semekar cik bunga

semangat semekar bunga matahari!

semalam hari penat bagi saya. kelas penuh, dan otak saya jadi sangat lemah. buatkan saya mahu telan dua biji panadol active fast. oh tidak, saya tak mahu jadi manusia panadol. not good. not good. hehe

kalau kerja guna kudrat anggota badan, guna tenaga jisim badan sepenuhnya, belajar guna kudrat akal, dan fungsinya sama, perlukan kerahan tenaga yang maksimum untuk memastikan hari-hari pembelajaran tidak sia-sia. untuk memastikan otak berfungsi dengan baik, oksigen perlu sentiasa sampai ke bahagian otak supaya darah tidak berkumpul dan otak boleh bernafas dengan tenang. dan untuk mendapatkan oksigen yang secukupnya, apa yang perlu adalah sentiasa minum air masak. ini pesanan penaja. hee🙂

itulah saya. mudah sahaja bersemangat dan mudah sangat putus semangat.

wake up Intan!

semalam, kelas debate diteruskan seperti biasa. saya rasa, waktu kelas debate adalah waktu yang sangat merehatkan minda, dan boleh release tension lah. melihat ustaz yang sangat lembut, memerhatikan kerenah pak-pak arab yang kadang-kadang melucukan, kelas yang jauh dari teori-teori menghafal mahupun mengingat. apa yang perlu hanyalah bercakap.🙂

saya suka dengan sikap orang arab dalam kelas saya, menyenangkan. dulu, saya dengan orang arab ni sikapnya ganas. tapi setelah berbulan berada dalam kelas yang majoritinya pak arab, saya mula sedar, mereka tidak sebegitu. malah saya kagum, kalangan mereka, bukanlah dari negara yang sama malah yang ini ada yang dari timur arab, ada yang dari barat arab, tapi mereka boleh bergelak tawa sesama sendiri, dan sangat-sangat dan sangat ramah dan menghormati lecturer. betul, saya tak tipu.

dihujung kelas, macam biasa, kami orang-orang Melayu yang ada empat orang nie akan keluar lambat. saje nak ucap syukran kat ustaz. begitu juga dua pak arab yang sama kumpulan dengan kami. haish, saya masih lagi tersenyum sekarang, mengingatkan pujian ustaz pada orang-orang Malaysia yang ada dalam kelas tue.. kami laa..😛

ustaz cakap kat dua orang Pak Arab tue, Munzher dan Ibrahim, “kamu bertuah sama kumpulan dengan perempuan-perempuan Malaysia. mereka sangat rajin, dan bersedia untuk apa-apa tugasan.”

haish, kami dah tersimpul malu, apa nak buat, bukan kami angkat bakul sendiri. hehe

lalu Munzher dan Ibrahim jawab, lebih kurang macam nie la ” ini pemberian, jadi kami tak perlu buat kerja sangatlah..” lepas tu diorang pun gelak dengan ustaz.

kami pulak masih tersenyum sipu malu aisyh, apa-apalah..

bukannya ape, kami nie kalau tak bersedia betul-betul sebelum berdebat dalam bahasa Arab, nanti nak cakap ape? confirm kaku tak berbahasa. hee🙂

entri ini sepenuhnya diari saya tau, mana yang bermanfaat ambil, yang tak bermanfaat tinggalkan. saya cuma mahu berkongsi dan jadi sentiasa mekar dengan semangat seperti bunga matahari!🙂

haih, blog dah betul-betul jadi diari…

4 thoughts on “semekar cik bunga

    • tue laa, mule ‘cair’ dengan sikap pak arab nieh..
      tapi awal2 dah kene rejected sedare mare..
      “kakak, kat Uia jangan cari pasangan orang arab sudah. nanti susah balek raye..”
      hihihi ^___^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s