Tekanan adalah dorongan.

USAHA

alhamdulillah,

3 paper sudah diselesaikan dengan selamat. 25 haribulan oktober lepas, paper Intro to General Linguistics, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, dan saya hanya serah diri kepada Allah.🙂

baru-baru nie, 2 dan 4 haribulan, saya menjalani kertas imtihan Nahu 3 dan ilmu kamus, bagi yang tak tahu, Nahu ni macam grammar english la, dan macam tatabahasa Melayu, dan yang paling unik lagi, kami belajar ‘grammar arab’ melalui bait-bait matan yang dikarang oleh seorang pakar Nahu Ibnu Malik, dan diulas oleh Ibnu A’qil.

kertas periksa, saya jawab seperti biasa, herm, saya rasa kertas nie paling mencabar kot. teori cume 3%, yang lain semuenya praktikal. herm, bila dapat kertas je, saya macam biasa akan tengok dari awal soalan sampai soalan yang akhir. ‘herm, takpe, He knows‘, satu sahaja yang saya sebut dalam hati. ‘he knows’ Allah tahu apa yang saya rasa, dan Allah tahu apa yang saya perlu.

PEPERIKSAAN SINONIM DENGAN PE‘PRESSURE’AN

saya rasa, daripada peringkat sekolah rendah lagi kita memang dah didedahkan dengan peperiksaan ni. tapi, maklumlah, dulu zaman kanak-kanak saya rasa saya ‘belum’ ada *pressure lagi kot.[*tekanan] maklumlah, minda kanak-kanak minda bersih, kreatif dan optimis saya rasa. pernah saya dapat nombor kedudukan keputusan peperiksaan pertengahan tahun dalam kelas 30 dari 40 pelajar, tapi tak tertekan pun, malahan saya boleh kata, “memanglah, semua orang nak dapat nombor 1 sampai ke no 29, jadi saya je la yang ambil nombor 30 nie..” hehe mak tak marah, ayah pun tak, tapi saya jela yang rasa ‘tak sedap’ bila saya tak kena marah!

apabila saya tak kena marah, jadi saya tak rasa tertekan, dan apabila saya tak rasa tertekan, saya tak akan rasa nak berusaha, takkan rasa nak maju. no efforts!

lalu, saya pun fikir, kenapa mak ayah tak marah, ataupun tak cubit ke, tak piat ke telinga saya. sebab mereka faham dan mereka sedar, anak mereka semakin membesar, bukan tekanan yang anak-anak perlu, tetapi dorongan.

ya, dorongan. jadi saya mula ambil dorongan dan harapan itu sebagai ‘tekanan’ buat saya. banyak yang memandang dan berada di belakang saya walaupun saya masih pelajar darjah 3. takkan saya tak dapat buat sesuatu untuk buat mereka tersenyum. jadi langkah dari ‘tekanan’ itu telah diambil, periksa hujung tahun, saya berjaya dapat nombor 3!

🙂

dan kini, sistem pembelajaran makin tinggi, makin susah saya rasa. tapi semuanya sebenarnya bersesuaian dengan tahap pemikiran dan IQ kita. takkan benda atau perkara yang mudah boleh melahirkan minda yang superb duberb! kan? mestilah menguji keupayaan minda dan akal. subhanallah, Manusia kan sememangnya beruntung dikurniakan a’qal, jadi a’kal yang sihat adalah a’kal yang ‘bekerja’ dan melahirkan kualiti!.🙂

herm, belajar di Menara Gading sememangnya impian semua pelajar. saya masih ingat dahulu, sewaktu rombongan tingkatan 4 ke majlis Maulidurr Rasul di PWTC, saya nampak banyak bas UIA sewaktu sampai kat tempat tu. impiannya bukan kepalang, dapat sentuh bas UIA pun jadilah. hehe, tapi dalam hati saya mengimpi, “satu hari nanti, aku pasti akan dapat naik bas tu secara rasmi!”

jadi, saya mula ambil impian itu sebagai ‘tekanan’. dan akhirnya, alhamdulillah, saya sudah pernah naik bas UIA secara RASMI. hehe🙂

berbalik kepada peperiksaan, herm, sekarang musim imtihan [*peperiksaan] bagi pelajar Universiti saya rasa. hampir separuh buku tebal perlu dihadam, hampir ratusan kertas nota perlu diingat, hakikatnya semua orang bertungkus lumus melakukan sehabis baik untuk sebuah peperiksaan. Saya tak nafikan, tekanan itu ada, pasti ada walau seorang pelajar tu secerdik mana pun, walau seorang pelajar tu setenang mana pun. pasti ada. tapi bagaimana seseorang itu menukarkan ‘tekanan’ menjadi sesuatu yang dapat memberi dia semangat, itu berbeza mengikut personaliti masing-masing.

bagi saya, tekanan itu suatu yang positif. tanpa tekanan, usaha yang kita lakukan tak mungkin akan mencapai tahap maksimum. ya maksimum! jadi apa yang perlu, layankan sahaja tekanan itu dan tukarkan ia kepada satu tenaga yang berbentuk dorongan! ya, ambil tekanan itu sebagai satu dorongan!

semestinya, apabila berada di tahap yang tinggi, ramai yang memberi harapan, ramai juga yang memberi tekanan sebenarnya. jadi, banyak mata yang melihat, banyak hati yang mengharap, dan banyak mulut yang menunggu masa. semuanya mengharapkan yang terbaik dari sebuah keputusan peperiksaan.

jadi, saya tak nafikan, saya turut menghadapi situasi ‘tekanan’ yang maksimum. ditambah pula dengan  soalan-soalan peperiksaan yang semakin mencabar mengikut semester, saya rasa, satu sahaja kertas peperiksaan sudah membolehkan untuk menambah satu kedut di dahi! hehe🙂 itu mengarut je tau.

nota utama disini adalah, jadikanlah tekanan itu sebagai satu dorongan yang akan mengubah emosi dan perasaan kita menjadi satu tenaga yang dapat digunakan untuk usaha maksimum. saya yakin, kita semua pasti melakukan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan dan dalam apa jua kita impikan!

POTENSI itu pasti ada dalam diri seseorang, cuma perlu disemai, dan dibaja, Subhanallah, nak tunggu padi ranum pun hampir beberapa bulan, ni kan nak lahirkan satu Potensi dalam diri seseorang.:)

salam imtihan, salam kecemerlangan!🙂

4 thoughts on “Tekanan adalah dorongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s