Nota Cinta

“Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu”

Terkadang, perbuatanku membelah perkataan yang diungkap, amal tidak selaras dengan apa yang diazamkan. aku lemah dalam mencintai-Mu, meskipun aku tahu, hatiku tidak akan dapat diisi dengan cinta selain cinta-Mu. bantulah aku untuk terus mengabdi kepada-Mu  dan mencintai-Mu.. bantulah aku~

wahai diri! kerjakanlah apa sahaja yang lahir dari hatimu, jika hitam yang zahir, corakkanlah dan bentuklah ia supaya menjadi putih, kerana hal itu yang akan membuatkan kau konsisten dengan amalmu. jika kau sudah melepasi tahap istiqomah pada amalan zahirmu, maka ia akan membantumu untuk terus dan lebih menghayati dan memahami kenikmatan Ibadah yang sebenarnya. dan yang paling utama dan pertama untuk memahami dan menghayatinya adalah nuranimu, baru kemudian hatimu memenuhi nafsu dirimu, lalu nafsu dirimu akan memenuhi lisanmu, dan lisanmu akan memenuhi jasadmu, dan jasadmu akan menzahirkan apa yang terbaik buat Tuhanmu, buat masyarakat disekelilingmu.

Tetaplah bersama Allah dalam apa jua keadaan sekalipun, baik dalam duka mahupun suka, dalam miskin mahupun kaya, dalam derita mahupun sejahtera, dalam sakit mahupun sehat, dalam keburukan mahupun kebaikan, dalam saat mendapat nikmat mahupun terhalang dari mendapatkannya. Dia yang memutuskan sesuatu untukmu, jangan membantah, jangan memprotes pada yang selainnya, tenanglah, diamlah dan optimislah, berdirilah dengan kukuh dihadapan-Nya dan perhatikan apa yang telah ditentukan buatmu nescaya kau akan berbahagia atas perubahan, kehilangan, penggantian yang telah Dia tentukan. yakinlah!

yakinlah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s