Erti R.E.D.H.A

Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kekayaaanmu itu, terbentang kesempatan di hadapanmu untuk mengeluarkan orang dari kesusahan. Perbuatanmu disenangi orang, engkau mendapat pujian di penjuru dunia. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapanmu terbentang permaidani kepujian, sebab itu engkau beroleh kebebasan dan kemerdekaan.

Akan tetapi, jika engkau miskin, senangkanlah hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa , penyakit kesombongan yang selalu menimpa diri orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu, kerana tidak ada orang yang hasad dan dengki kepadamu, disebabkan oleh kemiskinanmu. Kemiskinan juga adalah nikmat, kerana dengannya tidak ada jalan bagi orang lain untuk berkecil hati, dan tidak ada pula pintu kebencian

kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu! Kerana dengan kedermawananmu itu engkau telah dapat mengisi tangan-tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh-tubuh yang bertelanjang dan telah dapat engkau tegakkan orang yang hampir roboh. Dengan hal itu, engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau mendapatkan bahagia. Berpuluh bahkan beratus makhluk Tuhan akan memuji kepada Tuhan disebabkan pertolonganmu. Kesenangan hatimu yang tadinya cuma satu, sekarang telah berlipat ganda, sebab telah banyak orang yang ikut serta mengecap nikmat yang engkau dapatkan.

Akan tetapi, kalau sekiranya engkau tidak dapat menjadi orang dermawan, senangkanlah hatimu! Sebab engkau telah terhindar dari sifat riak yang kadangkala dipunyai oleh orang-orang yang suka memberi.

Kalau engkau masih muda remaja, senangkanlah hatimu! Kerana pohon pengharapanmu masih subur, dahan-dahannya masih rendang dan rimbun. Tujuan dan kenang-kenanganmu masih jauh. Sebab umurmu masih muda, mudah bagimu untuk menjadikan mimpi sebagai kenyataan.

Akan tetapi, kalau engkau sudah tua, senangkanlah pula hatimu! Kerana engkau telah terlepas dari pertempuran dan perjuangan yang dahsyat, dan engkau telah memperolehi beberapa ilmu yang dalam dari pelajaran hidupmu. Engkau telah tahu tujuan jalan yang akan ditempuh. Oleh kerana itu, segala pekerjaan yang akan engkau lakukan hendaklah yang berfaedah, sebab satu detik umurmu di masa tua, lebih mahal harganya daripada bertahun-tahun umurmu di masa muda, sebab semuanya telah engkau lalui dengan pandangan yang terang dan pengalaman pahit.

kalau engkau sihat, senangkanlah hatimu! Tandanya telah nyata pada dirimu kekayaan Tuhan dan kemuliaan Nikmat-Nya , kerana badan yang sihat, mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan dan menempuh padang kesulitan.

Akan tetapi kalau engkau sakit, senangkanlah hatimu! Kerana sudah nyata bahawa dirimu adalah tempat perjuangan di antara dua alam yang dijadikan Tuhan, iaitu kesihatan dan kesakitan.

kalau tanah airmu dijajah atau dirimu diperhamba, senagkanlah hatimu! Sebab penjajahan dan perhambaan membuka jalan kepada perjuangan melepaskan diri dari belenggu.

Akan tetapi jika engkau bangsa yang merdeka, senangkanlah hatimu! Sebab engkau duduk sama rendah dan tegak sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang lain dan ada pula bagimu kesempatan mencari kekuatan baru, sebab kemerdekaan itu harus diisi dengan hal-hal baru.

dipetik dari 999 Mutiara Hikmat & Kata-kata Nasihat Drs. Kasmuri Selamat

p/s : redha dengan apa yang kita ada, kerana itu adalah apa yang kita perlu meskipun bukan apa yang kita mahu! u got it intan? yes!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s