with love

Assalamualaikum diari🙂

Gembira rasanya melihat foto-foto sahabat-sahabat yang dah grad. Masing-masing memegang bunga, dan sijil digenggaman. Tidak kurang juga yang memakai tanda bertulis “best student” atau “pelajar terbaik” dan macam-macam lagi. Bangga! Sangat bangga.

Dulu kan, kita masih hingusan, terkadang melatah dek bebanan kerja dan tanggungjawab yang dipikul sewaktu di bangku sekolah. Kadang kita putus asa, kadang kita lalai, kadang kita alpa, dan tidak kurang juga kadang kita mahu berhenti! Berhenti mencari Ilmu.

Namun, Janji dan perancangan Allah melebihi segala yang ada dilangit dan dibumi. Kita berjaya menapakkan kaki di menara gading, institusi awam mahupun swasta. Kita sama, sama-sama meneruskan langkah menitipkan lembaran-lembaran kain putih bersama, supaya dapat kita corakkan bait-bait ilmu diatasnya. Kita akhirnya mempunyai semangat yang tiada tara, membayangi wajah-wajah ibu bapa tersenyum menanti kepulangan, mengenangkan wajah guru-guru yang tidak putus-putus mengutus harap. Lantas kita berjaya memiliki apa yang dihajati. Alhamdulillah.

Kini, sahabat-sahabat sudah berjaya memiliki segulung ijazah. Majlis konvokesyen menjadi saksi lahirnya graduan-graduan Islam yang berilmu dan mampu berbakti buat masyarakat dan ummah. Semoga sahabat-sahabat berjaya memaknakan erti sebuah konvokesyen dengan sebaiknya. Kerana disitulah pintu medan utama cabaran kehidupan bermula.

Dengan Islam, Ilmu, Amal dan kekuatan, melangkahlah wahai graduan Islam yang berilmu dan bertaqwa!🙂

p/s :  tahniah buat rakan-rakan yang dah grad, Irwan, Yan, Nana, Qila,  Emilia, Misha, dan semua sahabat-sahabat. Moga Allah mengiringi setiap langkah kalian di dunia dan di akhirat. Amin amin~

with love,

Y.O.U.R F.R.I.E.N.D

4 thoughts on “with love

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s