solat jangan bermusim.

 

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardhu lima waktu selama dia sudah cukup usianya (baligh),ย  sila duduk..”

Sultan Muhammad Al-Fateh bersuara, memandang satu demi satu wajah para tenteranya meminta jawapan dari mereka untuk dipilihnya sebagai Imam untuk mengimami solat Jumaat di Masjid Aya Sophia. Aya Sophia, yang dahulunya adalah sebuah gereja yang tersergam di tengah kota Konstantinople, kini berubah wajah menjadi sebuah Masjid selepas kemenangan Islam bertapak di daerah kebanggaan kerajaan Rom.

“pilihlah dan carilah orang yang lebih bertaqa antara kamu bagi dijadikan imam.” nasihat Syeikh Syamsudin al-Wali diambil kira. Baginda masih mencari jalan bagi memilih Imam.

Tentera-tenteranya masih tegap berdiri. tandanya, solat yang lima belum pernah ditinggalkan.

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk.”

baginda masih bersuara.

Hampir separuh antara tenteranya tunduk duduk. penyelesaian masih belum didapati, Imam pertama di Masjid Aya Sophia masih belum ‘dijumpai’.

“siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk.” soalan seterusnya, dan mungkin soalan terakhir diutarakan baginda sultan.

semua yang berdiri, telah duduk kecuali seorang. beliau adalah Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. benar, semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud.

“Tuanku yang paling layak menjadi imam.” Syeikh Syamsudin al-Wali bersuara. keputusan telah dicapai.

hari itu, hari pertama tertegaknya ibadah solat Jumaat di Masjid Aya Sophia. hasil dari didikan IQ, EQ, dan SQ, Islam telah berjaya menapak di daerah yang dibanggakan kerajaan Rom. subhanallah.

***

SOLAT JANGAN BERMUSIM.

ternyata SOLAT yang menjadi salah satu ukuran KEJAYAAN Islam bertapak di kota Konstantinople. sepuluh kali percubaan menakhluki kota Konstantinople tidak berjaya, hanya yang ke-sebelas mendapat keizinan Allah bagi menakhluki kota bersejarah itu. kerana apa? satu sebabnya adalah kerana SQ.ย  Spiritual.

bayangkan sahaja hampir puluhan ribu tentera Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib, dan kesemuanya CEMERLANG dalam melaksanakan ibadah solat fardhu, memang pantas dan selayaknya kejayaan yang disebutkan dalam Hadith Baginda S.A.W menjadi milik Sultan Muhammadย  dan tenteranya. mereka bukan hanya solat ketika musim berperang, tetapi semenjak mereka akil baligh, solat menjadi satu tiang dari tiang-tiang agama yang membina jasad dan roh mereka.

kerana itu, KEJAYAAN yang diizinkan Allah menjadi MILIK mereka.

Musim peperiksaan, musim pelajar bertungkus lumus ‘berperang’ menghafal dan mengingati nota-nota pelajaran. dan musim ini juga yang telah membuatkan pelajar-pelajar ‘mula’ sedar akan kepentingan solat dan mula bertawajuh kepada Allah. itu sememangnya baik dan amat dituntut.

namun, adakah solat sekadar mengikut musim?

tidak, ibadah itu tidak bermusim, meskipun kita benar-benar berjaya dengan cemerlang atas dasar solat yang bermusim itu, namun apakah ertinya solat kita di mata Allah. dan apa pula ertinya kejayaan yang kita cari?.

Solat itu adalah penghubung antara Hamba dan Tuhannya. tunaikanlah solat jangan mengira ‘musim’, Istiqomah dan berterusanlah dalam membina kecemerlangan yang engkau impi.

tunaikanlah ibadah seikhlas hati. nescaya kejayaan dan kecemerlangan akan mengiringi.

bagi yang tidak pernah, atau belum pernah menunaikan sembahyang, mulakanlah bukan kerana apa, tetapi kerana Allah semata, sesungguhnya Allah melihat pada Usaha mu.ย  bagi yang bersembahyang mengikut musim, berterusanlah dalam melakukan ibadah solat, kerana itu salah satu caranya kita mempersembahkan kehambaan kita pada al-Kholik. jika tidak kita bersembahyang dan beribadah, dengan apakah lagi kita mahu mempersembahkan janji kita pada Allah? dan untuk apakah kita hidup di dunia ini?.

moga Allah menjadi tujuan kita semata, moga kejayaan dan kecemerlangan akhirat menjadi misi utama.

Wallahu Waliyyut Taufiq.

SALAM KECEMERLANGAN LUARAN DAN DALAMAN ๐Ÿ™‚

‘marilah menuju kejayaan’

Advertisements

Rasa berTuhan.

children

ุดูุนููˆุฑู ุงู„ุฃูู„ููˆู‡ููŠู‘ูุฉู

ู„ูŽูˆู’ ูƒุงู† ุงู„ู†ุงุณู ุŒ
ูŠูŽุนู’ุฑูููˆู†ูŽ ุฑุจู‘ูŽู‡ูู… ,
ุชูŽู†ู’ูƒูŽุณููŠุฑู ู‚ูู„ููˆุจูู‡ู…,
ูˆ ุชูŽู„ูŠู†ู ุฃูŽุฑู’ูˆุงุญูู‡ูู…,
ู„ู…ูŽู’ ุชูŽุดุงุบูู„ู’ ู‚ูู„ูˆุจูู‡ู… ูŠูุฐููƒู’ุฑู ู…ุง ุณููˆุงู‡ู,
ู‚ูู„ููˆุจูู‡ู… ูˆ ุฃูŽุฑูˆุงุญู‡ู… ู…ุนู„ู‘ูŽู‚ุฉ ุจุฑุจู‘ูู‡ุง,

ู‡ูˆ ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู…ู„ูˆ ูƒุงู† ุงู„ู†ุงุณ,
ูŠูŽุญู’ุฑูุจููˆู’ู† ุฑุจู‡ู…,
ูŠูุนุตู…ูˆู† ุดุฃู†ู‡,
ูŠุฑุชุนูŠุฏู ูˆูุฌู’ุฏุงู†ูู‡ู…,
ู„ูˆ ูƒุงู†ุช ูƒู„ู‘ู ู‡ุฐู‡ ุฏุงุฆู…ุงู‹,
ููŠ ุณู…ุนู‡ู… ูˆ ุฃุจุตุงุฑู‡ู… ูˆ ููŠ ุนูู„ู’ู…ูู‡ู…,

ููŠ ุนูู„ู’ู…ูู‡ู…….

ู„ูŽุตูŽุงุฑูŽุงู„ู„ู‡ู ุฏุงุฆู…ุง ููŠ ู‚ู„ูˆุจู‡ู…,
ูˆูŽู„ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุงู„ู†ุงุณ ุฎุงุถุนูŠู† ู…ุชูˆุงุถุนูŠู†,
ู„ูŽุตูŽุงุฑูŽุงู„ู„ู‡ู ุฏุงุฆู…ุง ููŠ ู‚ู„ูˆุจู‡ู…,
ูˆูŽู„ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุงู„ู†ุงุณ ุฎุงุถุนูŠู† ู…ุชูˆุงุถุนูŠู† ููŠ ุฃุฑุถู ุฑุจู‘ูู‡ู…..

ู„ูŽูˆู’ ูƒุงู† ุดุนูˆุฑ ุงู„ุฃูู„ูˆู‡ูŠู‘ูŽุฉู ูŠูŽู…ู’ู„ูŽุคู ู‚ู„ูˆุจู‡ู…,
ุชู…ูˆุชู ุฃูŽุญู’ู„ุงู‚ูู‡ู…..
ูŠูุณูŽูŠู’ุทููŠุฑู ุงู„ู’ุฎูŽูˆูู ุนู„ู‰ ู‚ููŠุงู†ูู‡ู…,
ููŽูŠูŽู†ู’ุดูŽุบูู„ูˆู†ูŽ ุจูุฃูู…ููˆุฑู ุฃูŽู†ู’ููุณูู‡ู…,

ูˆู„ู… ูŠูŽู„ุชูŽููุชู ุฅู„ู‰ ุฃูู…ููˆุฑู ุงู„ู†ุงุณ,
ุฎูŽูˆู’ูู‹ุง ุฃูŽู† ูŠูŽู‚ูŽุนู ููŠ ู†ูŽู…ููŠู’ู…ูŽุฉู ุบูŠุฑูู‡ู…,

ุฃูู‡ู’………

ู„ูˆ ูƒุงู† ุงู„ู„ู‡ูŽ ูŠูŽุฏููˆู’ู…ู ููŠ ู‚ู„ูˆุจูู‡ู…,
ูˆูŽุดูุนููˆู’ุฑ ุงู„ุฃู„ููˆู‡ููŠู‘ูŽุฉู ูŠูŽู…ู’ู„ูŽุคู ุถูŽู…ูŽุงุฆุฑู‹ุง,
ุณูŽูŠูŽุฐู’ูƒูุฑููˆู†ูŽ ู†ูุนู…ูŽู‡ู,
ู†ูุนู’ู…ูŽ ุฑุจู‘ู‡ู… ุงู„ูƒุซูŠุฑุง,
ููŽูŠูŽุฒู’ุฏุงุฏู ุดูุนููˆู’ุฑ ุงู„ุญุจู‘ ูˆุงู„ููˆุฒ..

ุญูุจู‘ูู‡ู ุนู„ู‰ ู†ูุนุงู…ูู‡ ูˆ ุฃูŽุทู’ููŠู‡ู,
ูˆุฎููู‘ูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ุชูุฐู’ู‡ูŽุจูŽ ู‡ุฐู‡…

ูˆู…ู† ุนูู‚ุขุจู‡ ุนูู†ุฏูŽ ุงุฑู’ุชููƒูŽ ุจุงู„ุฐูู†ููˆุจ…

ูˆูŽู‡ู’ูƒูŽุฐูŽุง ุฅุฐุง ุฃูŽุตู’ุจูŽุญูŽ ุงู„ุนูุจุงุฏ,
ูŠูŽุนุฑููููˆู† ุฑุจู‘ูŽู‡ู… ู‚ู„ูˆุจูู‡ู… ู…ูŽุดู’ุบูู„ูŽุฉูŒ ุจุฑุจู‘ู‡ุง ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู,
ุงูŽู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠุง ูˆ ู†ูŽุนููŠู’ู…ูู‡ุง ู„ุง ุชูุฃูŽุซู‘ูุฑู ููŠู‡ู…,
ู…ูŽู‡ู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูƒู„ู‡ุง ููŠ ุฃูŽูŠู’ุฏููŠู‡ูู……

ุฃูŽ…ุฃูŽ…ุฃูŽ…
ู„ุงูŽ ุตูŽุงุฑูŽุงู„ู„ู‡ู ุฏุงุฆู…ู‹ุง ููŠ ู‚ู„ูˆุจู‡ู…,
ูˆูŽู„ุฃุตู’ุจูŽุญูŽ ุงู„ู†ู‘ุงุณ ุฎุงุถุนูŠู† ู…ุชูˆุงุถุนูŠู† ููŠ ุฃุฑุถู ุฑุจู‘ูู‡ู…..

ู„ูˆ ูƒุงู† ุงู„ู„ู‡ูŽ ูŠูŽุฏููˆู’ู…ู ููŠ ู‚ู„ูˆุจูู‡ู…,
ูˆูŽุดูุนููˆู’ุฑ ุงู„ุฃู„ููˆู‡ููŠู‘ูŽุฉู ูŠูŽู…ู’ู„ูŽุคู ุถูŽู…ูŽุงุฆุฑู‹ุง,
ุณูŽูŠูŽุฐู’ูƒูุฑููˆู†ูŽ ู†ูุนู…ูŽู‡ู,
ู†ูุนู’ู…ูŽ ุฑุจู‘ู‡ู… ุงู„ูƒุซูŠุฑุง,
ููŽูŠูŽุฒู’ุฏุงุฏู ุดูุนููˆู’ุฑ ุงู„ุญุจู‘ ูˆุงู„ููˆุฒ..

ุญูุจู‘ูู‡ู ุนู„ู‰ ู†ูุนุงู…ูู‡ ุฐุฐุฐูˆ ุฃูŽุทู’ููŠู‡ู,
ูˆุฎููู‘ูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ุชูุฐู’ู‡ูŽุจูŽ ู‡ุฐู‡…

ูˆู…ู† ุนูู‚ุงุจูู‡ ุนูู†ุฏ ุงุฑู’ุชููƒูŽ ุจุงู„ุฐูู†ููˆุจ

 

RASA BERTUHAN

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya…..2x

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhan
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Subhanallah. mendayu-dayu sungguh lagu ini. tenang mendengar, lagi-lagi bila terasa lemah semangat. moga Rasa bertuhan sentiasa kekal dalam hati kita. amin3.

untuk download Rasa bertuhan – Mawaddah

Versi Arab

Versi Melayu

sudah lama.

pic

sudah lama rasanya,

tidak merasai kenikmatan ibadah.

bangun dengan penuh semangat,

bagai ada yang sedang membisik,

‘Tuhanmu sedang memanggilmu..’

sudah lama rasanya,

hati tak diketuk tangis,

gersang menanti belai,

dan saat itu,

kalimah Tauhid menyentak jiwa.

‘kau kan punya Tuhanmu, adukan saja tangismu pada-Nya.’

sudah lama rasanya,

hati tersiksa,

jiwa merana,

kerana nafsu yang diturutkan,

jiwa diperhambakan,

masihkan ada peluang untuk menyucikan hati?

‘Dia Maha Penerima Taubat, lagi Maha Pengampun Dosa’

untuk kesekian kali,

jiwa hamba memohon sesungguhnya,

jangan ditinggalkan diri ini,

walau sesaat kerdipan mata,

sungguh tidak mampu,

memandu hati,

jika tanpa-Mu dan sendiri.

“Ya Allah, hati ini Kau yang membolak-balikkannya, tetapkanlah ia, pandulah ia, pimpinlah ia, dalam satu cinta yang selamanya akanku cari…

gersang.

gersang.

manakan sama antara yang dipaut dengan yang tidak.

hidup.

manakan bebas jika ia dilepas percuma.

berjalan.

manakan sama jika tapaknya mengundur ke belakang.

berlari.

manakan sampai jika hala tujunya tak pasti.

dinanti.

rantingnya bercabang, belum pasti buahnya rendang.

tunggu ditunggu,

esok lusa mungkin kemarau bertandang.

tinggal siap menerima berita.

Bimbang bersulam yakin

Takut.

bimbang.

risau.

itu Mughirah bin Syu’bah. Baginda saw berkata kepada beliau, beliau tidak perlu risau, tidak perlu bimbang meskipun Dajjal menghampirinya.

kerana tahap keimanannya, pengaruh Dajjal tidak akan memberi kesan kepadanya.

tahap keimanan..

itu Mughirah, seorang sahabat Nabi saw yang sering bertanya mengenai Dajjal, itu dan ini, kerana dia terlalu bimbangkan apa yang akan berlaku kepada dirinya jika dia menghadapi Dajjal.

Dari hadis sahih riwayat Imam Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan:

โ€œSaya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: โ€œJangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.โ€

Kemudian berkata: โ€œTahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?โ€

Kami menjawab: โ€œAllah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.โ€

Rasulullah s.a.w berkata lagi: โ€œDemi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.”

“Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.”

Mereka bertanya kepada binatang itu: โ€œMakhluk apa engkau ini?โ€

Binatang itu menjawab: โ€œSaya adalah Al-Jassasah.โ€

Mereka tanya: โ€œApa itu Al-Jassasah?โ€

Binatang itu hanya menjawab: โ€œWahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.”

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: โ€œSiapakah anda?โ€

Orang seperti raksaksa itu menjawab: โ€œKamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: โ€œSiapa kamu ini?โ€

Mereka menjawab: โ€œKami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.”

โ€œPada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: โ€œWahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.โ€

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.โ€

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: โ€œCeritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,โ€ (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: โ€œKeadaan apanya yang tuan maksudkan?โ€

Orang besar itu menjawab: โ€œMaksudku apakah pokok kurma itu berbuah?โ€

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: โ€œAku takut pokok itu tidak berbuah.โ€

Orang besar itu bertanya lagi: โ€œCeritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.โ€

Mereka menjawab: โ€œTentang apanya yang tuan maksudkan?โ€

Lelaki itu menjawab: โ€œMaksudku airnya apakah masih ada.โ€ Mereka menjawab: โ€œAirnya tidak susut.โ€

Lelaki itu berkata: โ€œAir sungai itu disangsikan akan kering.โ€

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: โ€œKalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?โ€

Mereka menjawab: โ€œDia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.โ€

Lelaki itu bertanya lagi: โ€œApakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?โ€ Mereka menjawab: โ€œYa, dia diperangi oleh orang-orang Arab.โ€

Lelaki itu bertanya lagi: โ€œKalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?โ€ Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: โ€œMemang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.โ€

Kata orang besar itu lagi: โ€œSekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.โ€

Kata Tamim Al-Dariy lagi, โ€œRasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: โ€œInilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?โ€

Mereka menjawab: โ€œYa, sudah ya Rasulullah.โ€

Rasulullah s.a.w berkata lagi: โ€œSememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,โ€ kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

kisah Dajjal, perihal Dajjal, Baginda begitu serius memberitahu kepada Sahabat-sahabat R.A, dari duduk, baginda bangun berdiri. dari diam memegang tongkat, Nabi mengetuk-ngetuk tongkatnya ke permukaan lantai. Baginda begitu bersungguh memperingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal. fitnah terbesar dunia. fitnah yang mempertembungkan agenda luaran dan dalaman, pelbagai ideologi, pemikiran, dan pertembungan pendapat yang akhirnya akan memisahkan agama dengan cara kehidupan manusia.

masalah yang paling besar adalah,

manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil, kebenaran dan kejahilan. naudzubillah.

suatu ketika, di Zaman para Tabi’ tabiin, seorang pemuda bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan al-masih ad-Dajjal, beliau mengatakan, jika beliau berjumpa dengan Dajjal, akan beliau balingkan batu-batu kepada Dajjal sebagaimana yang diperkatakan Baginda saw; jika Dajjal muncul pada zaman Baginda, kanak-kanak kecil sendiri yang akan membaling batu-batu bagi menentang Dajjal.

tapi tidak,

Ibnu Masu’d menjawab ungkapan pemuda itu, ‘tidak, jika Dajjal muncul di hadapanmu, aku takut engkau akan merangkak mahu melihatnya, kerana kepantasannya berlari seperti angin..’ [hadith yang saya rekodkan dari Ustaz dalam kuliahnya]

itu yang saya takutkan, sangat-sangat bimbang,

sekarang, mungkin saya sangat teguh mengatakan, saya tidak akan sesekali terpengaruh dan terjebak dalam fitnah Dajjal, esok lusa, siapa kan tahu bagaimana tahap keimanan masing-masing. naudzubillah..

teknologi sekarang sudah pantas, sepantas angin yang bertiup mungkin,

kalau dahulu, jemaah Haji mahu menunaikan ibadah ke Tanah Suci, bertolak melalui perairan laut, dengan kapal. tempohnya hampir 40 hari perjalanan pergi sahaja,

tapi kini, tidak sampai sehari, hanya beberapa jam sahaja kita bisa menjejakkan kaki ke mana-mana sahaja.

kalau dahulu, berhari-hari menunggu si burung putih mengirim surat, mahu berbulan keluarga menanti berita dari yang jauh,

tapi kini, hanya di hujung jari, petik sahaja! second less.

semuanya sepantas angin kini,

yang baik dipermudahkan, menjadi mudah,

tetapi, yang buruk juga turut menjadi perkara yang sangat mudah untuk dijangkiti.

itu yang saya bimbangkan,

Dajjal di hujung jari..

bimbang.

tetapi jawapannya hanya satu,

perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan,

meski bukan setaraf sahabat-sahabat R.A, namun kita masih belum terlambat kan?

MATA.

mata kita bukan hanya ada dua, tetapi tiga. jika tertutup atau rosak yang ketiga ini, maka rosaklah jasad keseluruhannya. Mata Hati.

Ustaz Syaa’ri dalam kuliahnya menekankan tentang pentingnya pandangan mata hati, sebagaimana kisah Nabi Musa dan Khidir A.S, dalam perjalanan mereka dalam mencari makna sebenar sebuah ilmu. yang membezakan manusia adalah pandangan mereka. hanya yang menggunakan pandangan Mata hati bersama-sama mata kasar yang akan terselamat dari Fitnah ini.

memandang sesuatu dengan mata hati, belajar dengan mata hati, menilai dan mengkritik dengan mata hati, membuat sesuatu dengan mata hati, membuat keputusan dengan mata hati, kesemuanya dengan mata hati. maka, dengan izin Allah, kita akan terlindung dari Fitnah!

 

ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูŠ ุฃุนูˆุฐุจูƒ ุจููƒูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุฌูŽู‡ูŽู†ูŽู‘ู…ูŽ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุนูŽุฐูŽุงุจู ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู

ูˆูŽู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุญู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽู…ูŽุงุชู ูˆูŽู…ูู†ู’ ุดูŽุฑูู‘ ููุชู’ู†ูŽุฉู ุงู„ู’ู…ูŽุณููŠุญู ุงู„ุฏูŽู‘ุฌูŽู‘ุงู„ู

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal” (HR Muslim)

ู…ู† ู‚ุฑุฃ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ูƒู‡ู ูŠูˆู… ุงู„ุฌู…ุนุฉ ูุฃุฏุฑูƒ

ุงู„ุฏุฌุงู„ ู„ู… ูŠุณู„ุท ุนู„ูŠู‡ ุŒ – ุฃูˆ ู‚ุงู„ : ู„ู… ูŠุถุฑู‡

โ€œBarangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumat, maka Dajjal tidak bisa menguasainya atau memudharatkannya.โ€ (HR Baihaqi)


ู…ูŽู†ู’ ุญูŽููุธูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ุขูŠูŽุงุชู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูˆูŽู‘ู„ู ุณููˆุฑูŽุฉู ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ูู ุนูุตูู…ูŽ ู…ูู†ู’ ููุชู’ู†ูŽุฉู ุงู„ุฏูŽู‘ุฌูŽู‘ุงู„ู

“Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR Abu Dawud)

Allah, selamatkanlah kami, kuatkanlah keimanan, bantulah kami dalam segenap kelemahan yang kami miliki, bantulah kami dalam setiap kelebihan yang kami pinjami, tempatkanlah kami bersama-sama orang yang mempertinggikan kalimah Mu. La Ila Ha Illallah. Muhammadur Rasulullah. amin3.

Takut.

bimbang.

risau.

itu Mughirah bin Syu’bah. Baginda saw berkata kepada beliau, beliau tidak perlu risau, tidak perlu bimbang meskipun Dajjal menghampirinya.

kerana tahap keimanannya, pengaruh Dajjal tidak akan memberi kesan kepadanya.

tahap keimanan..

itu Mughirah, seorang sahabat Nabi saw yang sering bertanya mengenai Dajjal, itu dan ini, kerana dia terlalu bimbangkan apa yang akan berlaku kepada dirinya jika dia menghadapi Dajjal.

kisah Dajjal, perihal Dajjal, Baginda begitu serius memberitahu kepada Sahabat-sahabat R.A, dari duduk, baginda bangun berdiri. dari diam memegang tongkat, Nabi mengetuk-ngetuk tongkatnya ke permukaan lantai. Baginda begitu bersungguh memperingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal. fitnah terbesar dunia. fitnah yang mempertembungkan agenda luaran dan dalaman, pelbagai ideologi, pemikiran, dan pertembungan pendapat yang akhirnya akan memisahkan agama dengan cara kehidupan manusia.

masalah yang paling besar adalah,

manusia tidak lagi dapat membezakan antara yang hak dan batil, kebenaran dan kejahilan. naudzubillah.

suatu ketika, di Zaman para Tabi’ tabiin, seorang pemuda bersungguh-sungguh mahu berjumpa dengan al-masih ad-Dajjal, beliau mengatakan, jika beliau berjumpa dengan Dajjal, akan beliau balingkan batu-batu kepada Dajjal sebagaimana yang diperkatakan Baginda saw; jika Dajjal muncul pada zaman Baginda, kanak-kanak kecil sendiri yang akan membaling batu-batu bagi menentang Dajjal.

tapi tidak,

Ibnu Masu’d menjawab ungkapan pemuda itu, ‘tidak, jika Dajjal muncul di hadapanmu, aku takut engkau akan merangkak mahu melihatnya, kerana kepantasannya berlari seperti angin..’ [hadith yang saya rekodkan dari Ustaz dalam kuliahnya]

itu yang saya takutkan, sangat-sangat bimbang,

sekarang, mungkin saya sangat teguh mengatakan, saya tidak akan sesekali terpengaruh dan terjebak dalam fitnah Dajjal, esok lusa, siapa kan tahu bagaimana tahap keimanan masing-masing. naudzubillah..

bimbang.

tetapi jawapannya hanya satu,

perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan, perbaiki tahap keimanan,

meski bukan setaraf sahabat-sahabat R.A, namun kita masih belum terlambat kan?

mata kita bukan hanya ada dua, tetapi tiga. jika tertutup atau rosak yang ketiga ini, maka rosaklah jasad keseluruhannya. Mata Hati.

Ustaz Syaa’ri dalam kuliahnya menekankan tentang pentingnya pandangan mata hati, sebagaimana kisah Nabi Musa dan Khidir A.S, dalam perjalanan mereka dalam mencari makna sebenar sebuah ilmu. yang membezakan manusia adalah pandangan mereka. hanya yang mnggunakan pandangan Mata hati bersama-sama mata kasar yang akan terselamat dari Fitnah ini.

Sejernih kasih mereka..

Dahulu, waktu program motivasi di sekolah, motivator atau cikgu-cikgu selalu cakap ayat nie.

“ibu bapa seorang sangat mampu menjaga dan menyara anak yang sepuluh orang, tetapi anak yang sepuluh orang tu, belum tentu dapat jage mak ayah yang seorang tu.”

Allah, mahu menitis air mata saya, mengenangkan mak ayah di rumah. jauh tidaklah jauh sangat, mungkin beberapa kilometer berjauhan ini yang membuatkan kerinduan itu jauh lebih bermakna bagi saya. kalau boleh, hari-hari saya nak telefon mereka, bertanyakan itu dan ini, dan yang paling penting, saya mahu jadi tempat, jadi telinga untuk mak meluahkan perasaannya tentang apa-apa sahaja.

petang tadi, waktu kendiri, saya sempat mencapai telefon ‘bergayut’ dengan emak, kalau dengan emak, hampir sejam berbual pun tak sedar masa berlalu. sungguh, sembang itu dan ini, gelak tawa, senyum memekar sahaja di bibir, mungkin kerana ikatan pertalian darah yang kuat membuatkan kejauhan itu merupakan satu detik manis buat ibu dan anak.

sememangnya, saya kerap menelefon emak, boleh dikatakan bergayut laa.. sampaikan rakan sebilik saya bertanya intan kerapkan telefon emak, bagusnye la.”

saya lantas tersenyum, tanpa ada jawapan,

“sebab saya tak tahu, esok saya masih boleh dengar suara emak saya ataupun tidak..” saya bermonolog sendiri.

entahkan esok, lusa, salah seorang dari ahli keluarga kita pasti akan dijemput Ilahi. dan kita tinggal siap sedia bagaimana hendak menghadapinya.

saya bertanyakan emak, “mak dah minum petang..?”

seperti kebiasaan, waktu di rumah, petang-petang begini sambil bersantai enak disulam dengan secawan teh dan sepinggan cucur.

emak menjawab, “alhamdulillah, emak puasa hari ni…anak-anak emak kan periksa hari ini, angah dengan bang cik periksa akhir tahun, kakak pun periksa final, mak harap, rahmat yang Allah berikan terhadap puasa emak hari ni akan sampai kepada anak-anak emak. supaya tenang menjawab kertas peperiksaan!.”

“tenang kan tadi?

Allah!

saya tergamam, menitis juga sebutir dua air di kelopak mata nie. sayu! syahdu!

nada suara emak yang ceria menambahkan lagi sendu kerinduan saya padanya. herm~

sesungguhnya, emak sentiasa berada disisi saya walaupun tidak dekat. jerit perih, penat lelah, kecewa, pedih yang saya alami, sebenarnya emak sudah merasainya dahulu.

naluri keibuan, tiada sapa yang mampu merasai melainkan ibu!

tibe-tibe, saya teringat kata-kata ustaz yang saya hadam begini, ‘apa sebabnya pelajar-pelajar kita tak bersemangat hendak belajar, tak bersemangat hendak ke kelas. kerana mereka tak berbekalkan semangat. tak menyuntik semangat dalam diri.’

‘dan saya tahu, semangat dalam diri saya, bagaimanaย  dan dari mana saya perlu menyuntiknya..’

๐Ÿ™‚

lalu saya terfikir, alangkah bahagianya jika semua anak melebihkan ibu bapanya dari orang orang lain. menghargai mereka, cuba berbakti kepada mereka, berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan mereka. lantas, tiada orang lain selain ibu bapa yang perlu mereka ‘bergayut’ berjam-jam, dan tiada kerana orang lain yang mereka perlu menangis kerinduan tanpa haknya. dan kerinduan itu hanya akan menjadi satu pahala kerana kita merindu pada yang Hak dan pada yang berhak.

ayuh sahabat, satu satu cara yang kita boleh lakukan untuk mereka kembali dan sentiasa tersenyum,

‘berusaha gigih dan semoga kejayaan menjadi milik kita.’

Gambathe!! ^__^

amin..

p/s : sudahkah kamu menelefon ayah dan emak kamu?

Tawaran sebuah Permintaan

 

*pic by deviant art

zaman sekolah dahulu, saya sangat-sangat meminati subjek Ekonomi, sungguh-sungguh minat, sampaikan saya mengimpikan untuk menjadi perancang ekonomi yang akan mengubah sistem mata wang ringgit menjadi Dinar. ๐Ÿ™‚

saya suka aplikasi konsep penawaran dan permintaan dalam ekonomi asas. Berbicara tentang sistem ekonomi, lazimnya kefahaman akan jelas terarah kepada konsep asas ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Penawaran yang melebihi permintaan menyebabkan harga barangan jatuh sebaliknya jika permintaan melebihi penawaran, keuntungan pasti dapat dicapai dengan harga barangan yang tinggi. maka, permintaan dan penawaran perlu seimbang bagi mencapat titik keseimbangan. ๐Ÿ™‚

PENAWARAN DAN PERMINTAAN DALAM KEHIDUPAN

kita seringkali ditawarkan dengan pelbagai perkara baik buruk atau yang baik, kita seringkali ditawarkan itu. dan kesudahannya, hanya kita yang memilihnya untuk melakukan atau meninggalkan. Allah telah menawarkan kita dengan pelbagai kenikmatan dunia, dan yang paling jelas dengan kenikmatan akhirat buat para Mu’min. hakikatnya, penawaran yang diberikan melebihi dan lebih bernilai gandanya dengan apa yang manusia sendiri pinta.

misal kata, seseorang itu meminta untuk dimurahkan rezeki supaya dia mendapat kerja. lalu, dengan kuasa dan keizinan Allah, dia telah mendapat kerja yang halal meskipun gaji tidak lumayan. lalu, dengan kerjanya yang ikhlas, dia telah dinaikkan pangkat, dan terus mendapat kepercayaan majikannya. hari demi hari, sikap dan perangainya yang ikhlas telah mendapat tempat dihati majikannya sehinggakan suatu hari kerana takdir Allah, majikannya telah ‘menyunting’nya untuk dijadikan suami kepada anak perempuannya.

subhanallah, Rezeki yang Allah beri berganda-ganda dari apa yang kita minta.

makanya, jika kita bersyukur, Allah pasti akan menambahkan rezeki. Pasti. [Al-Quran]

PENAWARAN YANG DIBERIKAN MERUPAKAN APA YANG DIPERLUKAN

apa yang kita minta itu adalah apa yang kita mahu, dan apa yang Allah tawarkan dan berikan dalam kehidupan kita dengan yakin boleh saya katakan apa yang kita PERLU.

saya telah melalui satu kronologi kehidupan dimana impian semenjak sekolah untuk menjadi pakar ekonomi tidak kesampaian. mungkin saya minat untuk mendalami ilmu ekonomi, tapi sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang saya perlu.

selepas mendapat keputusan dari UPU, kursus yang saya idamkan bukanlah menjadi sesuatu yang tertera di skrin komputer. saya mengganggapkan bahawa EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN yang akan menjadi makanan saya di menara gading.

tetapi, subhanallah, apa yang Allah telah tawarkan kepada saya adalah apa yang saya sangt PERLU, sangat bernilai untuk diri saya.

dan hingga kini, saya masih berada dalam lingkungan penawaran yang Allah berikan dan saya sudah pun mencintai kursus yang saya sedang pelajari iaitu BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN.

saya tahu, jalan ini yang saya perlu, jalan ini yang Allah telah tawarkan kepada saya bukan hanya untuk berjaya di dunia malahan tawaran kejayaan di akhirat. pada mulanya, mungkin ia sesuatu yang sukar untuk diterima hinggakan ada suatu masa saya pernah terfikir untuk bertukar kursus!

namun, hati saya sedikit demi sedikit telah terdidik dan semakin tenang dengan suasana persekitaran pembelajaran saya sebagai seorang pelajar Bahasa Arab.

Manusia boleh berubah dan salah satu faktornya adalah Persekitaran.

rupanya, hari demi hari Allah mahu mendidik saya untuk menjadi orang yang bersih sahsiahnya. melalui kursus ini saya punya teman yang solehah, saya punya ustaz dan pensyarah yang sentiasa mengingatkan mana yang betul, mana yang salah, saya punya pelajaran yang semakin lama saya pelajari semakin saya tenang. sampai waktu ketika, saya menjadi begitu yakin untuk tsabat dalam jalan ini, jalan yang mengubah erti kehidupan saya supaya memaknakan penawaran yang Allah telah berikan.

saya mula kenal ukhwah, saya mula kenal jalan tarbiyyah, dan saya mula belajar seni Dakwah. rupanya, segalanya telah bermula dari PENAWARAN yang Allah berikan.

 

PENAWARAN ITU MILIK ALLAH

suatu ketika, dalam keriuhan majlis kenduri di rumah saudara, saya telah dipersoalkan dengan soalan yang bertubi-tubi berkenaan dengan kursus yang saya pelajari sekarang. kursus Bahasa Arab.

“nanti nak keja apa lepas dah abes belajar?”

“kos bahasa arab kerja jadi ustazah JELA kan”

“sekarang, boleh cari kerja ke dengan kos Bahasa Arab nie?”

“Jacoff je la senang kan?”

Allah, hanya Allah sahaja yang tahu, betapa pada masa itu saya berasa amat direndahkan. hampir menyirap darah muda saya pada ketika itu, betapa perasaan malu dan marah berbaur sedih itu yang menjadi makanan saya berhari-hari. terngiang-ngiang di telinga. huh lalu saya diam sahaja tanpa ada jawapan.

lalu, suara wanita yang lembut kedengaran, “REZEKI itu kan ALLAH yang beri, kalau belajar perubatan sekali pun, kalau Allah tak tetapkan rezeki buat dia, tetap tidak akan ada.”

Subhanallah, emak lah wanita yang sangat memahami saya pada ketika itu. lalu, semua mulut yang berbicara terdiam. saya mula beransur tenang dan sedikit menyeka air mata yang sudah bertakung.

benar kata mak, PENAWARAN rezeki itu Allah yang beri, Allah yang tentukan. apabila Allah telah berkata “Kun Fayakun” , tiada apa yang dapat menghalang.

kini, saya sudah menjadi begitu tenang dalam mendepani persoalan-persoalan sebegitu. saya tahu, tugas saya lebih berat berbanding dahulu. saya punya misi yang besar untuk membuktikan kepada mulut-mulut yang bercakap itu bahawa PENAWARAN yang ALLAH berikan kepada saya bukanlah sesuatu yang sia-sia.

betapa menukar persepsi masyarakat itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. masyarakat tidak bersalah, kerana tahap mentaliti sekarang yang membuatkan masyarakat gemar bersikap pesimistik terhadap golongan ‘sastera’ sekarang. baik di menara gading mahupun di peringkat sekolah, sesiapa yang sangat-sangat berminat untuk mendalami ilmu Sastera, baik bahasa Arab mahupun ilmu agama yang lain, silakan. jangan mudah gentar dengan suara-suara sumbang yang anda bakal terima, sebaliknya bersabarlah danย  sering ingat bahawa orang-orang yang terpilih sahaja yang mampu mendepani masyarakat dalam isu mentaliti sebegini.

 

IMPIAN TIDAK TINGGAL SEKADAR IMPIAN

sememangnya dahulu saya mengimpikan untuk menjadi pakar dalam ekonomi, membentangkan isu mata wang dan keberadaan ekonomi pada masa kini. namun, impian bukan sekadar impian, ia menjadikan sesuatu nilai plus buat saya untuk mengoreksi diri dan menambah ilmu. tidak bermakna, saya pelajar sastera saya tidak boleh membaca warta-warta ekonomi, tidak. ilmu itu luas, dan tidak akan habis jika kita berterusan mempelajarinya.

yang penting, Impian tidak tinggal sekadar Impian, dan saya menjadi impian saya yang dahulu menjadi impian saya kini yang lebih bermakna. pengislahan masyarakat itu penting selepas kita mengislah diri dan keluarga dengan sebenar-benar pengislahan.

betapa berada dalam lingkungan Penawaran Allah ini membuatkan saya sering mengoreksi diri untuk menjadi seseorang yang benar-benar berjaya buat keluarga, buat masyarakat dan sebagai hamba yang benar-benar BERSYUKUR.

 

PENAWARAN DAN PERMINTAAN buat seorang HAMBA

bercakap soal penawaran, itu urusan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita perlu dalam kehidupan dan apa yang kita sangat perlukanย  untuk kehidupan akhirat. kita hanya sebagai hamba hanya ada satu senjata, iaitu DOA. mintalah apa sahaja melalui doa, mintalah seikhlasnya, sejujurnya berpandukan akal yang sihat dan hati yang bersih. Inshaallah Allah mendengari setiap doa kita.

kadangkala, mungkin PERMINTAAN yang kita minta melalui doa itu lambat dikabulkan, ataupun tidak dikabulkan, mungkin kerana Allah mahu memberi PENAWARAN yang lebih berharga dan bernilai dari apa yang kita pinta. yang penting adalah OPTIMIS dan sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan Allah perlu sentiasa disemai dalam mendepani kehidupan.

kita hamba, hamba yang dicipta-Nya, hamba yang dipilih-Nya, tentu sekali, DIA tidak akan mensia-siakan kita walaupun sedikit,selagi mana kita sendiri yang tidak mensia-siakan diri sendiri.

semoga kita sentiasa terlorong dalam golongan orang-orang YANG DITAWARKAN NIKMAT oleh ALLAH. Amin3

 

salam juang dari saya!

moga beroleh kejayaan didunia dan akhirat. amin3.

p/s : buat sahabat-sahabat fillah, kita kini telah melangkah ke gerbang peperiksaan, teguhkan hati, tabahkan diri, dan berusahalah, semoga kejayaan menjadi milik kita dan keredhaan ALLah sentiasa mengiringi kita. amin. Bittaufiq Wannajah.