take a first step

Allahu akbar..

sejujurnya, rasa rindu nak meluah. lama sudah tak menekan keyboard mencoret-coret isi hati. entahlah, mungkin kekurangan idea, atau tak banyak membaca, atau hilang mood menulis, atau masa semakin sempit atau dan atau. hakikatnya, penyebabnya bukanlah pada atau  atau itu, tapi pada diri sendiri kan3?

sem kedua tahun kedua, saya kira hampir melabuhkan tirai fasa pertama. makin hari, mula makin sibuk, jadual setiap malam makin penuh, mungkin hampir sendat. 2 malam dalam seminggu akan ada kelas 2jam, tidak dicampur lagi discussion, meeting, dan halaqoh. hakikatnya, benarlah kata Imam Hassan al-Banna, “kewajipan itu lebih banyak dan lebih besar dari waktu yang kita ada”.

erm,

sem ni, mungkin saya telah melangkah setapak, apa yang jujur saya katakan, mungkin lebih berani untuk mencuba. saya mula berani masuk ke dalam medium yang telah lama saya tinggalkan. ‘berpersatuan’. kalau waktu di matrikulasi, saya sangat rancak berpesatuan, di sini, masuk tahun kedua baru mahu memulakan langkah. sebabnya, mungkin kerana potensi diri yang naik dan jatuh merudum, dan mungkin juga kerana semangat dan spirit yang masih belum bercambah. hakikatnya, saya tidak mahu ‘membangau’ disini..🙂

saya tak tahu..

saya kurang berpengalaman..

saya takut..

herm, kalau tak cuba mana nak tahu kan? dengar sajalah kata hatimu, dan selebihnya berusaha semampu mungkin. inshaallah, Allah akan lorongkan kamu dalam jalan yang benar dan diredhai. ok?

mungkin lelah yang akan kita dapat selepas langkah pertama dimulai, tapi percayalah, lelah itu lah yang akan memberikan kita kepuasan. kepuasan dalam melakukan apa yang kita suka, dan apa yang kita yakin.

dan selebihnya, hanya yakin dengan Allah…

*terketar tangan menulis, rasa janggal mungkin..😛

 

 

2 thoughts on “take a first step

  1. Adakalanya kerana berpersatuan itu angkara kita mempunyai hala tuju dan objektif. Kita mahukan sesuatu daripada apa yang kita lakukan sesuatu.

    Mungkin dalam suasana yang baru, persekitaran yang lebih mencabar, rasa untuk beraktiviti itu belum lagi bercambah. Itu sebab rasa takut, malu dsb masih menari-nari di sekeliling.

    Yang paling penting sebenarnya, bukanlah kita cuba mengadaptasi diri dengan sekitar, tetapi kita adalah pencari dan pengembara hikmah. Pengembara hikmah perlu mempunyai rasa berani, dan rasa mampu yang berkobar-kobar.

    Jika kita mempunyai objektif, visi dan misi dalam mencari pengalaman dan hikmah , sudah tentu kita mengisytiharkan diri kitalah, sang pengembara hikmah itu. Semoga Berjaya.

  2. itulah, mungkin misi dan objektif masih samar, jadi saya masih teragak-agak.
    tapi, alhamdulillah, Dia telah melorongkan jalan.
    moga istiqomah.
    terima kasih atas komentarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s