erti DEWASA


Pagi sabtu yang damai, seperti biasa aku memulakan rutin harian menyidai baju di ampaian luar rumah.

“sidai baju kak?..” tegur seorang budak lelaki.

lebih mesra dipanggil kimi, muhammad hakimi, budak lelaki darjah empat yang berjiran dengan keluargaku.

“ye, kimi. kimi, akak dengar kimi nak sunat hari ni? hehe “ [sunat: berkhatan] aku menutur tanya sambil gelak-gelak ngeri. 🙂

mana taknya, dua kali melihat pengalaman adik-adik ‘mendewasakan’ diri. tau saja mana yang menjeritnya, mana yang nak larinya. tapi, bukanlah niat nak menakut-nakutkan, cuma nak cetus humor saje.

“a’ah kak intan, kejap lagi, dalam pukul 11.” jawab dia selamber. macam tak takut langsung. hebat-hebat. 😀

“takut tak?” aish, ape punye soalan lah nie, confirmlah ya jawapannya.

“erm, tak takut sangat. abang kimi kate tak sakit sangat. tapi kimi takut kene inject.” [injection : suntikan bius] jawabnya sambil membuat gaya ala-ala doktor mahu menginject tangan pesakit.

“ala, macam kene gigit semut je tu. takyah takut lah. herm, tapi kenapa kimi sunat awal sangat? adik akak dulu darjah lima atau enam baru sunat.” aku menghambur tanya.

“herm.. sebab, kimi nak cepat DEWASA!.”

hampir terlurut kain jemuran di tangan. jawapan yang tidak aku sangkakan. hehe, ingatkan, ayah dan ibunya yang suruh, rupanya atas kerelaan diri sendiri atas tujuan mahu DEWASA. tergelak aku sebentar, bukannya apa, kanak-kanak masa kini ‘dewasanya’ melebihi paras umurnya!

dia pun berlalu pergi berlalu menuju rumahnya.

Dewasa yang dia mahukan dari sebuah pengorbanan iaitu melalui proses ‘SUNAT’. ya, sebenarnya, kedewasaan itu memang telah wujud dalam dirinya apabila dia mula bertekad untuk tidak takut berkhatan.

Ya Allah~ bukan mudah nak memupuk perasaan berani dan tidak takut bagi seorang budak lelaki yang sedang melalui proses kedewasaannya. tanya sahaja pada mereka, apa ertinya dewasa, dewasa adalah dengan bersunat! iaitu, dengan memupuk perasaan berani dan tidak takut dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan tuntutan-tuntutan kedewasaan.

maklumlah, musim-musim cuti sebegini, tentu banyak sahaja aktiviti yang mahu dilakukan.

jadi, selamat berkhatan ye adik-adik! 🙂

puchong, selangor.

3.20pm/20112010

berterusan itu lebih baik.

 

Subhanallah, Maghrib hari ini tenang sangat, damai, bertemankan pula kedinginan hujan yang baru membasahi bumi Gombak, rumput-rumput seakan melambai ke kiri dan ke kanan mengalunkan zikir pada Sang Pencipta. Alhamdulillah. saya mendengar dia membaca Al-Quran, saya mendengar dia mengaji. betul, sungguh, saya tidak silap mendengar.

betapa saya sangat-sangat teruja lantas melakukan sujud syukur. sungguh-sungguh gembira dan bersyukur. saya tahu, hidayah itu memang benar-benar milik Allah, siapalah saya untuk menidakkannya, rahmat Allah, hidayah Allah akan hadir pada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

semester ini, sememangnya menyediakan pelbagai cabaran buat saya, benarkah saya boleh istiqomah dengan amalan harian saya? bolehkah saya hidup dengan aman apabila saya mula terjun dalam air yang tenang tanpa nampak gelodak sebenarnya? benarkah saya boleh mampu menjadi daie yang baik, daie yang mampu mengajak mereka melakukan kebaikan?.

kalau semasa tahun pertama di menara gading ini, saya bertemankan sahabat-sahabat sefikrah, hampir setiap kali waktu solat kami melakukannya berjemaah, subhanallah, betapa saya rindukan saat itu, walau pelbagai badai melanda, kami tetap bersatu dan berada di  jalan yang satu. walau saya tidak hebat, tapi saya ada sahabat-sahabat yang hebat untuk mengingatkan saya yang mana baik, dan yang mana buruk. saya punya sahabat yang menjadi panduan saya untuk terus istiqomah dengan amalan kebaikan. subhanallah.

kini, saya memberanikan diri terjun ke dalam kelompok manusia yang tidak pernah saya dampingi. walaupun saya tak semesra mana, walaupun saya tak seramah mana, saya tetap mahu menjadi seorang duta yang membawa imej sebenar-benar muslim. saya tetap dan terus istiqomah dengan amalan harian walau kadangkalanya saya tergelincir dari landasan, saya tetap akan berusaha untuk kembali ke dalam landasan itu.

subhanallah, sesungguhnya saya hanyalah manusia yang lemah, yang tersangat-sangat biasa dalam melakukan amalan harian. tetapi, saya akan berusaha bersungguh melakukan amalan-amalan wajib, solat mesti di awal waktu, wirid dan zikir walau seminit dua, mesti dilakukan, Al-quran walau sehelai dua mesti saya sirami hati saya setiap hari, agar hati saya tak kaku, agar hati saya tak kering, sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa!

kadang-kadang, rasa putus asa dengan semangat diri, rupanya saya benar-benar gagal untuk menjadi daie yang baik. walau seteguh mana saya berusaha berdakwah melalui keadaan, dan menyampaikannya dengan perbuatan, saya seakan lemas dan tewas dengan potensi diri. kosong, zero, tiada kesan, tiada perubahan. saya KALAH!!!

saya tenggelam dalam emosi, menangis mengenangkan diri yang gagal menjadi daie yang berkesan. mungkin hati saya tidak cukup bersih untuk menyentuh hati manusia lain, mungkin juga hubungan saya dengan Allah tidak cukup terikat rapi, mungkin juga keikhlasan saya tidak mencapai tahap sebenar-benar ikhlas. mungkin dan mungkin.

tetapi, saya cuba menenangkan diri, mengenangi diri yang hanya biasa, saya hanyalah manusia biasa, hamba biasa yang tidak punya kuasa apa, bukanlah saya yang mengawal situasi, bukan juga saya yang membolak-balikkan hati, tidak juga saya yang menerang dan menggelapkan hati. bukan saya, tetapi hanya DIA.

saya mula berharap dan berdoa. saya teringat akan pesan seorang sahabat ; “when you lost, and you dont know where you would go,  what you would do, do pray! HE is there!”

subhanallah, setiap hari, setiap waktu, doa saya bukan berkhitob ‘tu‘, mahupun ‘aa‘, tapi ‘na‘, saya mahu doa saya diaminkan malaikat, lalu saya berkhitob ‘na’ iaitu kami, bukan untuk saya seorang. saya mohon pada Allah, supaya hidayah Allah sampai kepada kami, kami semua, tidak mengenal latar belakang apa sekalipun, tidak mengira perbuatan apa sekalipun, saya hanya mampu berdoa, moga hari-hari yang saya lalui akan lebih mudah, dan, moga Hidayah Allah akan menjadi milik kami. sentuhlah hati kami dengan kasih sayangMu!

dan kerana itu, tatkala mendengar bacaan Al-Quran yang bukan suaranya milik saya, saya rasa sangat-sangat terharu. betapa Allah selama ini mendengar doa saya, betapa Allah mahu menguji kesabaran saya, betapa Dia tidak mahu saya berputus asa. terima kasih Allah! terima kasih!

dan selama saya melalui liku-liku kehidupan di ‘perantauan’ ini, banyak yang telah saya pelajari. ternyata, ‘yang banyak tetapi kekadang itu bukanlah yang terbaik, tetapi yang sikit tapi berterusan itulah yang lebih baik.’ ianya adalah amalan kebaikan.

subhanallah.

Alhamdulillah.

moga Rahmat Allah akan tetap bersama-sama mengiringi kita semua,

selagi mana kita bersabar, dan teguh dengan prinsip dan amalan, Allah pasti akan membantu kita. pasti.

  • salam Mujahadah..
  • saya bukanlah manusia hebat.
  • manusia biasa.
  • 2100 / 06112010

 

Tekanan adalah dorongan.

USAHA

alhamdulillah,

3 paper sudah diselesaikan dengan selamat. 25 haribulan oktober lepas, paper Intro to General Linguistics, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan saya hanya serah diri kepada Allah. 🙂

baru-baru nie, 2 dan 4 haribulan, saya menjalani kertas imtihan Nahu 3 dan ilmu kamus, bagi yang tak tahu, Nahu ni macam grammar english la, dan macam tatabahasa Melayu, dan yang paling unik lagi, kami belajar ‘grammar arab’ melalui bait-bait matan yang dikarang oleh seorang pakar Nahu Ibnu Malik, dan diulas oleh Ibnu A’qil.

kertas periksa, saya jawab seperti biasa, herm, saya rasa kertas nie paling mencabar kot. teori cume 3%, yang lain semuenya praktikal. herm, bila dapat kertas je, saya macam biasa akan tengok dari awal soalan sampai soalan yang akhir. ‘herm, takpe, He knows‘, satu sahaja yang saya sebut dalam hati. ‘he knows’ Allah tahu apa yang saya rasa, dan Allah tahu apa yang saya perlu.

PEPERIKSAAN SINONIM DENGAN PE‘PRESSURE’AN

saya rasa, daripada peringkat sekolah rendah lagi kita memang dah didedahkan dengan peperiksaan ni. tapi, maklumlah, dulu zaman kanak-kanak saya rasa saya ‘belum’ ada *pressure lagi kot.[*tekanan] maklumlah, minda kanak-kanak minda bersih, kreatif dan optimis saya rasa. pernah saya dapat nombor kedudukan keputusan peperiksaan pertengahan tahun dalam kelas 30 dari 40 pelajar, tapi tak tertekan pun, malahan saya boleh kata, “memanglah, semua orang nak dapat nombor 1 sampai ke no 29, jadi saya je la yang ambil nombor 30 nie..” hehe mak tak marah, ayah pun tak, tapi saya jela yang rasa ‘tak sedap’ bila saya tak kena marah!

apabila saya tak kena marah, jadi saya tak rasa tertekan, dan apabila saya tak rasa tertekan, saya tak akan rasa nak berusaha, takkan rasa nak maju. no efforts!

lalu, saya pun fikir, kenapa mak ayah tak marah, ataupun tak cubit ke, tak piat ke telinga saya. sebab mereka faham dan mereka sedar, anak mereka semakin membesar, bukan tekanan yang anak-anak perlu, tetapi dorongan.

ya, dorongan. jadi saya mula ambil dorongan dan harapan itu sebagai ‘tekanan’ buat saya. banyak yang memandang dan berada di belakang saya walaupun saya masih pelajar darjah 3. takkan saya tak dapat buat sesuatu untuk buat mereka tersenyum. jadi langkah dari ‘tekanan’ itu telah diambil, periksa hujung tahun, saya berjaya dapat nombor 3!

🙂

dan kini, sistem pembelajaran makin tinggi, makin susah saya rasa. tapi semuanya sebenarnya bersesuaian dengan tahap pemikiran dan IQ kita. takkan benda atau perkara yang mudah boleh melahirkan minda yang superb duberb! kan? mestilah menguji keupayaan minda dan akal. subhanallah, Manusia kan sememangnya beruntung dikurniakan a’qal, jadi a’kal yang sihat adalah a’kal yang ‘bekerja’ dan melahirkan kualiti!. 🙂

herm, belajar di Menara Gading sememangnya impian semua pelajar. saya masih ingat dahulu, sewaktu rombongan tingkatan 4 ke majlis Maulidurr Rasul di PWTC, saya nampak banyak bas UIA sewaktu sampai kat tempat tu. impiannya bukan kepalang, dapat sentuh bas UIA pun jadilah. hehe, tapi dalam hati saya mengimpi, “satu hari nanti, aku pasti akan dapat naik bas tu secara rasmi!”

jadi, saya mula ambil impian itu sebagai ‘tekanan’. dan akhirnya, alhamdulillah, saya sudah pernah naik bas UIA secara RASMI. hehe 🙂

berbalik kepada peperiksaan, herm, sekarang musim imtihan [*peperiksaan] bagi pelajar Universiti saya rasa. hampir separuh buku tebal perlu dihadam, hampir ratusan kertas nota perlu diingat, hakikatnya semua orang bertungkus lumus melakukan sehabis baik untuk sebuah peperiksaan. Saya tak nafikan, tekanan itu ada, pasti ada walau seorang pelajar tu secerdik mana pun, walau seorang pelajar tu setenang mana pun. pasti ada. tapi bagaimana seseorang itu menukarkan ‘tekanan’ menjadi sesuatu yang dapat memberi dia semangat, itu berbeza mengikut personaliti masing-masing.

bagi saya, tekanan itu suatu yang positif. tanpa tekanan, usaha yang kita lakukan tak mungkin akan mencapai tahap maksimum. ya maksimum! jadi apa yang perlu, layankan sahaja tekanan itu dan tukarkan ia kepada satu tenaga yang berbentuk dorongan! ya, ambil tekanan itu sebagai satu dorongan!

semestinya, apabila berada di tahap yang tinggi, ramai yang memberi harapan, ramai juga yang memberi tekanan sebenarnya. jadi, banyak mata yang melihat, banyak hati yang mengharap, dan banyak mulut yang menunggu masa. semuanya mengharapkan yang terbaik dari sebuah keputusan peperiksaan.

jadi, saya tak nafikan, saya turut menghadapi situasi ‘tekanan’ yang maksimum. ditambah pula dengan  soalan-soalan peperiksaan yang semakin mencabar mengikut semester, saya rasa, satu sahaja kertas peperiksaan sudah membolehkan untuk menambah satu kedut di dahi! hehe 🙂 itu mengarut je tau.

nota utama disini adalah, jadikanlah tekanan itu sebagai satu dorongan yang akan mengubah emosi dan perasaan kita menjadi satu tenaga yang dapat digunakan untuk usaha maksimum. saya yakin, kita semua pasti melakukan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan dan dalam apa jua kita impikan!

POTENSI itu pasti ada dalam diri seseorang, cuma perlu disemai, dan dibaja, Subhanallah, nak tunggu padi ranum pun hampir beberapa bulan, ni kan nak lahirkan satu Potensi dalam diri seseorang.:)

salam imtihan, salam kecemerlangan! 🙂

Allah knows ^^

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the storm
and the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH’S way to make our spirit strong.

Allah knows BEST, dont give up, give and do Your BEST.. ^___^