memaknakan ilmu

alhamdulillah,

setelah berhempas pulas melawan hawa nafsu untuk tidak hadir ke kuliah Ustaz, akhirnya aku menang. hee alhamdulillah🙂

ternyata hawa nafsu sememangnya sebesar-besar musuh buat manusia ditambah pula dengan hasutan Syaitan. yang baik mahu ditinggalkan, dan yang buruk nampak seperti baik-baik saja.

Minda perlu makanannya iaitu Ilmu, tanpa ilmu, minda akan jadi seperti tin kosong, ketuk-ketuk berbunyi tetapi apabila tengok isi, tiada.

makanya, seseorang itu apabila mahu berkata-kata perlu berdasarkan ilmu. jangan hanya mampu berkata-kata tetapi kosong dan tidak berdasarkan ilmu. macam tin kosong tadi.

begitu juga dengan hati. hati letaknya di dada, dekat dengan bahu, berhampiran dengan bahagian usus.  hati juga perlu kepada makanannya. makanan rohani. tanpa makanannya, hati akan kurang subur, layu, tidak bermaya, kering, tandus dan akhirnya hati akan mati. naudzubillah.

cukuplah sekadar berada dalam majlis ilmu sehari 2 Jam, ditambah pula dengan input-input yang mudah menusuk ke hati dan senang dihadam akal. sekali-sekala, air mata boleh berjujuran, sekali sekala, tawa boleh kedengaran dalam hela ukhwah persaudaraan. subhanallah..

apabila emosi sudah stabil, ilmu sudah bertambah, hati sudah terisi, pergaulan sesama saudara bertambah baik, Iman pula Inshaallah pasti akan bertambah.

Keimanan, letaknya juga pada hati, pada akal, pada lidah dan dizahirkan dengan perbuatan. keimanan itu terbit dan tumbuh dari hasil kefahaman, dan bukan warisan semata.

alhamdulillah,

kita seharusnya sangat bersyukur dengan sebesar-besar syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan Allah, kita masih berada dalam nikmat Iman dan Islam hingga ke hari ini. tetapi, sejauh mana kita memahami konsep Iman dan sedalam mana kita menghayati nikmat Islam, semuanya berdasarkan pada Ilmu, pada pengetahuan dan dari pengalaman yang kita timba sehari-hari.

ada orang jelas gemar akan kejayaan luaran. ada yang menganggap, kejayaan itu hanya akan tampak terlihat jika ada yang memuji, ada yang menyanjung. hakikatnya, kejayaan yang sebenar itu terletak kepada kefahaman kita kepada ilmu. kefahaman kita dalam mempraktikkan ilmu yang kita dapat. subhanallah. itu baru kejayaan yang sebenar.

Ilmu yang kita dapat jika tidak dipraktikkan umpama pohon yang tidak berbuah. akarnya ada, batangnya ada, rantingnya kukuh, namun buahnya langsung tidak kelihatan. adakah pohon itu memberikan manfaat?

subhanallah.

Allah menjadikan manusia sebaik-baik penciptaan, selayak-layak makhluk-Nya untuk dijadikan Khalifah di muka bumi. bersama dengan nikmat Islam, kita telah diangkat darjat kemuliaan melebihi makhluk Allah yang lain.

maka, dengan amanah yang diberikan Allah, kita seharusnya sama-sama berjalan, seiring dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah, tanggungjawab sebagai pelajar, tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.

di sekeliling kita jelas terdapat bermacam-macam sumber ilmu yang boleh diperolehi. Majlis-Majlis ilmu ada sahaja dimana-mana tempat. paksakanlah diri kita, biar pada mula kita sukar untuk istiqomah dalam menghadiri majlis ilmu, seharusnya kita berusaha dengan sedaya upaya kerana setiap permulaan sesuatu itu adalah sebahagian daripada kejayaan memperoleh sesuatu.

subhanallah.

Moga Allah beri kekuatan kepada kita, untuk mudah faham, dan mudah memahamkan.

Allahumma Faqqihna fiddin Waa’llimna Ta’wil.. amin amin Ya Rabb.

🙂

4 thoughts on “memaknakan ilmu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s