Tawaran sebuah Permintaan

 

*pic by deviant art

zaman sekolah dahulu, saya sangat-sangat meminati subjek Ekonomi, sungguh-sungguh minat, sampaikan saya mengimpikan untuk menjadi perancang ekonomi yang akan mengubah sistem mata wang ringgit menjadi Dinar.🙂

saya suka aplikasi konsep penawaran dan permintaan dalam ekonomi asas. Berbicara tentang sistem ekonomi, lazimnya kefahaman akan jelas terarah kepada konsep asas ekonomi iaitu penawaran dan permintaan. Penawaran yang melebihi permintaan menyebabkan harga barangan jatuh sebaliknya jika permintaan melebihi penawaran, keuntungan pasti dapat dicapai dengan harga barangan yang tinggi. maka, permintaan dan penawaran perlu seimbang bagi mencapat titik keseimbangan.🙂

PENAWARAN DAN PERMINTAAN DALAM KEHIDUPAN

kita seringkali ditawarkan dengan pelbagai perkara baik buruk atau yang baik, kita seringkali ditawarkan itu. dan kesudahannya, hanya kita yang memilihnya untuk melakukan atau meninggalkan. Allah telah menawarkan kita dengan pelbagai kenikmatan dunia, dan yang paling jelas dengan kenikmatan akhirat buat para Mu’min. hakikatnya, penawaran yang diberikan melebihi dan lebih bernilai gandanya dengan apa yang manusia sendiri pinta.

misal kata, seseorang itu meminta untuk dimurahkan rezeki supaya dia mendapat kerja. lalu, dengan kuasa dan keizinan Allah, dia telah mendapat kerja yang halal meskipun gaji tidak lumayan. lalu, dengan kerjanya yang ikhlas, dia telah dinaikkan pangkat, dan terus mendapat kepercayaan majikannya. hari demi hari, sikap dan perangainya yang ikhlas telah mendapat tempat dihati majikannya sehinggakan suatu hari kerana takdir Allah, majikannya telah ‘menyunting’nya untuk dijadikan suami kepada anak perempuannya.

subhanallah, Rezeki yang Allah beri berganda-ganda dari apa yang kita minta.

makanya, jika kita bersyukur, Allah pasti akan menambahkan rezeki. Pasti. [Al-Quran]

PENAWARAN YANG DIBERIKAN MERUPAKAN APA YANG DIPERLUKAN

apa yang kita minta itu adalah apa yang kita mahu, dan apa yang Allah tawarkan dan berikan dalam kehidupan kita dengan yakin boleh saya katakan apa yang kita PERLU.

saya telah melalui satu kronologi kehidupan dimana impian semenjak sekolah untuk menjadi pakar ekonomi tidak kesampaian. mungkin saya minat untuk mendalami ilmu ekonomi, tapi sebenarnya itu bukanlah sesuatu yang saya perlu.

selepas mendapat keputusan dari UPU, kursus yang saya idamkan bukanlah menjadi sesuatu yang tertera di skrin komputer. saya mengganggapkan bahawa EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN yang akan menjadi makanan saya di menara gading.

tetapi, subhanallah, apa yang Allah telah tawarkan kepada saya adalah apa yang saya sangt PERLU, sangat bernilai untuk diri saya.

dan hingga kini, saya masih berada dalam lingkungan penawaran yang Allah berikan dan saya sudah pun mencintai kursus yang saya sedang pelajari iaitu BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN.

saya tahu, jalan ini yang saya perlu, jalan ini yang Allah telah tawarkan kepada saya bukan hanya untuk berjaya di dunia malahan tawaran kejayaan di akhirat. pada mulanya, mungkin ia sesuatu yang sukar untuk diterima hinggakan ada suatu masa saya pernah terfikir untuk bertukar kursus!

namun, hati saya sedikit demi sedikit telah terdidik dan semakin tenang dengan suasana persekitaran pembelajaran saya sebagai seorang pelajar Bahasa Arab.

Manusia boleh berubah dan salah satu faktornya adalah Persekitaran.

rupanya, hari demi hari Allah mahu mendidik saya untuk menjadi orang yang bersih sahsiahnya. melalui kursus ini saya punya teman yang solehah, saya punya ustaz dan pensyarah yang sentiasa mengingatkan mana yang betul, mana yang salah, saya punya pelajaran yang semakin lama saya pelajari semakin saya tenang. sampai waktu ketika, saya menjadi begitu yakin untuk tsabat dalam jalan ini, jalan yang mengubah erti kehidupan saya supaya memaknakan penawaran yang Allah telah berikan.

saya mula kenal ukhwah, saya mula kenal jalan tarbiyyah, dan saya mula belajar seni Dakwah. rupanya, segalanya telah bermula dari PENAWARAN yang Allah berikan.

 

PENAWARAN ITU MILIK ALLAH

suatu ketika, dalam keriuhan majlis kenduri di rumah saudara, saya telah dipersoalkan dengan soalan yang bertubi-tubi berkenaan dengan kursus yang saya pelajari sekarang. kursus Bahasa Arab.

“nanti nak keja apa lepas dah abes belajar?”

“kos bahasa arab kerja jadi ustazah JELA kan”

“sekarang, boleh cari kerja ke dengan kos Bahasa Arab nie?”

“Jacoff je la senang kan?”

Allah, hanya Allah sahaja yang tahu, betapa pada masa itu saya berasa amat direndahkan. hampir menyirap darah muda saya pada ketika itu, betapa perasaan malu dan marah berbaur sedih itu yang menjadi makanan saya berhari-hari. terngiang-ngiang di telinga. huh lalu saya diam sahaja tanpa ada jawapan.

lalu, suara wanita yang lembut kedengaran, “REZEKI itu kan ALLAH yang beri, kalau belajar perubatan sekali pun, kalau Allah tak tetapkan rezeki buat dia, tetap tidak akan ada.”

Subhanallah, emak lah wanita yang sangat memahami saya pada ketika itu. lalu, semua mulut yang berbicara terdiam. saya mula beransur tenang dan sedikit menyeka air mata yang sudah bertakung.

benar kata mak, PENAWARAN rezeki itu Allah yang beri, Allah yang tentukan. apabila Allah telah berkata “Kun Fayakun” , tiada apa yang dapat menghalang.

kini, saya sudah menjadi begitu tenang dalam mendepani persoalan-persoalan sebegitu. saya tahu, tugas saya lebih berat berbanding dahulu. saya punya misi yang besar untuk membuktikan kepada mulut-mulut yang bercakap itu bahawa PENAWARAN yang ALLAH berikan kepada saya bukanlah sesuatu yang sia-sia.

betapa menukar persepsi masyarakat itu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. masyarakat tidak bersalah, kerana tahap mentaliti sekarang yang membuatkan masyarakat gemar bersikap pesimistik terhadap golongan ‘sastera’ sekarang. baik di menara gading mahupun di peringkat sekolah, sesiapa yang sangat-sangat berminat untuk mendalami ilmu Sastera, baik bahasa Arab mahupun ilmu agama yang lain, silakan. jangan mudah gentar dengan suara-suara sumbang yang anda bakal terima, sebaliknya bersabarlah dan  sering ingat bahawa orang-orang yang terpilih sahaja yang mampu mendepani masyarakat dalam isu mentaliti sebegini.

 

IMPIAN TIDAK TINGGAL SEKADAR IMPIAN

sememangnya dahulu saya mengimpikan untuk menjadi pakar dalam ekonomi, membentangkan isu mata wang dan keberadaan ekonomi pada masa kini. namun, impian bukan sekadar impian, ia menjadikan sesuatu nilai plus buat saya untuk mengoreksi diri dan menambah ilmu. tidak bermakna, saya pelajar sastera saya tidak boleh membaca warta-warta ekonomi, tidak. ilmu itu luas, dan tidak akan habis jika kita berterusan mempelajarinya.

yang penting, Impian tidak tinggal sekadar Impian, dan saya menjadi impian saya yang dahulu menjadi impian saya kini yang lebih bermakna. pengislahan masyarakat itu penting selepas kita mengislah diri dan keluarga dengan sebenar-benar pengislahan.

betapa berada dalam lingkungan Penawaran Allah ini membuatkan saya sering mengoreksi diri untuk menjadi seseorang yang benar-benar berjaya buat keluarga, buat masyarakat dan sebagai hamba yang benar-benar BERSYUKUR.

 

PENAWARAN DAN PERMINTAAN buat seorang HAMBA

bercakap soal penawaran, itu urusan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang kita perlu dalam kehidupan dan apa yang kita sangat perlukan  untuk kehidupan akhirat. kita hanya sebagai hamba hanya ada satu senjata, iaitu DOA. mintalah apa sahaja melalui doa, mintalah seikhlasnya, sejujurnya berpandukan akal yang sihat dan hati yang bersih. Inshaallah Allah mendengari setiap doa kita.

kadangkala, mungkin PERMINTAAN yang kita minta melalui doa itu lambat dikabulkan, ataupun tidak dikabulkan, mungkin kerana Allah mahu memberi PENAWARAN yang lebih berharga dan bernilai dari apa yang kita pinta. yang penting adalah OPTIMIS dan sentiasa bersangka baik dengan segala ketentuan Allah perlu sentiasa disemai dalam mendepani kehidupan.

kita hamba, hamba yang dicipta-Nya, hamba yang dipilih-Nya, tentu sekali, DIA tidak akan mensia-siakan kita walaupun sedikit,selagi mana kita sendiri yang tidak mensia-siakan diri sendiri.

semoga kita sentiasa terlorong dalam golongan orang-orang YANG DITAWARKAN NIKMAT oleh ALLAH. Amin3

 

salam juang dari saya!

moga beroleh kejayaan didunia dan akhirat. amin3.

p/s : buat sahabat-sahabat fillah, kita kini telah melangkah ke gerbang peperiksaan, teguhkan hati, tabahkan diri, dan berusahalah, semoga kejayaan menjadi milik kita dan keredhaan ALLah sentiasa mengiringi kita. amin. Bittaufiq Wannajah.

8 thoughts on “Tawaran sebuah Permintaan

  1. salam…
    dulu kat dalam kelas, ustaz yasir penah tanya : kenapa antum blajar bahasa arab?
    kitorg senyap je, mgkin masing2 jawab dalam hati kot.
    ustaz bg jwpan dia simple dan padat.
    – li tahsiin anfusana-
    a’ah, btul lah apa yang ustaz ckap.
    sebab panduan utama kita (al-quran) dan ibadat kita, semua dalam bahasa-yang-kita-cinta.
    kalau kita tak faham, macam mana nak jadi orang yang baik dan Allah sayang~
    p/s: sori, terpanjang pulak…^_^

    • wkmsalam syue🙂

      itulah yang sedang kita alami kan sekarang?
      memperbaiki diri adalah subjek utama dalam kursus yang kita pelajari skrg kan?

      moga kita benar2 tsabat dalam mempelajari ilmu Allah ini.
      doakan sama ye..

      thanks syue🙂

      p/s : takpe, panjang2 pun takpe, sharing is caring and loving.. hehe

  2. ass.
    terima kasih atas posting yang amat menyentuh hati saya.
    saya juga mengalami perkara yang sama, berdepan dengan kerenah saudara mara dan masyarakat yang memandang rendah terhadap jurusan agama.
    tapi, apabila saya baca posting saudari, hati saya sedikit sembuh dan sedar bahawa saya salah seorang dari insan terpilih untuk lebih bersabar dalam berhadapan dengan masyarakat kini..

    kebiasaan, masyarakat tidak faham akan konsep belajar dan bekerja, keduanya berbeza, tetapi, disebabkan mentaliti yang saudari katakan itu, masyarakat lebih mudah memandang jurusan yang ada ‘class’ dan punya ‘masa hadapan’.

    jadi, hanya golongan seperti kita sahaja yang faham dan perlu menjelaskan kepada masyarakat tentang hakikat sebenar.

    terima kasih saudari, saudari membukakan mata saya untuk melangkah dengan hati yang tabah.
    moga Allah rahmati saudari dan memberikan kejayaan kepada saudari. amin.

    • wkmsalam wbt.
      kata-kata masyitah semuenye benar-benar belaka,
      bukan salah masyarakat, tidak,
      cumanya tahap kefahaman berbeza, dan mula bercanggah pendapat..

      mogo Allah juga merahmati ,masyitah dan menetapkan kaki-kaki kita atas jalan yang Allah redhai.
      amin3..🙂

      terima kasih masyitah atas komentar yang sgt bermanfaat.

  3. salam.
    masuk ni dh masuk 3kali bce post ni.
    baru nk tggl jejak.
    hehe.
    betol3. ckp2 org ni susah kite nk kntrol.
    perkara yg dialami oleh2 kite2 ni sejak dulu2.
    dulu2 mcm terasa gk bile org ckp camtu.
    skrg dh tak heran dh.
    lantak la nk ckp ape pon.
    Allah knows best! =)
    moge kite terus kuat dan tak peduli ngn kate2 mereka.insyaAllah.
    mereka tak tahu. nk buat cmne.
    kite tahu. Allah tahu. mak tahu. bes2. hee..
    “only the dreamer knows how to make them (our dreams) beautiful and unique in their own way.”
    ma’attaufiq wannajah fil imtyhan.
    ^_^

    • wkmsalam..
      betul2.. lantaklah orang nak cakap ape kan, hehe
      dah lali, at least kalau kite tunjukkan keyakinan kita atas jalan ini, bersama-sama juga kejayaan nanti yang akan kita capai, pasti kita akan menukar persepsi diorang.
      manusia kan mudah berubah-ubah.🙂

      takpe2, kita sama2 berusaha untuk membuatkan impian kita menjadi kenyataan.. amin3
      inshaallah.

      bittaufiq Wannajah!!🙂

      p/s : tq farah atas komentarnye.. suke! ^__^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s