.Ukhwah Fillah.

Saya punya seorang teman, satu-satunya teman yang saya boleh bersembang dalam bahasa kesukaan saya, bahasa Arab. Dia baik, lembut dan paling penting sekali caring.🙂 negara asalnya nun jauh di Libya, lama ditinggalkan, tapi apa yang penting, dia sangat sayang saya, macam saya sangat sayang dia.

Ustaz kata, orang Mu’min ini sama semuanya,tali ikatannya kuat, takkan ada apa yang dapat memisahkan orang Mu’min, kerana yang mengikatnya adalah Ukhwah Fillah. Tali persaudaraan kerana Allah. Warna, pangkat, darjat, rupa, bangsa, kaum, semuanya diletakkan di belakang asalkan dia Mu’min, dan aku mu’min.

Tetapi, kita sekarang, termasuklah saya, kurang sedar hakikat  tali persaudaraan yang Allah dah ikat sesama Mu’min. buktinya, Salam tidak lagi terucap kecuali untuk orang yang dikenali ataupun orang yang sesama ‘labuh’ tudungnya. Salam tidak diucapkan untuk mereka yang bukan sama negaranya, dan untuk mereka yang bukan sama warna kulitnya. Hakikatnya, tali ukhwah itu hanya pada dasar nama dan bukan letaknya pada hati.

Allah SWT sebut dan ingatkan kita berulang kali bahawa berpeganglah dengan tali-Nya, bersama-sama, tanpa mengira apa, semuanya, dan Jangan berPECAH. Kalau semuanya berganding tangan, saling pimpin memimpin, Umat Islam pasti tidak akan berpecah belah, kerana kita diikat dengan Tali Allah. Seumpama sebilangan kayu yang diikat dengan tali, mereka kuat, tidak rapuh, tidak boleh dipatahkan kerana tali itu yang mengikatnya. Dan kita, Ukhwah Fillah yang mengikat tali persaudaraan kita.

Teringat saya pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Permulaannya amat sukar, dikecam dan dihina bahkan dari kerabat sendiri. Mereka dengan sehelai sepinggang keluar dari negara kecintaan kerana perlu berhijrah ke tempat yang lebih aman demi mempertahankan Aqidah dan Iman yang telah lahir dalam hati-hati mereka. Tiba di Madinah, mereka bagaikan bukan orang asing, disambut dengan sorakan gembira oleh penduduk asal Madinah, bahkan boleh dikatakan setiap petang, penduduk Madinah berlegar dipinggir kota menantikan ‘saudara-saudara’ mereka tiba di sana. Indahnya persaudaraan itu, bila Rasulullah sendiri yang mempersaudarakan mereka. “kalau engkau mahukan harta, ambillah semua hartaku, kalau engkau perlukan tempat tinggal, tinggallah bersamaku, kalau engkau mahukan isteri, aku sedia menceraikan isteriku!” ambillah semua, apa yang ada, kerana aku tahu engkau dan aku punya hati yang sama. Hati yang berpegang pada tali dan janji Allah.

Allah..Indahnya..

Ukhwah didasari rasa bertuhan. Yang gusar tidak pernah hadir.

Apa yang perlu dikatakan lagi, kerana engkau dan aku punya hati yang sama. Hati yang berpegang pada tali Allah!

“sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.” (Al-Quran)

p/s : saya sayang sahabat-sahabat saya…🙂

Posted in Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s