Diari satu Ramadhan

Assalamualaikum…🙂

Pagi 1 Ramadhan 1431h

Bangun tidur dengan senyuman syukur. Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk masih terus bernyawa. Biaselah, Intan nie, kalau ada sesuatu yang dinantikannya, malam hari tu memang tak boleh nak tidur lena, berdebar-debar nak menghadapi Ramadhan, excited pun ada. Sama macam first time nak masuk universiti dulu, memang tak lena tidur dibuatnya!

Macam tu jugak malam 1 Ramadhan, debarnya lain macam. Kalau boleh tak nak tidur, sebab takut tak dapat kesempatan untuk merasai Ramadhan tahun nie. Pukul 2 terbangun, pukul 3 pun bangun. Akhirnya, pukul 4 terus bangun.🙂

Alhamdulillah, bagi yang bersahur, tahniah saya ucapkan. Besar pahala dan keberkatan bagi yang bersahur, berkah Ramadhan kita dapat, tambah pula Malaikat  mendoakan dan berselawat kepada kita. Subhanallah. Bagi yang tak terbangun sahur, cuba lagi ye untuk esok hari.🙂 klik sini untuk hadith berkenaan “sahur”.

Hari rabu, seperti biasa, jadual kelas agak padat hari nie. Dimulai dengan kelas subjek IGL dengan penuh semangat. Saya percaya, mesti banyak yang ustaz nak sampaikan hari nie, sempena dengan permulaan Ramadhan yang mulia. Ramadhan, bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi belajar mendidik nafsu untuk lebih berdisiplin dan terhindar dari amalan dosa. Ustaz kata,  kita tidak perlu memperdebatkan tentang pendapat mana yang benar atau tidak antara solat sunat terawih 8rakaat dan 20 rakaat. Kedua-dua pendapat tentang amalan ini mempunyai bukti hadith yang soheh dan diterima hujahnya. Ustaz kata lagi, samaada 8 rakaat atau 20 rakaat, yang penting adalah ‘hadirnya’ rasa iman dan nikmat jiwa hamba itu dalam setiap ibadah yang dilakukan.

Ramadhan adalah satu tawaran hebat dari Allah buat hamba-Nya. Semua amal digandakan ganjarannya, amalan Fardhu digandakan pahala seperti 70 amalan Fardhu, dan amalan sunat seperti pahala 1 amalan Fadhu. Subhanallah, memang bonus bonanza buat umat Islam.

Ustaz kata lagi, dalam bulan Ramadhan nie, banyakkanlah berdzikir, beristighfar dan muhasabah diri, untuk membersihkan tubuh dan jasad kita dari dosa-dosa terdahulu. Allah sudah menjanjikan, barangsiapa yang berpuasa dan melalui Ramadhan dengan bersungguh-sungguh, maka, dosa-dosa yang terdahulu akan terhapus. Subhanallah.

Saya mahu keluar dari madrasah Ramadhan dengan jasad dan jisim yang bersih dan suci dari dosa. Sungguh, saya mahu. Kamu mahu tak?

Haa, cakap pasal jasad, nie nak kongsi ilmu sedikit, apa perbezaan perkataan Jasad, Jisim dan Badan?. Hehe [saya kira dari satu, dua, dan tiga…] teeet, tak dapat jawabkan?😉 macam nie, ketiga-tiga perkataan nie, mempunyai makna yang berbeza, jasad tu bermaksud manusia atau insan yang tidak punya ruh (mayat), jisim pula, insan atau haiwan yang mempunyai ruh, dan badan pula adalah manusia yang tidak sempurna (anggota badan). Faham tak? Tak faham tanye ye…🙂

Petang 1 Ramadhan

Haa, masuk sahaja ke fasa kedua hari nie, masing-masing tampak lesu. Hehe maklumlah, 1 Ramadhan, mungkin shock barangkali. [macam tak biase je]. Yang istimewanya, ustaz tamatkan kelas awal daripada biasa. Diskaun Ramadhan barangkali. Apa-apapun, semangat masih ada.

Beralih ke kelas kedua sesi petang, tenaga makin berkurang, tapi masih ada daya untuk melantunkan syair-syair yang ustaz tulis di papan putih. Dengusan demi dengusan kedengaran. Masing-masing bukan tunjuk protes, Cuma tampak suram dan penat sikit. Lucu pula bila terkenang suasana dalam kelas.

Huh habis saje kelas, terus jadi macam semangat plak, lagi lain macam semangat bila sahabat-sahabat ajak ke bazaar Ramadhan. Intan, intan.

Ramai betul orang di bazaar, langsung tak nampak penjual-penjualnya. Hehe hmm, biasela, macam-macam ada, tak terpilih. Tapi, apa yang penting, jangan membazir ye! Kami bertolak ke bazar pun dalam pukul 6, jadi, jalan dah sesak kerana ramai orang. Jadi, kalau nak ke bazaar lain kali, kita pegi awal lagi ye.. hehe😛

Pulang dari bazaar, dalam pukul 7. Lagi berapa minit sahaja waktu iftor. Ouh ye, cakap pasal iftor, hari nie, saya belajar ucapan baru dalam bahasa arab untuk meraikan iftor. “Saumun maqbulan, wa iftorun syahiyyan” maksudnya, moga puasa diterima dan iftor (berbuka puasa) dengan selera. [catit-catit dalam diari tau.. :)]

Malam 1 Ramadhan

Herm, seronok solat terawih di mahallah, tapi mesti lebih seronok di masjid kan kawan-kawan?. Hmm, saya rasa, suasana dan spiritualnya mungkin berbeza, tetapi masih amalan yang sama.🙂 solat terawih di mahallah, lepas sahaje tazkirah, terus cari sahabat-sahabat untuk bersalam dan mohon maaf. Istimewanya ramadhan nie, setiap malam kita boleh salam, dan memohon maaf dengan sahabat-sahabat. Indah kan?

Hari nie pun, saya solat di mahallah. Alhamdulillah berjaya tunaikan 8 rakaat sunat terawih dan 3 sunat witir. Tapi, saya terlupa pula ada meeting PC Convest (convocation festival) malam nie. Jadi, berkejarlah saya ke tempat mesyuarat. saya pun terlambat dalam 15 minit ke sana. Ya Allah, rasa macam serba salah sebab lambat, tapi alhamdulillah, tak banyak sangat note yang tertinggal. Masha Allah, ini kali pertama saya hadiri meeting bersama orang-orang yang hebat. Semuanya tampak berkepimpinan dan berkeyakinan. Satu yang saya harapkan dari pengalaman berorganisasi nie, saya sangat harap  saya dapat jadi Muslim yang professional, dan seimbang dari segi ibadah, sosial dan komunikasi. Inshaallah

Alhamdulillah, Hanya Allah sahaja yang tahu betapa nikmatnya dan bersyukurnya saya kerana diberikan nikmat rabun. Untuk berorganisasi dan berkomunikasi dengan mereka yang gender berlainan dari saya, rabun adalah satu bonus buat saya.

Ghaddul basor…🙂

Hanya mereka yang rabun sahaja yang mengerti kan?🙂

Untuk pengalaman 1 Ramadhan, hari ini sangat berharga. Dan amanah masa, alhamdulillah ditunaikan sepenuhnya.🙂

Jumpa lagi dalam entry akan datang. Inshaallah.

p/s : ini sekadar diari, mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk cepat-cepat tinggalkan ye!🙂

2 thoughts on “Diari satu Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s