Sejernih kasih mereka..

Dahulu, waktu program motivasi di sekolah, motivator atau cikgu-cikgu selalu cakap ayat nie.

“ibu bapa seorang sangat mampu menjaga dan menyara anak yang sepuluh orang, tetapi anak yang sepuluh orang tu, belum tentu dapat jage mak ayah yang seorang tu.”

Allah, mahu menitis air mata saya, mengenangkan mak ayah di rumah. jauh tidaklah jauh sangat, mungkin beberapa kilometer berjauhan ini yang membuatkan kerinduan itu jauh lebih bermakna bagi saya. kalau boleh, hari-hari saya nak telefon mereka, bertanyakan itu dan ini, dan yang paling penting, saya mahu jadi tempat, jadi telinga untuk mak meluahkan perasaannya tentang apa-apa sahaja.

petang tadi, waktu kendiri, saya sempat mencapai telefon ‘bergayut’ dengan emak, kalau dengan emak, hampir sejam berbual pun tak sedar masa berlalu. sungguh, sembang itu dan ini, gelak tawa, senyum memekar sahaja di bibir, mungkin kerana ikatan pertalian darah yang kuat membuatkan kejauhan itu merupakan satu detik manis buat ibu dan anak.

sememangnya, saya kerap menelefon emak, boleh dikatakan bergayut laa.. sampaikan rakan sebilik saya bertanya intan kerapkan telefon emak, bagusnye la.”

saya lantas tersenyum, tanpa ada jawapan,

“sebab saya tak tahu, esok saya masih boleh dengar suara emak saya ataupun tidak..” saya bermonolog sendiri.

entahkan esok, lusa, salah seorang dari ahli keluarga kita pasti akan dijemput Ilahi. dan kita tinggal siap sedia bagaimana hendak menghadapinya.

saya bertanyakan emak, “mak dah minum petang..?”

seperti kebiasaan, waktu di rumah, petang-petang begini sambil bersantai enak disulam dengan secawan teh dan sepinggan cucur.

emak menjawab, “alhamdulillah, emak puasa hari ni…anak-anak emak kan periksa hari ini, angah dengan bang cik periksa akhir tahun, kakak pun periksa final, mak harap, rahmat yang Allah berikan terhadap puasa emak hari ni akan sampai kepada anak-anak emak. supaya tenang menjawab kertas peperiksaan!.”

“tenang kan tadi?

Allah!

saya tergamam, menitis juga sebutir dua air di kelopak mata nie. sayu! syahdu!

nada suara emak yang ceria menambahkan lagi sendu kerinduan saya padanya. herm~

sesungguhnya, emak sentiasa berada disisi saya walaupun tidak dekat. jerit perih, penat lelah, kecewa, pedih yang saya alami, sebenarnya emak sudah merasainya dahulu.

naluri keibuan, tiada sapa yang mampu merasai melainkan ibu!

tibe-tibe, saya teringat kata-kata ustaz yang saya hadam begini, ‘apa sebabnya pelajar-pelajar kita tak bersemangat hendak belajar, tak bersemangat hendak ke kelas. kerana mereka tak berbekalkan semangat. tak menyuntik semangat dalam diri.’

‘dan saya tahu, semangat dalam diri saya, bagaimana  dan dari mana saya perlu menyuntiknya..’

🙂

lalu saya terfikir, alangkah bahagianya jika semua anak melebihkan ibu bapanya dari orang orang lain. menghargai mereka, cuba berbakti kepada mereka, berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan mereka. lantas, tiada orang lain selain ibu bapa yang perlu mereka ‘bergayut’ berjam-jam, dan tiada kerana orang lain yang mereka perlu menangis kerinduan tanpa haknya. dan kerinduan itu hanya akan menjadi satu pahala kerana kita merindu pada yang Hak dan pada yang berhak.

ayuh sahabat, satu satu cara yang kita boleh lakukan untuk mereka kembali dan sentiasa tersenyum,

‘berusaha gigih dan semoga kejayaan menjadi milik kita.’

Gambathe!! ^__^

amin..

p/s : sudahkah kamu menelefon ayah dan emak kamu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s