a days before..

title je english, entry nye fully in Malay tau.. heh 😛

4 hari menyepi dari alam maya. kadang on kadang off, yang banyak nye off saje kerana kena selalu on buku. hee 😀

Isnin/27Sept

  • perlu submit 2 assignments,
  • Wajib ke Majlis Ilmu,
  • Wajib ke kelas Debate.

Alhamdulillah, 2 Assignment Subjek Intro to general Linguistics telah selamat di hantar Pagi isnin. tepat pada waktu, tepat pada masanya. alhamdulillah. tanpa sebarang masalah, kerugian, dan rungutan. hee 🙂

Waktu petang, bagi saya, waktu yang sesuai untuk kita mendengar dan bukan untuk membaca. [bagi saye la.. :P]. saya sempat menghadirkan diri ke kuliah ustaz Syaa’ri yang agak lama jugak saya tinggalkan. [sebab cuti tau..] amatlah saya seronok dalam kuliah kali ini, sebab dapat mendengar sirah dari ustaz especially berdasarkan Raheeq Makhtum yang saya jarang-jarang sangat buka. sungguh, sangat-sangat hebat penerangan dari ustaz, dan bagaimana beliau brainstorming kami melalui peta Perang Uhud. ustaz kata, yang penting bukan sekadar mengetahui sirah, tapi apa yang paling hebat adalah bagaimana mengaplikasikan situasi dan keadaan Sirah perjuangan Baginda SAW, dalam konteks sekarang.

hebat. hebat. hebat.

saya nak jadi hebat! 😀

waktu malam pula, seperti biasa, rutin malam isnin, saya akan ke kelas debat, jadi solat maghrib kat masjid, lagi menjimatkan masa dan tenaga. meh nak share gambar sket. tapi tengok je tau.. 🙂

20092010(001)

20092010(003)

Selasa/28Sept

mode : dah kelam kabut baca buku… 😀

Rabu/29sept

Pagi Rabu : Exam Quranic and Prophetic texts

“Yang Halal itu jelas terang, Yang haram itu jelas terang…” -Hadith

  • saya tak sempat menghafal hadith ini. jadi, terimalah natijahnya.. huu 😦

“Kalau Zuhair gemar mendendangkan Syair hikmahnya, lihat pula pada An-Nabighah yang bijak berbahasa dalam Syair I’tizarnya. Jika Umru al-qays petah menggambarkan suasana dalam syairnya, perhatikan pula Al-Khansa’ yang puitis berbahasa dalam ratapan kasihnya.”

aish.. petangnya ada exam Jahili and Islamic poetry.  tapi.. Alhamdulillah 😀

selepas asar..

Trip to Kajang Specialist Hospital

DSC00440

Syafakallah..

Today..

..

..

..

Perlu bermunadhoroh.. panjang ceritenye.. nanti saya cerita dalam slot lain ye.. 😀

Tomorrow..

.

.

.

.

saya balik! 😀

selamat tinggal UIA [sementara jek..] 😀

p/s : Finally, i’ve decided my minor, at least, it cames into my minds when i was thinking about Rasulullah and His Companions. inspired by Kuliah Ust Shaa’ri.. 😀 thanks Allah, for helping me… 🙂

jangan calari cinta

cinta

Cinta itu letaknya bukan pada harta, bukan jua pada kuasa, tidak pula pada rupa. Tapi letaknya pada hati, jika kaya hati itu dengan cinta, maka tiada apa yang bisa mematahkan kasih itu walau dengan segunung intan permata.

***

Fatimah tertunduk diam. Umar Abdul Aziz memulakan percakapan. Khalifah yang selama ini sedar bahawa kehidupan Sang isteri mulai berubah. Tidak lagi diserikan dengan khadam yang ramai, tidak pula didamping emas dan zamrud, dan hidup mereka seperti orang biasa, malah lebih biasa dari yang biasa.

Umar sedar, dirinya seharusnya lebih miskin dari yang miskin, lebih papa dari yang papa, masakan seorang khalifah duduk bersenang lenang diatas timbunan emas sedangkan rakyat sendiri terbiar melayari bahtera kemiskinan.

Tidak, Umar tidak akan sesekali mengambil sesuatu yang bukan dari haknya. Beliau tidak akan sesekali mencalari amanah Allah yang terletak di atas bahunya.

Lembut tutur diatur, supaya tiada salah faham antara mereka.

“Wahai isteriku Fatimah, kamu adalah anak kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Kamu mewarisi harta kekayaan yang banyak daripada ayahmu dan kaum kerabatmu. Adakah kamu tahu bahawa semua harta itu dirampas oleh ayahnya daripada rakyat ketika beliau menjadi khalifah?”

Fatimah masih tertunduk..

“saya tahu wahai suamiku…”

Nada suara lembut kelontaran.

“kamu pilih antara dua, samaada melepaskan diriku dan kekal bersama harta itu ataupun melepaskan harta itu dan kekal bersamaku.”

Soalan Sang Khalifah benar-benar mengusik naluri wanita Fatimah. Lantas, jawapan diberikan tanpa ragu..

“saya memilih untuk kekal bersamamu wahai suamiku. Harta itu tidaklah kekal dan tidaklah boleh menjadi bekalan amalanku. Yang wajar saya turuti adalah Khalifah yang adil lagi memegang amanah. Moga saya menjadi isteri yang sentiasa berada disisimu wahai suamiku..”

Segala harta, tanah-tanah, emas dan zamrud, intan permata kesemuanya diserahkan bagi diwakafkan ke Baitulmal. Kesemuanya, tiada satu pun yang tertinggal. Kehidupan mereka menjadi lebih biasa dari orang biasa, sedangkan mereka adalah keluarga Khalifah.

***

Amanah itu jalannya seiring dengan cinta kepada Allah.

Jika cinta kepada Allah, amanah Allah akan dijunjung.

Maka, dirinya terpelihara, keluarganya dijaga..

Dari panasnya bakaran api neraka.

Subhanallah, sedangkan walau sebiji epal pun milik Baitulmal, beliau tidak akan membiarkan ia masuk ke dalam perut anaknya…

Moga kita meneladani sifatnya.

p/s : jangan kerana harta, cinta jadi mangsa.

tatkala cinta tidak berseteru..

snap-snap cuti..

ainaa

On the way balek Teluk Intan.. 😀

ainaa 2

tue dia.. nak jugak pakai spect.. huu 😛

ainaa 3

dok kat buaii [buaian], ainaa panggil buaii.. huu 🙂

ainaa 4

tak padan dengan kecikk.. huhu 🙂

ainaa 5

caaakkk!!

ainaa 6

ehem ehem..

ainaa last

tatkala cinta tidak berseteru,

sayang bertamu,

rindu datang tak jemu..

Moga Allah menjaga kalian!

p/s : rindu ainaa, rindu semue! 😦

mencari tulang rusuk :)

pasangan-angsa

kalau pasangan suami isteri, irasnya seakan sama, baik dari segi luaran, tutur percakapan, hinggalah ke iras mukanya.

hendak dikatakan apa lagi.

sudah jodoh..

tulang rusuknya sudah ketemu.

dan jodoh itu sudah ditentu.

di dunia,

mahupun di akhirat..

🙂

*pulang dari ‘open house’ dr. Yasir dan isteri Kak Radhiah

harapan tidak pudar

Hasil godaan syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepasitu, pastikan syaitan bersedih dengan dosa kita. Jadikan dosa lalu sebagai motivasi mengganda amal & merendah diri. Sesungguhnya, menyedari diri berdosa mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya imanmu bergembira.

[Zaharuddin.net]

betapa jika aku mengenangkan dosa-dosa lalu, terasa jauh sangat dengan keampunan-Mu, dan terasa sangat dekat dengan Azab seksa-Mu. lalu, aku mula rasa putus asa kerana takutkan Qohar-Mu. aku takut jika tak dapat bersihkan diri. aku bimbang jika diriku tidak mampu membersihkan diri dari dosa-noda. namun, bila aku mengenangkan maghfirah-Mu, putus asa hilang, yang ada hanya semangat, bersungguh-sungguh mahu memadamkan dosa yang terpalit pada dinding amal, biar sedikit-sedikit, namun aku yakin Engkau akan menerima taubatku.

biar zahirku tersiksa asal batinku tidak merana… 😦

semekar cik bunga

semangat semekar bunga matahari!

semalam hari penat bagi saya. kelas penuh, dan otak saya jadi sangat lemah. buatkan saya mahu telan dua biji panadol active fast. oh tidak, saya tak mahu jadi manusia panadol. not good. not good. hehe

kalau kerja guna kudrat anggota badan, guna tenaga jisim badan sepenuhnya, belajar guna kudrat akal, dan fungsinya sama, perlukan kerahan tenaga yang maksimum untuk memastikan hari-hari pembelajaran tidak sia-sia. untuk memastikan otak berfungsi dengan baik, oksigen perlu sentiasa sampai ke bahagian otak supaya darah tidak berkumpul dan otak boleh bernafas dengan tenang. dan untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya, apa yang perlu adalah sentiasa minum air masak. ini pesanan penaja. hee 🙂

itulah saya. mudah sahaja bersemangat dan mudah sangat putus semangat.

wake up Intan!

semalam, kelas debate diteruskan seperti biasa. saya rasa, waktu kelas debate adalah waktu yang sangat merehatkan minda, dan boleh release tension lah. melihat ustaz yang sangat lembut, memerhatikan kerenah pak-pak arab yang kadang-kadang melucukan, kelas yang jauh dari teori-teori menghafal mahupun mengingat. apa yang perlu hanyalah bercakap. 🙂

saya suka dengan sikap orang arab dalam kelas saya, menyenangkan. dulu, saya dengan orang arab ni sikapnya ganas. tapi setelah berbulan berada dalam kelas yang majoritinya pak arab, saya mula sedar, mereka tidak sebegitu. malah saya kagum, kalangan mereka, bukanlah dari negara yang sama malah yang ini ada yang dari timur arab, ada yang dari barat arab, tapi mereka boleh bergelak tawa sesama sendiri, dan sangat-sangat dan sangat ramah dan menghormati lecturer. betul, saya tak tipu.

dihujung kelas, macam biasa, kami orang-orang Melayu yang ada empat orang nie akan keluar lambat. saje nak ucap syukran kat ustaz. begitu juga dua pak arab yang sama kumpulan dengan kami. haish, saya masih lagi tersenyum sekarang, mengingatkan pujian ustaz pada orang-orang Malaysia yang ada dalam kelas tue.. kami laa.. 😛

ustaz cakap kat dua orang Pak Arab tue, Munzher dan Ibrahim, “kamu bertuah sama kumpulan dengan perempuan-perempuan Malaysia. mereka sangat rajin, dan bersedia untuk apa-apa tugasan.”

haish, kami dah tersimpul malu, apa nak buat, bukan kami angkat bakul sendiri. hehe

lalu Munzher dan Ibrahim jawab, lebih kurang macam nie la ” ini pemberian, jadi kami tak perlu buat kerja sangatlah..” lepas tu diorang pun gelak dengan ustaz.

kami pulak masih tersenyum sipu malu aisyh, apa-apalah..

bukannya ape, kami nie kalau tak bersedia betul-betul sebelum berdebat dalam bahasa Arab, nanti nak cakap ape? confirm kaku tak berbahasa. hee 🙂

entri ini sepenuhnya diari saya tau, mana yang bermanfaat ambil, yang tak bermanfaat tinggalkan. saya cuma mahu berkongsi dan jadi sentiasa mekar dengan semangat seperti bunga matahari! 🙂

haih, blog dah betul-betul jadi diari…

saya fikir ..

saya dilanda satu lagi masalah. resah dibuatnya, mana taknya, kalau tak selesai rasa macam dah pecah amanah pulak. amanah menjaga barang apabila dipinjam.

saya fikir sejenak, kalaulah saya nie tidak diberikan ujian dari Allah, saya pasti akan selalu lupa pada-Nya, saya tak selalu doa, saya tak selalu buat solat hajat, saya tak selalu menangis, dan saya akan rasa bahagia saja lalu terus melupakan Allah. tuhan saya.

jadi, apa salahnya, sekali sekala dalam hari-hari saya ada sahaja ujian dan dugaan yang datang. macam tetamu yang bertandang dalam teratak tuan rumah. apabila tetamu bertandang, rahmat pun akan seiring bersama datang. begitu juga dugaan. kalau saya boleh sabar dan yakin setiap dugaan pasti ada hikmahnya, kenapa tidak saya senyum?

Allah, tuhan saya, tuhan kita takkan pernah membebankan hamba-Nya melainkan M.A.M.P.U. ye, saya mampu, dan Allah pasti akan membantu saya.

ayuh, terus kuat dan yakin ye intan!

  • lepas pulang dari library, dan bayar yuran.
  • 11.15am/21sept2010