Perempuan bukan dotdotdot

Ustaz U’mran kata, PEREMPUAN banyak buat kesalahan. (Kathirul Akhto’)

banyak, banyak, banyak.

kami pun ape lagi, memelikkan muka, lalu bertanya; limadza? [why, kenapa]

Ustaz dengan tenang berkata, “kathrotu Akhtoie Al-Mara’h bisababil Akhtoie fi Kathroti masuuliyaatiha”

ohh, perempuan banyak kesalahan sebab banyak kesalahannya pada tanggungjawabnye yang banyak…

tapi, tidak semestinya, banyak membuat kesalahan bermakna wanita lemah. taak, taak…

perempuan kuat, perempuan tidak lemah.

bermula dari alam perkahwinan, seorang isteri akan mula memiliki banyak tanggungjawab, dari makan, pakai, dan keselesaan suami, seorang isteri akan cuba melengkapkan. dari hari ke hari, pasti ada kesilapan yang dilakukan. perempuan kuat, kerana itulah diberi tanggungjawab untuk mengandungkan seorang hamba Allah, dan melahirkannya. lelaki tidak mampu untuk melakukan perkara itu, dan ini memunjukkan wanita tidak lemah.

ustaz kata, bila keluarga dah mempunyai zuriat, orang yang paling sabar sekali adalah sang suami. yela, mana tak nye, anak-anak menangis 2, 3 pagi, si ayah masih sabar dalam tidur, lalu bangunlah si Ibu mendodoikan anaknye sehingga lena. jadi siapa yang lebih sabar ye?😉

ustaz kata lagi, perempuan tercipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. kerana itu jualah, perempuan sering melakukan kesilapan, dan bermakna, perempuan perlu dibimbing selalu, tapi bukan dengan cara yang kasar, tapi dengan cara yang halus. tulang yang bengkok itu, kalau kita luruskan ia dengan cara yang kasar, ia akan patah. jadiluruskanlah ia dengan lembut, supaya ia mudah dilentur dan menjadi lurus hatinya dalam bengkok.

perempuan tercipta dari tulang rusuk lelaki yang dekat dengan bahu untuk dilindungi, dan dekat lagi dengan hati untuk dikasihi. itulah perempuan.

jadi, berbanggalah untuk menjadi seorang perempuan, berbahagialah kerana perempuan adalah golongan yang mudah untuk masuk ke Syurga, dan berjaga-jagalah kerana perempuan juga adalah golongan yang paling banyak ke Neraka. Naudzubillah.

Ya Allah, lindungi dan kasihilah perempuan-perempuan yang ada dari kalangan keluarga kami, kerabat kami, saudara-mara kami, sahabat-sahabat kami, agar tidak dia sering melakukan kesilapan, dan agar dia sentiasa berpeluang merasai nikmat Kasih-Mu di Sana kelak. amin amin~

p/s : perempuan solehah bukan dot dot dot, tetapi, perempuan solehah adalah sebaik hiasan dunia dan akhirat ~🙂

2 thoughts on “Perempuan bukan dotdotdot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s