bunga yang layu..

“jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang semakin mengecil dan menyempit. engkau harus tahu bahawa apabila duniamu terasa sempit, sebenarnya   yang sempit bukan dunianya.” -Ar-Rifi’i-

bukan seorang...

saya selalu ingatkan pada diri sendiri bahawa saya bukan hidup sendirian dalam dunia ini.  saya hidup dalam Jamaah, dalam masyarakat secara beramai-ramai. dan kerana itulah, sikap berlapang dada itu amat-amat dituntut dalam kehidupan seharian. daripada bangun tidur, solat, makan, berjalan, mandi, belajar, sampailah saya kembali tidur semula, saya melalui kehidupan bersama-sama orang lain. dan bukan seorang diri.

saya juga mahu, jika saya melakukan kebaikan, orang disekeliling saya juga turut melakukan kebaikan. tapi, kekadang saya tak mampu untuk mengajak. saya hanya mampu untuk melakukan dengan perbuatan. adakah ini dikira dakwah?. memang saya membenci yang mungkar kerana saya mencintai yang makruf, tetapi, kadang-kadang saya takut hati saya disakiti. jadi saya lebih suka untuk terus diam dan buat.

jika saya tidak mahu disakiti, jadi saya jangan cuba untuk menyakiti, dan cuba berkelaku dengan sebaiknya. umpama berjalan diatas tanah yang dipenuhi

berhati-hati..

paku-paku yang tajam, sedaya mungkin kita akan mengelak untuk terpijak paku itu kan?. begitu juga dengan kehidupan dan perhambaan kita kepada Allah.

saya mesti biasakan diri dan hati saya untuk menghalang dari melakukan keburukan. dan selalu mesti menjaga hati agar tidak dipandu nafsu. meskipun saya mesti berlapang dada dengan apa jua yang saya lalui, saya amat-amat takut jika hati saya dah tak rasa dan tak takut dosa dan kejahatan. sangat takut. jika di dalam ramai, sedaya upaya untuk mewujudkan suasana yang menjaga hati. suasana yang tak merosakkan hati. saya tahu, saya juga manusia yang lemah, terkadang kelakuan tak selaras dengan perkataan. saya jadi putus asa apabila, saya yang saya mahukan tidak menjadi apa yang saya mahu. saya jadi hilang identiti. lagi-lagi dalam ramai.

saya berharap...

saya bimbang, tarbiyyah yang saya dapat, tak tembus ke hati. saya bimbang saya tidak ikhlas dalam medan dakwah ini. datang usrah, tapi tak mendatangkannya dengan hati. saya bimbang sangat-sangat saya tak merasakan nikmat ditarbiyyah itu lagi. saya bimbang hati saya tidak terjaga, amal saya tidak terbias pada kelakuan saya.😦

saya mahu berlapang dada, dan tidak memusnahkan hati saya.

maaf, saya tak pandai meluah, dan mungkin tak pandai mentafsir hati sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s