Keberanian dalam Tawadhuk~

assalamualaikum🙂

anggaplah saya tengah senyum sambil terkenang-kenangkan situasi sewaktu dalam kelas munadzhoroh (debate) semalam🙂

kagum! itu satu-satu perkataan yang saya dapat gambarkan dengan keberanian yang ditunjukkan oleh orang-orang Arab dalam kelas debate saya. herm kagum sangat! sebab ape nak tau? sebab, belum sempat ustaz abeskan ayat soalan, mereka, hampir majoriti mengangkat tangan nak menjawab. hush, sangat kagum!. bile ustaz tanya, Ma Ra’yukum? [apa pendapat kamu semua], sorang-sorang angkat tangan then terus nyatakan pendapat. lagi satu, yang amat saya kagumi, herm, diorang semua boleh sama-sama bergelak dengan ustaz, macam dah lame kenal, then, semua ketawa dengan lawak yang kami sendiri tak faham. maklumlah Malaysian, so, tak semua perkataan Arab kami faham, dan sungguh, mereka cakap sangat laju! [hehe, biasela, diorangkan Arabiyy].

kagum kagum kagum!

haisyh, kami orang Malaysia yang hanya ada 4 orang, dah tue, perempuan pulak tue semue, mula resah gelisah, mana taknya, tak satu pun soalan ustaz kami jawab dalam 30 minutes yang pertama. semua dok kaku tak berbahasa. angguk-angguk, tapi tak lah geleng. haisyh, rasa tercabar pulak. herm, apa nak buat, kami kan Malaysian!

Stop being that sort of ‘Tawadduk’!

huh betul tue, time tue, fikiran mule lah melayang time kelas Ustaz Hanafi siangnye. Ustaz dalam berlawak, sebenarnye, banyak mesej yang nak disampaikan. and one of them is, jangan menjadi terlampau dan terlalu tunduk dalam belajar. saya faham, apa yang ustaz maksudkan. sebenarnya, kita dalam belajar, jangan jadi terlalu tunduk, jangan jadi terlalu rendah. sampaikan, dan luahkan sahaje apa yang terbuku dihati. hehe macam tue plak erk? macam nie, maksud saya, once kite ada jawapan atau pandangan, cuba untuk berani luahkan, samaada Salah atau Betul, tu semua belakang cerite, yang penting, kita berani mencuba, dan tak jadi terlalu tunduk dan rendah.

bukannya, saya bermaksud dan menggalakkan diri untuk jadi bongkak, bangga, atau macam-macam lagi adik beradik berlagak. tak, tak.. cumenye, saya rasa, kita atau saya sendiri yang perlu berani untuk melontarkan sesuatu, lebih-lebih lagi dalam kelas time belajar. bukannya nak tunjuk yang kita tahu semua, bukan juga nak tarik perhatian lecturer, tak-tak, sebenarnye, kite perlu jadi BERANI dan tak terlalu TUNDUK kalau nak berjaya dan maju ke Depan. cumanya, apa yang kita perlu adalah meletakkan keberanian itu dalam Tawadhuk. ye, keberanian dalam Tawadhuk! hmm tapi, biaselah, suatu proses pembelajaran tak lepas dari bermacam-macam ujian dan halangan yang bernama ALASAN. mana taknye, bile je, saya punya keinginan untuk angkat tangan untuk bagi jawapan atau pandangan, saya akan rasa, ‘betul ke nahu yang aku gune? nanti kene gelak je.’ tak pun, ‘ala, takpelah, ramai lagi yang boleh jawab.’ ataupun, ‘kalau ada peluang lagi sekali, aku angkat tangan.’ dan bermacam-macam lagi alasan untuk tidak menjadi BERANI.

herm kelemahan saye, yang itu lah. yang sampai sekarang, saya masih belum dapat atasi sepenuhnya, sayang kan? tau tapi tak beritahu apa yang kita tau.😦

haisyh, jauh mengelamun intan! back to your sense. hehe🙂

lepas tue, ada lagi soalan yang ustaz tanya, kalau tak silap, ustaz tanye, bagaimana nak menjadi pendebat yang baik. unfortunately, Nisa’, sahabat saya terus angkat tangan then jawab soalan ustaz. then, tibe masa saya untuk angkat tangan dan jawab.  huh, lepas dah jawab tue, rasa lega sangat. dah tak ingat dah nak susun ayat bagi betul nahu or sorof. yang penting saya berjaya untuk jawab. bila saya berjaya untuk menjawab soalan ustaz walaupun secara spontan, saya rasa itu satu kejayaan buat saya pada hari itu.🙂

hehe, kelakar kan  saya, itu pun dah nak rasa gembire semacam. hehe🙂

yela, mana taknye, majoriti rakan sekelas lelaki, foreigner plak tue, yang kami golongan minoriti bila je bercakap, dipandang. mana tak krem dan beku tangan dan jasad dibuatnye. hehe. bile dah dapat bercakap dalam kelas yang seram sejuk tue, itu adalah satu kejayaan buat saya! hehe🙂

herm, lagi dua minggu, kami akan start dengan praktikal, lepas abes belajar semua teori mengenai debat Arab. itu adalah sebenar-benar cabaran buat saya. semoga, Allah memberikan saya kekuatan, kemudahan dan keberanian dalam Tawadhuk. amin amin..

TAWADHUK dengan ILMU, BERANI dengan SUASANA.

p/s : doakan saya ye.🙂

2 thoughts on “Keberanian dalam Tawadhuk~

  1. saya kagum dengan awak. awak berani melontarkan pendapat, awak berani berterus terang.
    moga Allah iringi awak selalu dengan cahaya dan rahmatNya dan menjadikan awak sentiasa bersinar walau dalam kegelapan.🙂

    saya pasti akan belajar banyak dari awak. terima kasih banyak2…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s