnye. faham tak? hehe🙂 hmm, dan yang paling penting sekali, macam yang ustaz U’mran pesan, kita kena selalu doakan lecturer, cikgu-cikgu dan kawan-kawan, doakan kebaikan, kemudahan dalam setiap apa yang dilakukan. sebab, apabila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain, Malaikat akan turut meng’amin’kan doa kita, bersama mendoakan untuk kebaikan kita sekali. Inshaallah…

akhir kata dari saya, selamat belajar dengan gembira! hehe🙂

p/s : INIDIARITERKUMPUL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s