Wonderpets antara realiti dan fantasi

Untuk sebulan cuti semester, hampir setiap setiap hari  saya tak miss tengok wonderpets. Mana taknya, jam 2.30 petang, tv9 dah di ‘booking’ adik saya. Baru berusia dua tahun dah pandai nyanyi “apa yang penting, KERJASAMA!!”

Tak mengapa, yang positif boleh diterima.

Serius, sejujurnya saya suka melihat ‘sesuatu’ disebalik penceritaan Wonderpets. Bermula dari Lini (Watak hamster – wonderpets) yang menerima panggilan, sehinggalah Ming-Ming (Watak itik – wonderpets) menutur “ini serius”, semuanya bagi saya mempunyai mesej tertentu yang sebenarnya wajar untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Walau siapa dan apa sekalipun, jika ada yang meminta pertolongan, pasti mereka (wonderpets) akan membantu. Tak kiralah, berlainan spesies atau sama, mereka tetap akan mencuba walau tahu itu sememangnya mustahil, macam membersihkan gigi crocodile (buaya), sehinggalah menerbangkan anak burung dan mengajar anak angsa menari.

Bagaimana si hamster mengajar anak angsa itu menari, kita letakkan kamudian. Yang penting, satu daripada mesej-mesej yang disampaikan adalah Menjadikan suatu yang mustahil kepada tidak mustahil.

‘turning impossibilities into possibilities’

Menjadikan sesuatu itu mustahil sememangnya amat mudah. Hanya dengan berkata TIDAK BOLEH, TIDAK MAMPU, ianya telah menjadikan sesuatu itu mustahil untuk dilakukan. Tetapi menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada yang tidak mustahil adalah sesuatu yang memerlukan keazaman dan keteguhan hati.

Simulasinya, bagaimana menukar keterbiasaan yang negatif kepada kebiasaan yang positif.

Bagi mereka yang gemar tidur lewat hingga 3 ke 4 pagi, kemudian bangun pukul 9 ke 11 pagi, tentu sukar sekali untuk memadam habit masa tidur yang sebegitu. Namun, pernahkah sekali mencuba? Walau disangka tidak akan berjaya sekalipun, namun percubaan itu adalah satu proses kejayaan.

Dahulu, saya memang dilanda dilema, dilema tentang pemilihan pre-degree kedua, maksud saya, MINOR degree. Siang malam kepala pusing, memikirkan itu dan ini.

Apa yang saya sedar, saya kerap berkata ‘aku tidak mampu’, ‘ aku tidak pandai’ untuk mengambil minor dalam history (Sejarah). Hakikatnya, saya telah menjadikan minat saya sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bukan saya tidak mahu, tetapi saya menidakkan kemampuan saya.

Lalu yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan tidak dan bukan boleh.

Namun, Allah lebih tahu jalan mana yang patut saya dilorongkan. Alhamdulillah, saya mula beransur berani sedikit demi sedikit, dan subjek sejarah sudah menjadi makanan harian saya kini. Saya mula belajar apa erti mahu daripada perkataan tidak mampu.

Saya mula menjadikan ketidakmampuan saya sebagai turning point untuk saya mengoreksi diri. Turning point untuk berbalik semula kepada kemampuan saya.

Dan sebenarnya, kemahuan kita yang akan mengatasi ketidakmampuan kita. Dan selebihnya, sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa, supaya Allah meminjamkan kita kekuatan, dan melorongkan kita dalam jalan yang benar.

Dan,

Wonderpets, antara realiti dan fantasi, hanya dapat kita tentukan jika kita sudah mengaplikasi.

Selamat mencuba!

Advertisements

belajar dari kelukaan

Terluka dan melukai,

Saya pernah melaluinya, dan saya pernah melakukannya. Hakikatnya, bagi manusia yang sudah melepasi usia 20an, pasti pernah merasai hakikat terluka dan melukai. Mungkin, anggapan saya. setujukah?

Mungkin kerana melalui zon pra-matang, emosi dan fikiran tak selari. Apa yang difikir, dan apa yang dirasa tak disetujui emosi. Saat itu, pedih yang amat.

Hakikatnya, apabila kita melukai, yang tinggal pada diri kita adalah kita sendiri yang akan terluka. Kerana kita telah mencalari fitrah, dan kita telah berpaling dari fitrah. Fitrah menyayangi dan menjagai sentiasa.

Saya mula mengeluh, bersendiri mencari diri, mula melarikan diri dari kesilapan dan takut pula mahu membetulkannya. Hakikatnya, kehidupan seakan berhenti seketika. Jam berputar tak mengikut masa. Saya termuhasabah semula. Jika tiada apa yang dimula, tiada apa yang akan berubah.

Saya mula sedar, apa yang telah berlaku tidak boleh diputar kembali. Umpama, arah jam tidak akan berputar terbalik! Begitu juga kehidupan. Your future is depends on what step you’re taking. Itu benar. Kita tidak boleh memutar masa, diluar kuasa kita untuk membetulkan kesilapan di masa lampau. Tetapi apa yang kita mampu adalah membina masa hadapan dengan membina kembali semua perhubungan yang telah kita calari, dan membina kembali kepercayaan yang telah diroboh musnah, mungkin tidak seratus peratus berjaya dibaik pulih, namun, selagi kita tidak cuba melangkah setapak, nothing can change.

Dan masa hadapan itulah yang kita perlu corak menjadi sesuatu yang tidak mengulang sejarah perit dan buruk itu. Hakikatnya, terluka dan melukai itu menjadi satu batasan norma kehidupan untuk kita terus mencorak kehidupan yang lebih disinari cahaya dan keberkatan.

Hakikatnya, Allah lebih mengetahui apa yang dirancang dan diaturkan.

Belajarlah dari kelukaan itu. Pasti akan mendapat ibrah bagi yang berfikir. Inshaallah.

perbaharui niat.

Perbaharuilah niat..

saya selalu ingatkan diri saya sendiri dan juga adik-adik persatuan supaya sentiasa perbaharui niat. Maksud saya, fokus pada niat yang utama, dan bila niat mahu menyimpang, perbaharui semula niat. Kerana dengan niat itulah amal dan perbuatan kita akan terlorong.

Macam nak buat program, atau apa-apa aktiviti berpersatuan, biarlah kita mahu ke indonesia sekalipun, apa yang penting adalah niat dan objektif. Kalau kita hanya sekadar mahu bersuka ria tanpa ada satu manfaat sekalipun maka, perbaharuilah niat kita kerana apakah kita mahu berprogram. Kalau hanya kerana mahu bersuka ria, maka yang kita dapat hanyalah suka dan ria itu sahaja. Noktah.

Saya teringat kisah yang saya baca dalam SOLUSI keluaran terbaru, kisah seorang lelaki yang mendapat kehinaan apabila niat dia bernikah dengan seorang wanita hanyalah kerana mahu mendapat kemuliaan dan status. Ibn U’yainah lalu berkata, “orang yang menginginkan kemuliaan, akan diberikan kehinaan, orang yang menginginkan kekayaan akan diberikan kefakiran, dan orang yang menginginkan kesolehan, maka Allah akan himpunkan untuknya kemuliaan dan kekayaan.”

Subhanallah.

Dengan niat macam-macam boleh berlaku, baik atau buruk hakikatnya adalah kerana niat yang satu. Seperti Jika diisi dengan kandungan yang kotor, maka kotorlah satu bekas, sementalahan, jika diisi dengan kandungan yang bersih, maka akan bersihlah seluruhnya. Macam HATI.

Herm,

Bila saya terfikir itu, saya mula refresh kembali semua niat saya. Kenapa saya mahu berprogram, kenapa saya mahu mengambil kos Bahasa Arab, kenapa saya mahu minor dalam History, kenapa itu dan ini. Hakikatnya, muhasabah niat itu adalah penting. Kalau boleh tiap-tiap hari sebelum tidur itu, ambillah masa 5 hingga 10 minit untuk muhasabah. Takut-takut niat menyimpang amal kan jadi sia-sia. Naudzubillah.

Jadi,

Marilah memperbaharui niat.