menggenggam impian melakar cita

 

Ada yang tersenyum, ada yang ketawa. Tidak kurang dengan mereka yang serius, apatah lagi mereka yang sering bersahaja. Hakikatnya kita lalu berhadapan dengan pelbagai ragam manusia berhari-hari. Pelbagai manusia yang punya impian tetapi kita tidak tahu apa yang mereka impikan, apa yang mereka fikirkan.

Apa yang mampu kita lihat hanyalah kesibukan mereka, kesungguhan dan keazaman mereka. Kalau bukan kerana impian, mereka mungkin tidak akan seperti itu.

“doakan kakak berjaya ye mak.” Kata seorang anak yang solehah.

“saya akan tunggu kamu pulang, pastikan kita mampu menggenggam segulung ijazah. Moga kita sama-sama berjaya!” teguh seorang teman mengikat janji kejayaan bersama.

Impian itulah yang dikatakan harapan. Ia adalah jalan-jalan yang mengarahkan kita untuk bergerak ke hadapan. Tiada harapan, hilanglah jalan itu. Lalu hilanglah kita yang sedang mencari arah.

Terkadang, saya bukanlah jenis yang suka menceritakan hal peribadi, dan saya juga seorang yang kaku dalam mempamer rasa hati. Tetapi, tentang impian, harapan dan cita-cita, bagi saya itu adalah sesuatu yang perlu dikongsi. Tanpa perkongsian dengan teman, saya rasa impian saya hanya akan jadi sekadar angan-angan dan mimpi. Biarlah kita berterus terang, siapa peduli jika ia direndahkan?.

Umpama antara model terbaik semangat dan spiritual kehidupan, Sultan Muhammad Al-Fateh yang sejak usia mudanya bercita-cita besar ingin membebaskan konstantinopel, bercita-cita untuk menjadikan dirinyalah orang yang disebut seperti dalam Hadith Baginda s.a.w. beliau berusaha dengan sesungguh-sungguh usaha sehingga menjadikan beliau pemimpin yang berpengaruh dan berjaya merealisasikan impiannya.

Begitu juga Salehuddin al-Ayyubi yang membesar dengan semangat yang membara untuk mengembalikan tanah Palestin kepada Umat Islam. beliau mampu mengumpulkan tentera yang gagah, kerana semangatnya untuk mendapatkan kekuatan tentera yang digeruni ramai dan sesuai dengan impian yang dibinanya.

Lalu, kenapakah saya, kita, perlu takut untuk membina impian?.

Biarlah impian itu didengari teman, didengari orang lain, mungkin juga yang telah mendengar itu akan menyediakan teksi, bas, keretaapi untuk kita sampai ke destinasi yang diimpi. Ataupun sekurang-kurangnya mereka yang telah mencapai impian memberikan kita kunci motivasi untuk ke pintu seterusnya. Siapa kan tahu?

Namun, sudah pastinya bayaran kepada impian itu perlu bersesuaian dengan apa yang diimpi. Tetapi, terkadang kita begitu mengusahakan sesuatu yang diimpi, begitu sekali kita memasang impi, namun bukanlah satu yang mustahil jika impian itu mampu terbang melayang begitu sahaja bukan?

Lalu, sekali lagi kita perlu membayar impian kita dengan harga sebuah keredhaan.

“aku meminta hari yang indah-indah sahaja, tetapi Allah berikan aku hujan dan guruh.. rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan aku pelangi yang indah.”

Subhanallah, indah sungguh ungkapan ini. Mungkin hari ini kita tidak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah menghadiahkan apa yang kita PERLU.

“Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ” [Surah At Taubah : Ayat 59]

Marilah melakar impian..

Ianya percuma, tidak perlu bayaran. Lakarlah setinggi mana pun impian, sebesar manapun cita-cita, tetapi yang pasti untuk mencapainya memerlukan seseorang itu membayar harga sebuah impian.

Biar letih, biar penat berputus asa, umpama jika kita sangat-sangat dahaga tentu sekali kita berusaha mendapatkan air kan?

Tetapi, kita, saya manusia. Adakalanya rasa tidak mampu, rasa tiada daya, rasa tidak layak untuk menggenggam impian yang besar. Hakikatnya, saya yang tidak punya keyakinan diri untuk melakar impian.

Tetapi, apabila difikirkan dengan minda dan akal yang sihat, mengapa perlu  takut untuk melakar impian? Selagi kita mencuba dan ikhlas kerana Allah, pasti Allah akan membantu juga kan?

Tetapi, tidak dapat tidak, kita semestinya perlu menerima hakikat yang kita hanyalah hamba. Sejauh mana pun usaha kita, setinggi mana pun kesungguhan kita untuk mendapat kan cita-cita dan impian kita mesti perlu sedar bahawa semua itu dalam aturan dan penentuan dari Allah.

Bentangkanlah impianmu, bentangkanlah segala kelemahanmu, kerendahanmu, permasalahanmu dihadapan-Nya. Inshaallah, DIA pasti akan membantu.

Maka, setelah kita berusaha, maka berdoalah dan letakkanlah segalanya pada Allah.

Tawakkal.

“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” [Surah al-Naml : 62]

p/s : Intan! bangunlah, lakarlah impianmu. inshaallah, Allah akan membantumu. YAKIN!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s