erti DEWASA


Pagi sabtu yang damai, seperti biasa aku memulakan rutin harian menyidai baju di ampaian luar rumah.

“sidai baju kak?..” tegur seorang budak lelaki.

lebih mesra dipanggil kimi, muhammad hakimi, budak lelaki darjah empat yang berjiran dengan keluargaku.

“ye, kimi. kimi, akak dengar kimi nak sunat hari ni? hehe “ [sunat: berkhatan] aku menutur tanya sambil gelak-gelak ngeri.🙂

mana taknya, dua kali melihat pengalaman adik-adik ‘mendewasakan’ diri. tau saja mana yang menjeritnya, mana yang nak larinya. tapi, bukanlah niat nak menakut-nakutkan, cuma nak cetus humor saje.

“a’ah kak intan, kejap lagi, dalam pukul 11.” jawab dia selamber. macam tak takut langsung. hebat-hebat.😀

“takut tak?” aish, ape punye soalan lah nie, confirmlah ya jawapannya.

“erm, tak takut sangat. abang kimi kate tak sakit sangat. tapi kimi takut kene inject.” [injection : suntikan bius] jawabnya sambil membuat gaya ala-ala doktor mahu menginject tangan pesakit.

“ala, macam kene gigit semut je tu. takyah takut lah. herm, tapi kenapa kimi sunat awal sangat? adik akak dulu darjah lima atau enam baru sunat.” aku menghambur tanya.

“herm.. sebab, kimi nak cepat DEWASA!.”

hampir terlurut kain jemuran di tangan. jawapan yang tidak aku sangkakan. hehe, ingatkan, ayah dan ibunya yang suruh, rupanya atas kerelaan diri sendiri atas tujuan mahu DEWASA. tergelak aku sebentar, bukannya apa, kanak-kanak masa kini ‘dewasanya’ melebihi paras umurnya!

dia pun berlalu pergi berlalu menuju rumahnya.

Dewasa yang dia mahukan dari sebuah pengorbanan iaitu melalui proses ‘SUNAT’. ya, sebenarnya, kedewasaan itu memang telah wujud dalam dirinya apabila dia mula bertekad untuk tidak takut berkhatan.

Ya Allah~ bukan mudah nak memupuk perasaan berani dan tidak takut bagi seorang budak lelaki yang sedang melalui proses kedewasaannya. tanya sahaja pada mereka, apa ertinya dewasa, dewasa adalah dengan bersunat! iaitu, dengan memupuk perasaan berani dan tidak takut dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan tuntutan-tuntutan kedewasaan.

maklumlah, musim-musim cuti sebegini, tentu banyak sahaja aktiviti yang mahu dilakukan.

jadi, selamat berkhatan ye adik-adik!🙂

puchong, selangor.

3.20pm/20112010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s