yang lama dikenang-kenang

yang lama jangan dilupa

Kasih sayang itu tidak dapat di beli dengan wang ringgit.

Ye. Wang ringgit tidak dapat membeli segala. Ia hanya mampu membeli yang tampak dan zahir di mata. Namun ia tidak bernilai untuk perkara lahiriah. Tidak, ia takkan mampu membeli kasih sayang.

Buat kesekian kali, aku bersyukur, masih diberikan kesempatan merasa apa ertinya kemenangan di hari raya. Kemenangan melawan nafsu selama sebulan, kemenangan melaksanakan ibadah, kemenangan memerangi kelemahan diri dan kemenangan bergembira bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah.

Seperti kebiasaan, aku beraya di kampung ayah, Sungai Ranggam, Perak. Dan hari raya pertama menziarahi kubur nenek dan atuk sebelah mak. Aku hanya punya satu Opah sahaja, yang lainnya sudah dijemput Ilahi terlebih awal.

Opah. Opah cantik, Opah baik. Aku kira aku tahu kenapa arwah Atuk memilih Opah buat peneman hingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke nafas yang terakhir, Opah menemani arwah Atuk. Arwah Atuk menghembuskan nafas terakhir di atas katil ditemani Opah. Waktu itu, arwah Atuk nak meneguk segelas air, lalu Opah pergi mengambilnya dan ketika Opah tiba di katil Atuk, arwah Atuk sudah tiada lagi.

aku ingat lagi, dulu, awrah atuk ada kedai runcit. jual macam-macam, dari gula-gula budak-budak sampailah kepada panadol untuk orang sakit. macam-macam ada. dan cucu-cucu beliaulah yang paling bertuah, nak ambil apa, ambil je, tanpa perlu bayaran. cuma urut bahu atuk saje! hehe

atuk selalu suruh cucu-cucunya urut bahu atuk. lalu, bila dah dekat dengan atuk, atuk merapatkan janggutnya ke tangan atau muka kami. jadi tambah geli lah kami. hehe atuk sangat penyayang.

bab tegas, atuk orang nombor satu dalam carta keluarga. atuk tegas, lagi-lagi dalam bab ibadah. solat mesti di awal waktu. dan mesti pakai selipar bila lepas ambil wudu’. katanya, kita tak tahu, cicak tue melepaskan ‘hajat’nya di mana. kalau terpijak, nanti wudu’ tak sah, dan serta merta solat tak sah.

sikap atuk, melekat dihati kami. sama seperti sikap opah terhadap cucu-cucunya. atuk tak lokek dalam berbelanja, biarlah anak-anak dan cucunya sahaja yang bergaya di hari raya. biarlah hanya dia yang tak berganti pakai, asalkan kegembiraan menapak di hati anak dan cucunya.

kini, sudah lebih 10 tahun atuk pergi meninggalkan kami. aku sangat merinduinya..

Allah, moga Kau tempatkan Atuk dalam kalangan orang-orang yang Soleh dan beriman.😦

kini opah, opah menyamai sikap atuk. lembut tapi tegas. sayangkan cucu-cucunya melebihi dirinya sendiri. baju raya cucunya, beliau sendiri yang buatkan. lemang warisan, beliau sendiri yang siapkan. katanya, selagi opah masih mampu, masih kuat, opah akan gembirakan cucu-cucu opah.😦

Aku tahu, Opah masih merindui arwah Atuk. Dan akan terus merindui arwah Atuk. Pagi syawal, aku terlihat opah mengesat air matanya daripada jatuh ke pipi. sampai ke Masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri, opah masih mengesat air mata saat takbir berkumandang. sayu sangat melihat air mata opah bercucuran. aku tahu, Opah sangat rindukan Atuk.

Kasih Atuk yang menemani Opah sehingga sekarang. Dan kasih itu jualah yang menjadi penguat semangat Opah untuk menjalani kehidupan, bukan wang ringgit, bukan tanah berekar. Bukan. Bukan. Tapi kasih sayang.

aku tahu, kasih sayang opah dan atuk, takkan dapat dibeli dengan mana-mana wang ringgit. moga, segala kasih sayang yang mereka curahkan diganjari Ilahi. amin amin.

Saya sayang opah, saya rindu atuk.😦

Pagi Syawal, 1431H.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s