Bagi sayala..

🙂

saya sekarang nie, sangat gemar dengar lagu-lagu nasyid baru yang tak pernah saya dengar. dari ke satu artis nasyid ke yang lainnya.

uniknya, apa sahaja lagu-lagu nasyid yang ada mesej tersendiri, saya mudah mengingatinya. kawan kata, saya otak music, senang mengingat rima dan rentak. ahaa, bukan bermaksud saya boleh reka lirik lagu tau? hehe🙂

kalau hati tengah sayu, dengar lagu nasyid terus jadi sayu. menitis-nitis air mata. bukan kerana terlalu sukakan lagu tue, tak, tak, cumenye, lirik dan mesej dalam lagu amat kena dengan diri sendiri. bagi sayela..

saya suka pakai sesuatu dan letak pada diri sendiri. bukan sekadar dengar je, tapi memahami dan menghayati.

lebih-lebih lagi dengan Al-Quran, bukan sekadar baca sahaja, tetapi memahami dan menghayati. macam meletakkan dan mengukur kezaliman kaum musyrikin keatas diri sendiri. contoh, pernah tak kita mendustakan kalimah dan suruhan Allah? hmm bagi sayela..

setiap individu punya rasa dan perspektif yang berbeza, jika saya begini. anda bagaimana?😉

herm… kalau ada kelapangan, dengarlah lagu nie ye…

Munsyid : Saujana

Lagu : Jika terakhir buatku

Oh Tuhan
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba

p/s : dengarlah lagu nie petang-petang, sambil termenung kat jendela, tengok bukit, tengok awan. tibe-tibe, mesti tak sedar ada air mengalir kat pipi. sayu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s