Wonderpets antara realiti dan fantasi

Untuk sebulan cuti semester, hampir setiap setiap hari  saya tak miss tengok wonderpets. Mana taknya, jam 2.30 petang, tv9 dah di ‘booking’ adik saya. Baru berusia dua tahun dah pandai nyanyi “apa yang penting, KERJASAMA!!”

Tak mengapa, yang positif boleh diterima.

Serius, sejujurnya saya suka melihat ‘sesuatu’ disebalik penceritaan Wonderpets. Bermula dari Lini (Watak hamster – wonderpets) yang menerima panggilan, sehinggalah Ming-Ming (Watak itik – wonderpets) menutur “ini serius”, semuanya bagi saya mempunyai mesej tertentu yang sebenarnya wajar untuk dipertontonkan kepada kanak-kanak.

Walau siapa dan apa sekalipun, jika ada yang meminta pertolongan, pasti mereka (wonderpets) akan membantu. Tak kiralah, berlainan spesies atau sama, mereka tetap akan mencuba walau tahu itu sememangnya mustahil, macam membersihkan gigi crocodile (buaya), sehinggalah menerbangkan anak burung dan mengajar anak angsa menari.

Bagaimana si hamster mengajar anak angsa itu menari, kita letakkan kamudian. Yang penting, satu daripada mesej-mesej yang disampaikan adalah Menjadikan suatu yang mustahil kepada tidak mustahil.

‘turning impossibilities into possibilities’

Menjadikan sesuatu itu mustahil sememangnya amat mudah. Hanya dengan berkata TIDAK BOLEH, TIDAK MAMPU, ianya telah menjadikan sesuatu itu mustahil untuk dilakukan. Tetapi menjadikan sesuatu yang mustahil itu kepada yang tidak mustahil adalah sesuatu yang memerlukan keazaman dan keteguhan hati.

Simulasinya, bagaimana menukar keterbiasaan yang negatif kepada kebiasaan yang positif.

Bagi mereka yang gemar tidur lewat hingga 3 ke 4 pagi, kemudian bangun pukul 9 ke 11 pagi, tentu sukar sekali untuk memadam habit masa tidur yang sebegitu. Namun, pernahkah sekali mencuba? Walau disangka tidak akan berjaya sekalipun, namun percubaan itu adalah satu proses kejayaan.

Dahulu, saya memang dilanda dilema, dilema tentang pemilihan pre-degree kedua, maksud saya, MINOR degree. Siang malam kepala pusing, memikirkan itu dan ini.

Apa yang saya sedar, saya kerap berkata ‘aku tidak mampu’, ‘ aku tidak pandai’ untuk mengambil minor dalam history (Sejarah). Hakikatnya, saya telah menjadikan minat saya sebagai satu perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bukan saya tidak mahu, tetapi saya menidakkan kemampuan saya.

Lalu yang keluar dari mulut saya hanyalah perkataan tidak dan bukan boleh.

Namun, Allah lebih tahu jalan mana yang patut saya dilorongkan. Alhamdulillah, saya mula beransur berani sedikit demi sedikit, dan subjek sejarah sudah menjadi makanan harian saya kini. Saya mula belajar apa erti mahu daripada perkataan tidak mampu.

Saya mula menjadikan ketidakmampuan saya sebagai turning point untuk saya mengoreksi diri. Turning point untuk berbalik semula kepada kemampuan saya.

Dan sebenarnya, kemahuan kita yang akan mengatasi ketidakmampuan kita. Dan selebihnya, sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa, supaya Allah meminjamkan kita kekuatan, dan melorongkan kita dalam jalan yang benar.

Dan,

Wonderpets, antara realiti dan fantasi, hanya dapat kita tentukan jika kita sudah mengaplikasi.

Selamat mencuba!

4 thoughts on “Wonderpets antara realiti dan fantasi

  1. Salam.

    Menarik bercerita tentang wonderpets.

    Dahulu ketika saya bersama seorang rakan memanjat pokok manggis, kami bertungkus-lumus bekerjasama, tiba-tiba adik-adik yang di bawah sama-sama nyanyi

    “Apa yang penting?”… “Kerjaaaaa sama”

    Kami tersenyum simpul di atas, malah lebih bersemangat rasanya nak dapatkan manggis.

    Adakalanya saya merasakan itulah kejayaan bagi sebuah rancangan kanak-kanak. Mujur, mereka translatekan ke Bahasa Melayu. Harapnya banyak lagi rancangan seperti ini =)

    • wkmsalam..
      untuk kanak-kanak, proses mengenal apa erti kerjasama sememangnya bermula dari perbuatan, baru disusuli dengan kata-kata.
      tapi, bagi kanak-kanak yang sudah boleh menutur “Kerjasama” , itu satu proses mengenal juga, cumanya, kita yang dewasa lah perlu melakukan ‘kerjasama’ itu. kan?
      ye, harapnya, rancangan sebegitu diperbanyak dan diperhebat lagi, moga dapat melorongkan mentaliti kanak2 dan masyarakat ke arah yg positif..
      ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s