Fitrah RASA

Allahu akbar..

saya sangat senang melihat keletah kanak-kanak, baik yang masih merangkak mahupun yang sudah punya ‘kaki’. subhanallah, hati merasa tenang melihat mereka berlari-larian, menjengah orang yang tidak dikenali, menilik cebisan kertas dipermukaan lantai, hakikatnya semua yang mereka lakukan indah belaka. tenang sahaja.

saya terfikir sesuatu,

pandanglah asal usulmu baru kau akan dapat apa yang engkau cari.

Allah,

rupanya saya sudah lama berlari dari ketenangan itu, saya lupa untuk pandang asal usul saya, saya lupa untuk kembali melihat bagaimana telapak tangan saya yang dari kecil mula membesar, saya teralit untuk mencari siapakah empunya diri. astaghfirullah, betapa saya telah melupakan Tuhan saya.

segala-galanya dari Allah, tiada satu pun milik saya. saya lupa sejenak akan hakikat itu. saya Jahil dalam mengawasi emosi dan nafsu saya. astaghfirullah.

kadang-kadang saya jadi sangat penat, sangat-sangat mahu berhenti dari kehidupan ini, sementalahan saya terlalu asyik dibuai hawa nafsu sampai saya sudah tidak tahu bagaimana mahu kembali suci. suci tanpa dosa. saya terus menerus dihasut syaitan. oh tidak, bukan dihasut tetapi mengikut telunjuk syaitan. betapa saya sudah KALAH.

tetapi, bilamana melihat kanak-kanak suci, saya mahu sesuci itu. tanpa ada sekalit bekas dosa, tanpa ada sesalan nafsu yang meronta. Allah, betapa jika tanpaMu, saya rasa saya sudah tidak mampu berada dalam kenikmatan ISLAM, bagaimana saya menjaga solat saya, makan minum saya, pakaian dan tingkah laku saya semuanya berdasarkan pertolongan Mu. tanpa Mu saya rasa hidup saya tiada apa. KOSONG.

subhanallah,

hari ini saya masih bangun dengan nikmat Islam dan Iman. dapat menunaikan sunat subuh 2 rakaat dan diikuti Subuh membuatkan saya termanggu lama selepas sujud yang panjang. saya masih terfikir, jikalau tiadalah pertolongan dari Allah, masakan saya boleh mampu menunaikan solat? masakan saya masih mampu menuturkan zikir. subhanallah, betapa kembali kepada fitrah itu bukan sesuatu yang mudah. tetapi tidak Mustahil.

betapa saya mengharapkan hari esok masih ada untuk saya, untuk saya menghapuskan dosa-dosa yang tersisa, untuk saya terus menerus mencari bekal untuk kembali kepada-Nya. betapa saya mahu berusaha untuk menghalang nafsu saya menguasai emosi dan akal, betapa saya mahu memaksa hati saya untuk melakukan kebaikan. saya perlu DIPAKSA, saya perlu MEMAKSA, kerana saya sedar, bermula dari PAKSAAN akan membuatkan saya IKHLAS dengan apa yang saya lakukan.

betapa saya membenci kemungkaran! saya cuba PAKSA hati saya mengakui itu!


*sayacumamencoretapayangsayarasa,jikaadayangburuk,harapdibuang.sayaberharapsangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s