semangat membugar

Photobucket

Perjuangan umpama pasang surutnya air lautan, kadang kala berombak deras, kadang kala beralun lembut. tanpa putus asa, kecewa, lelah dan penat, perjuangan itu tiada nampak serinya. tidak jelas mahunya.

Allah telah meyakinkan hambanya, bahawa dalam perjuangan, dalam kehidupan, kesusahan itu akan bersilih ganti dengan kesenangan. ia tidak datang bersama tetapi ia datang berganti, bersilih ganti. selepas kesusahan pasti akan diiringi kesenangan dan kemudahan. itu Janji Allah.

kita hambanya, jangan mudah mendengus, jangan cepat merungut, yang susah bukan selamanya susah, dan yang senang bukan selamanya mudah.

saya mula jadi manusia yang yakin dengan kelemahan diri. saya mula mahu belajar mengatasi kelemahan diri dengan mengambil risiko yang saya rasa jika saya tidak mengambil cakna, segala yang saya rancang dan impikan akan lenyap. namun saya gagahkan diri untuk melangkah setapak dalam mengalami perubahan kehendak dan matlamat.

saya cuba mula buang perkataan sukar, perkataan susah, perkataan tidak. yang tidak itu tidak ada, yang boleh itu pasti boleh. selagi mana kita yakin dengan aturan Tuhan, dan selagi mana kita berusaha untuk menghadapinya. saya yakin, kehidupan yang saya bina persediaannya ini adalah demi kehidupan saya di akhirat nanti. sebab saya bukan hanya hidup untuk dunia, tetapi hidup demi akhirat.

saya ‘quote’ kata-kata Umar bin Abdul Aziz dalam nukilan Oman Nuri Topbas dalam penulisannya Ikhlas and Taqwa;

“Prepare for afterlife in accord with how you hope to be..?”

saya mahu bermanfaat pada alam, pada manusia, pada makhluk Allah dengan sepenuh-penuh manfaat. meski saya tahu, saya tidak selamanya terus bersemangat, dan meski saya sedar, saya tidak sentiasa selalu akan berada dalam keadaan ‘bersih’, tapi saya akan tetap mencuba. saya akan sentiasa mencuba membersihkan hati. biar amalan-amalan yang membantu hati saya untuk bersih, dan hati saya yang mendorong anggota badan saya untuk melakukan amalan yang bersih.

kerana saya hidup untuk Akhirat dan hidup saya kerana Allah.

“Ya Allah, give me strength in seeking your acceptance for every deed, every situation and every breath.” Amin..

2 thoughts on “semangat membugar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s