perkongsian semalam

Malam  nie bulan tidak seterang semalam. cahayanya saya nampak seakan pudar. mungkin kerana sayakah yang tidak memakai kanta mata?. saya bersyukur, bulan masih ada. alhamdulillah.

asyik bercakap mengenai bulan, sampai saya terlupa nak berkongsi pengalaman saya. minggu lepas, minggu pack buat saya. bukan kerana apa, banyak tugasan yang perlu di submit, dan dilakukan.

belajar.. belajar...

alhamdulillah, semuanya selesai. hari isnin dan rabu, setiap petang ada Meeting. hari Rabu perlu submit Assignment berkenaan A’ntarah bin Syaddad. hari khamis malam, saya dan rakan-rakan perlu berdebat dalam kelas debat. dan hari jumaat saya selesai mid-term subjek Arabic Lexicography. dan lepas exam saya terus balek rumah, siap tumpang kak seha sampai ke LRT. terima kasih kak seha!🙂

alhamdulillah, untuk debat bahasa arab kumpulan 2 dan kumpulan 7, kumpulan saya yang mewakili pembangkang menang! hehe, lawan dengan kawan sendiri dan dua orang sahabat foreigner baru. dua-dua dari Saudi saya kira. tak sempat nak bertaa’ruf panjang. haa, tajuknya, “Penggunaan tenaga pakar dari luar amat penting.” apa pendapat kawan-kawan? hehe🙂 saya tak kisah sebenarnya menang atau kalah, yang penting, saya dapat cakap bahasa Arab, dapat mahir untuk berkomunikasi. alhamdulillah.

cumanya, kelas 3 jam untuk setiaphari khamis buat saya merasa amat amat puas. bukan apa, cumanya, itulah satu-satunya kelas yang saya berkomunikasi dalamnya fully arabic.

mari belajar!

Nak dijelaskan, saya tak cakap bahasa lain kecuali arab,baik dengan ustaz, atau dengan rakan-rakan luar negara. seronok-seronok. untuk kali pertamanya, saya rasa, orang Melayu Malaysia, dah jadi orang asing di negara sendiri! hehe saya dah ceritakan dahulu?. hmm perjalanan kelancaran debat malam tue best dan berjalan dengan lancar. ustaz hanya jadi pemerhati, dan hukkan (pengadil) pun dari kawan-kawan kumpulan 4 kot kalau tak silap saya. ustaz nak biasakan kami untuk berdebat dan berkomunikasi dalam bahasa arab. dan yang paling penting, untuk budak-budak Malaysia yang jarang cakap bahasa Arab, walaupun ambil kos bahasa arab macam kami nie.. hehe😉

perang.. perang..

saya agak kaget jugalah dihujung perdebatan kami nie. baru saya nampak wajahsebenar bangsa arab yang penuh bersemangat dalam mengutarakan pendapat. mana taknya, saya dah takut kalau mereka berdua bergaduh je tadi. yela, seorang pelajar lelaki arab dari kumpulan lawan, dan seorang lagi dari kumpulan saya, dua-dua mempertahankan pendapat masing-masing. kalau takde pengadil, saya rasa diorang dah rapatkan meja dah.. huu tapi sebenarnya, bukanlah diorang tue bergaduh, cumanya, hammasah dalam diri mereka tinggi. haa maksud hammasah tu semangat yang tinggi!..semangat-semangat…🙂

di akhir kelas, ustaz sendiri yang memberi pendapat tentang prestasi kami dalam berdebat. alhamdulillah, ustaz banyak beri komentar yang positif untuk kedua-dua kumpulan, ustaz siap komen sorang-sorang lagi. dan yang paling penting penyampaian dari orang Malaysia bagus ustaz kate! kembang berbunga sekejap. cumanya, masih sedar banyak yang perlu dibaiki, lagi-lagi bab nahu. yela, saya nie, kalau time tulis, ok lah nahu nye, bila dah bercakap, nahu kemana, sorof kemana.. hehe🙂 [jangan tiru saya]

alhamdulillah, belajar makin seronok selagi mana kita ikhlas dan menyeronokkan diri kita. maksud saya, jangan jadi pasif dan jangan terlampau aktif. sederhana keh? okla, saya nak prepare untuk kelas-kelas esok. semangat perlu diteruskan, masih ada 17hari dalam bulan Ramadhan nie. beramal bersemangat, mencari ilmu pun musti kene semangat tau!

selamat bersemangat!🙂

p/s : untuk umy, saya hutang kamu lagi tak? hehe🙂

erm, tak bold, tak italic, saya nak cepat nieh.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s