Ibrah disebalik kisah I

“Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

sangat menarik untuk dikongsikan bersama, satu olahan seorang pemikir Islam Ustaz Abdullah Zaik tentang huraian tafsir al Kashaf Jilid1, muka surat 606 mengenai kisah Qabil dan Habil.

kiranya, pemikiran saya yang dahulu cetek, dan terlalu tidak optimis dalam menganalisis ibrah dari kisah terdahulu. dahulu, tanpa saya timbang postitif dan negatifnya saya mula ‘menghukum’ bahawa Qabil ini seorang yang punya ciri mazmumah, sehinggakan dia sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri atas satu sifat ‘Dengki’.

rupanya tidak, bukan kerana dengki yang buruk itu sahaja, tetapi dengkinya ada nada ‘baik’ juga.

mari kita renungkan bersama naskah titipan ustaz mengenai kisah ini..

Sebuah kisah dicatatkan oleh Allah s.w.t dalam al Quran untuk menjadi pelajaran untuk umat manusia sepanjang zaman. Habil dan Qabil adalah dua beradik. Mereka berdua merupakan anak kepada nabi Allah Adam a.s.

Namun mereka berdua bergaduh bukan kerana perkara dunia tetapi kerana ibadah seorang daripada mereka diterima Allah dan seorang lagi ditolak.

Pada zaman itu Allah s.w.t menentukan peraturan dalam persembahan untuk memperdekatkan diri kepada Allah. Mengikut riwayatnya jika persembahan  itu diterima Allah s.w.t, akan datang api dari langit yang akan menjilatnya.

Itulah peristiwa yang berlaku kepada Qabil dan Habil. Oleh kerana Qabil mengemukan persembahan yang disebut qurban  yang tidak elok, lalu qurbannya tidak diterima Allah s.w.t. Allah s.w.t menerima persembahan Habil dan menolak persembahan Qabil. Kejadian itu menyebabkan Habil dengki kepada Qabil dan membunuhnya.

Begitulah pengajaran yang boleh kita belajar disini. Kadang berlaku persaingan keji oleh kononnya satu pertubuhan dakwah terhadap pertubuhan dakwah yang lain, sanggup melakukan apa sahaja usaha untuk mematikan dan menghalang perkembangan pertubuhan yang lain.

Ia bukan kerana merebut harta dunia, tetapi dengki  melihat pertubuhan lain lebih maju, berkembangan dan diberkati oleh Allah dari pertubuhnnya. Lalu ia melakukan berbagai ikhtiar untuk mensabotaj kerja-kerja dakwah yang dilakukan oleh kumpulan lain. Ini akhlak pendokong dakwah yang mewarisi akhlak datuk mereka Qabil.

Qabil sepatutnya memperbetulkan amalnya dan mengemukan amal yang berkualiti kepada Allah s.w.t supaya Allah menerima persembahannya, bukan berdengki dengan Habil dan bertindak membunuhnya.

Demikianlah sepanjang sejarah sifat orang hatinya berpenyakit,  sentiasa berdengki dan berusaha memusnahkan kejayaan orang lain,  bukan kembali kepada dirinya mengikhlaskan hati dan memberbaiki amalan supaya ia menjadi lebih baik dan diterima Allah.

Pengajaran yang menarik juga yang ditunjukkan dalam kisah ini ialah sikap Habil yang tidak mengikut rentak Qabil, “Kalau kamu hulur tangan untuk membunuhku, akau tidak akan menghulur tangan untuk membunuh mu”.

Kita tidak perlu menghalang dakwah orang lain untuk kita berjaya… yang betul ialah bersihkan hari daripada sebarang penyakit hasad dan perbetulkan amal kita barulah persembahan kita berkembang dan diterima Allah s.w.t.

original entry

Subhanallah, dalam kisah terdapat Ibrah yang boleh diambil dan diguna pakai dalam kehidupan kita sekarang. di mana, sikap dengki, hasad dan cemburu itu memang tidak dapat dipisahkan buat insan yang bergelar manusia. manusia dijadikan dengan pelbagai keistimewaan, punya mulut yang boleh bertutur, punya akal yang boleh berfikir, punya lidah yang boleh merasa, punya kaki yang boleh berjalan, hakikatnya penciptaan manusia amatlah sempurna dan diangkat tinggi darjatnya daripada sekalian makhluk ciptaan Allah.

tetapi, kekadang, kenikmatan dan kelebihan ini, kita telah salah gunakannya demi memenuhi tuntutan nafsu. akal yang diberikan untuk berfikir dan membezakan antara perkara buruk dan baik, telah digunakan untuk mencipta jalan bagi menindas kelemahan dan kekurangan yang lain. hati yang diberi untuk saling memahami dan menghayati setiap satu anugerah tuhan, telah diisi dan disemai dengan penyakit hati seperti hasad dan dengki yang telah membuatkan fitrah hati yang suci itu semakin lama semakin kotor.

hakikatnya, kita hamba yang lemah yang tidak lari dari kesilapan. tetapi, Allah telah menjanjikan keterbukaan pintu taubatnya yang tidak akan tertutup selagi Hari yang dijanji belum tiba.

Subhanallah,

moga kita tergolong dalam orang-orang yang Pergi dalam Husnul Khotimah, dan orang-orang yang dilindungi dari penyakit hati seperti Hasad dan dengki.

amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s