R.I.N.D.U

R.I.N.D.U

.

.

.

.

.

.

RUMAH..

*_*

 


“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku” (Riwayat Muslim) – Hadith Qudsi

Sunnatullah

“God Gives every bird it’s food, but He does not throw it into its nest.”

Think about it… if man wants vegetables, he has to prepare the soil, plant the seed, water and care for the plant, then harvest it. He tends to appreciate the land, the water source, the weather, the time, his tools, the sunshine, the exercise, his sleep after a hard days work, and the delicious vegetables. He is probably healthier than the person that is spoon fed in bed.

also, If a person wants to succeed, he must go through the process of success that requires patience and efforts..

^_^

*sabar, usaha dan tawakal… 🙂

learn to LEARN

learn to learn

tak kenal maka tak cinta kan?

saya selalu pesan kat diri sendiri, dekat adik-adik, yang kita kena kenal diri

sendiri dahulu untuk berjaya dalam apa-apa, sama ada subjek kehidupan di dunia mahupun subjek kehidupan di akhirat.

adik-adik saya dua-dua tahun ini akan menghadapi dua peperiksaan besar, Spm dan Pmr. saya selaku kakak, saya rasa saya yang cukup kecut perut.. hihi ^^

Angah selalu tanya, “kakak, macam mana nak study ye? takde moo

d la. kat sekolah pun tengok orang main je. cikgu pun kadang masuk, kadang tak.”

saya diam dulu, mencekak pinggang ala-ala si ibu mahu berkhutbah pada anaknya. huhu

“kenal diri sendiri dulu. jangan peduli yang lain. jangan cari kekurangan yang lain. yang penting diri sendiri.”

waktu untuk pecut!

waktu untuk pecut!

maksudnya, kita suka belajar yang macam mana. study pada waktu bila yang sesuai dnegan otak dan penerimaan minda kita. tempat macam mana yang selesa. warna apa, gaya apa nota kita. ataupun tidak bernota tapi lebih suka mendengar. ataupun bercakap dan mendengar sekaligus. dan banyak lagi teknik-teknik belajar yang perlukan kesesuaian diri dan minda.

herm, faham tak ye.. ?

saya bagi contoh lah, melalui pengalaman saya mempunyai 2 orang adik lelaki, mereka ni cerdik-cerdik sebenarnya, namun cuma cara belajar yang tidak sesuai. mereka lebih suka mendengar daripada membaca dan membuat nota. ha, mereka sukakan peta dan bentuk-bentuk. mereka lebih sukakan cabaran, contohnya membaca dengan buku terbalik ke (dont try this at home), ataupun rakam suara kita baca buku dan dengar balik dengan earphone and so on. ^^

kebiasaannya, perempuan pula akan contra dengan cara belajar lelaki. mereka labih suka membuat nota yang berwarna-warni, tampal sana sini, mereka boleh membaca straight setengah jam atau lebih. dan banyak lagi yang saya rasa itu adalah teknik belajar yang tersendiri.

bagi adik-adik yang kurang gemar membaca dan menghafal bulat-bulat, akak nasihatkan belajar mengingat melalui persekitaran. contohnya, apabila tengah belajar tentang kelajuan cahaya, pegang pembaris, kalau ada pembaris yang panjang sampai 30cm lagi bagus. hehe lepas tu, kata macam ni, kelajuan pembaris ini lajunya sejarak pembaris ini sesaat. maksudnya, pembaris yang kita pegang tu kan 30cm, dan kelajuan cahaya adalam 30centimeter setiap saat. jadi, kelajuan cahaya setiap saat adalah berjarak pembaris di tangan! woha! ^^

yang saya maksudkan disini bukanlah cahaya itu, tapi bagaimana kita gunakan daya imaginasi kita ketika belajar. contohnya, bulatnya jam umpama matahari, dan jarum yang berputar umpama bumi yang mengelilingi matahari dan sebagainya. saya rasa cara ini senang dan mudah berkesan.. bagi saye la.. 🙂

banyak lagi cara-cara belajar yang kita sendiri kena kenal pasti yang mana sesuai dengan diri kita. belajar dalam bising kah, atau belajar tanpa ada satu bunyi pun. atau belajar diwaktu pagi kah atau waktu petang.

untuk dapatkan keputusan, time belajar, cuba muhasabah dulu. senyap-senyap, diam dan tenang, kenal diri sendiri, kalau ok waktu itu terus ON! kalau tidak, kita tutup buku! dan cari waktu yang sesuai.

tapi, kalau semua waktu tak sesuai, hmm, saya rasa satu je jawapannya..

..

..

PAKSA!!

^_^

what is important is LEARN to LEARN..


*belajar-belajar intan!

salam Maulidurrasul.. 🙂

Love is sweet than sweet..

erm,

Orang sana sini dok keliling tengok..

eish, aku kah sahaje yang perasan..

mana taknya, dari tadi dok diam membisu..

bukan tak kenal, kenal, 3 tahun dah dulu hidup bersama..

tapi kaku, atau rindukah aku?

terharu pun ada..

dia datang dari jauh semata-mata kerana rindu?

terharu.. terharu..

dia mengadu macam-macam..

aku terpaku, sungguh dia masih macam dahulu, jujur seperti biasa,

teman, kalau sekali berteman, selamanya teman kan?

soal hati merunsingkan kepalanya,

aku pun bukannya PAKAR HATI,

lantas aku tuturkan, serahkan sahaja pada Tuhan..

kerana Dia sebaik-baik Penentu..

tatkala mata bertemu, rupanya baru aku tahu,

renungan mata itu yang aku rindukan rupanya..

sedar tak sedar, rindu dan cinta mula berputik kembali,

oh, sangat manis..

….

….

love is sweet than sweet..

ukhwah fillah abadan abada..

p/s : thanks Mubarak, u make my Sahabat came to me.. huhu ^-^

slot belajar : LISAN

jom belajar! 😉

احفظ لسانك إن اللسان      حريص على المرء في قتله

وإن اللسان بريد الفؤاد           دليل الرجال على عقله

dua baris ini adalah baris bait syair yang dideklamasikan oleh Ibnu Mubarak, (deklamasi kah) hehe 🙂 Ibnu Mubarak ini adalah penyair terkenal zaman kerajaan Abbasiah di Baghdad tau. kirenye macam A. Samad Said Malaysia lah.. hehe 😀

ok, kite belajar terjemah bait syair tu satu-satu baris ye.

baris yg pertama,

احفظ :  ini dalam bentuk feel amar, maksudnya suruhan, sebutnya (ihfaz), bermaksud, JAGALAH!

لسانك : kalimah ni bermaksud lidah kamu, atau lebih tepat kita katakan lisan kamu atau perkataan kamu. LISAN bermaksud lisan, lidah, dan perkataan, dan ka tu merujuk kepada kamu (yang dikata) dan dalam arabnya, sebutnya macam nie tau (lisanak, atau lisanaka, atau lisanaki)

إن اللسان : (innal lisana), (inna), bermaksud sesungguhnya, kirenya macam transition atau kata penghubung dalam bahasa arab la. ataupun, (inna) ni lebih kepada maksud taukid (penekan). dan maksud perkataan ni, “sesungguhnya lisan atau lidah itu adalah”

حريص على : (harisun a’la) sebut betul-betul tang a’la tu tau, bukan A, tapi Ain. 🙂 yang bermaksud keatas, dan harisun bermaksud penjaga, pemelihara. maksudnya kat sini, penjaga kepada (ke atas ).

المرء : (al-mar-ie) maksudnya individu, atau seseorang.

في قتله : (fi Qotilihi) sebut dengan qaf tau, bukan dengan kaf.  🙂 maksudnya, fi tu pada, atau di, yang qatli tu maksud sebenarnya pembunuhan, tapi, kat sini, kita pakai maksud kebinasaan, atau kemusnahan, yang hi tu domir (maksudnya, kembali atau merujuk pada seseorang@individu itu tadi)

بريد الفؤاد : (baridul Fuadi) bacenye sambungkan, sebab dua perkataan ni saling bersandar antara satu sama lain, (mudof wa mudof ilahi) maksunya, BARID (yang menyampaikan) dan FUAD (maksudnya, hati). jadi, maksud ayat ni, yang menyampaikan apa yang terpendam dalam hati. eceehh 😛

دليل الرجال : ha, yg nie sebutnya (dalilur rijali), sama macam ayat atau perkataan atas nie, diorang saling bersandar antara satu sama lain. dan maksud DALIL adalah dalil! hehe macam bukti, atau petunjuk. dan Ar-RIJAL maksudnya lelaki, pemuda, atau lebih umum kita cakap seseorang itu. sebab, syair ini tidak hanya kepada lelaki, tetapi kepada wanita juga ye, jgn gaduh-gaduh.. hehe 😛

على عقله : (a’la a’qlihi), a’la dah tau maksud kan? ok, (a’qlihi) sebut dengan Ain jugak tau, maksudnya AKAL, sama je sebutannya. dan Hi tu merujuk kepada rijal tadi. maksud kat sini, keatas akalnya (akal seseorang itu).

ok, habis terjemah harfi, so, we came to learn about the inside meaning. 🙂

احفظ لسانك إن اللسان      حريص على المرء في قتله

“jagalah lisan dan perkataan kamu, kerana sesungguhnya lidah itu adalah pemelihara dan penjaga kepada seseorang apabila dia menghampiri kepada kemusnahan dan pertelingkahan.”

وإن اللسان بريد الفؤاد           دليل الرجال على عقله

“dan sesungguhnya lisan dan perkataan itu adalah yang akan menyampaikan isi hati dan lisan itu juga yang akan menjadi bukti keatas akal seseorang itu (kematangan akal).”

ok? faham?

bagus… hehe

^___^

mungkin, semua kawan-kawan dah jelas kan? tapi saya nak lah jugak hurai sikit. hehe 😀

untuk bait dan baris yang pertama, penyair menasihatkan kita yang mendengar dan memahami syairnya tentang lidah, bahaya, dan peranannya dalam kehidupan seseorang.

kita bercakap dengan lidah kan? berinteraksi dengan lidah dan perkataan, dan bergaduh pun dengan percakapan kan? jadi semuanya kita buat dengan percakapan, jadi lidah adalah satu Nikmat yang besar yang dikurniakan Allah kepada kita.

so,

say “Alhamdulillah”.

🙂

dan lidah juga yang menjadikan kita tersalah kata, apabila kita tersalah langkah. maksudnya kat sini, apabila, kita berada dalam keadaan yang tidak sesuai untuk kita berkata-kata, jadi baik kita mnejaga lidah kita daripada berkata-kata dan DIAM. itu adalah sebaik-baik penjaga diri kita compared to bodyguard. hehe 😀

ok, baris yang kedua, lebih precise kepada fungsi dan peranan lidah (lisan). lidah tentunya menyampaikan apa yang kita nak cakap kan? instead of menulis pakai tangan.. hehe 🙂 maksudnya, tanpa lidah yang menyentuh lelangit mulut dan gigi, kita tidak akan dapat bertutur dan menyampaikan isi hati kita kepada orang lain.

so, say …

oh, bagus, belum tulis lagi dah cakap kan? 🙂

lidah juga adalah bukti kepada akal seseorang itu. maksudnya, kalau yang bukan-bukan sahaja yang seseorang itu cakapkan, cakap benda-benda yang tak elok, yang tak sedap didengar, cuba imagine, apa yang ada dalam fikiran dan akal dia. tidak lain dan tidak bukan hanya yang buruk-buruk sahaja.

dan kalau yang keluar daripada mulut itu adalah perkataan yang baik-baik, nasihat, teguran bernas, cadangan, kata-kata yang elok, kita dapat imagine kan apa yang ada dalam akalnya.

dan kesimpulan kat sini, lidah dan percakapan tu lah yang membuktikan kematangan fikiran kita.

jadi,

berfikirlah sebelum bercakap.

selamat beramal.. 🙂

assalamualaikum…

*nota subjek abbasid.

nak second quiz nie, kena rajin wat revision.. eheh 🙂

kau memang HEBAT!

Assalamualaikum to all readers, 😉

semester ini, saya rasa semester yang lebih mencabar berbanding semester-semester yang lepas. subjek semuanya berat, 2 subjek major, satu subjek minor, dan selebihnya skill dan compulsory subjek.

alhamdulillah, 6 mid-term dah lepas, tinggal satu lagi next week. belajar memang penat kan? tak kira lah di peringkat mana sekalipun, otak tetap sama diperah. dalam erti kata lain, Paksa!

bagi saya, kalau saya kata tekanan itu tiada, cukup menipula. hehe 🙂 mana taknya, esoknya dua paper nak kena hadapi, dalam masa yang sama perlu siapkan assignment yang tertunggak. (sape suruh tunggak kan?) 😉

tapi, saya rasa tekanan itu berbaloi jika kita buat semampunya. kiranya all out la walaupun saya tahu saya nie jenisnya study last minute. hehe

haa, lagi satu, salah satu langkah untuk lebih bersemangat dalam melakukan apa sahaja adalah dengan penghargaan. iaitu menghargai diri kita.

bagaimana?

iaitu dengan berterima kasih, dan memuji kekuatan dan keyakinan diri, itu cukup untuk melegakan perasaan dan menaikkan semangat.

tak percaya? cuba try cakap,

“terima kasih wahai diri, hari ni kau dah buat sehabis baik. assignment dah hantar, paper exam dah selamat diisi semua jawapannya. hakikatnya, kau memang HEBAT!”

cubalah cakap macam ni setiap kali rasa tertekan atau tension. tapi, pesanan dari saya, jangan cakap kuat-kuat and cukuplah kita sorang yang dengar ye.. hehe 🙂

percayalah, KAU MEMANG HEBAT.

usahalah dengan kesungguhan, yakin dengan potensi diri yang dikurniakan Allah, dan tafakkurlah bahawa Allah akan sentiasa bersamamu. sentiasa. selalu.

 

___

isu dari solusi : “fitrah manusia yang inginkan penghargaan dan dihormati. apabila harga diri meningkat, seseorang akan mampu berusaha secara optimum untuk memanfaatkan segala potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada dirinya.”

 

* hebat? positif.. *

kePEMIMPINan

Assalamualaikum to all readers, if any. 🙂

hari nie, setengah hari, saya telah participate dalam program Half-day workshop for students’ leaders under KIRKHS. banyak juga yang saya belajar tentang ilmu kepimpinan dan memimpin.

memimpin, terpimpin dan dipimpin.

nampak sama je kan perkataan-perkataan kat atas nie, tapi hakikatnya maksud yang berbeza.

memimpin apabila kita telah dipimpin dan terpimpin.

kadang-kadang apabila kita tidak dipimpin, kita akan jadi salah dan tersasar dalam memimpin. macam ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan lurus dan tegak, selagi ibu ketam tidak berjalan dengan lurus, selagi itulah anak-anaknya akan berjalan senget!

masuk tak analogi nie? bolehlah.. huhu 🙂

maksudnya, apabila ketam yang bengkok jalannya itu cuba meluruskan jalan anaknya yang bengkok, bagaimanakan ketam itu menunjukkan cara jalan yang betul sedangkan ia pun belum meluruskan jalannya.

analoginya, jika diri sudah salah, bagaimana mahu membetulkan yang lain. begitu juga dengan kepimpinan.

SEDANG BELAJAR

masing-masing sedang dalam proses pembelajaran subjek kepimpinan. dalam kita memimpin hari-hari yang kita lalui, dalam kita memimpin hak-hak untuk anggota tubuh badan, dalam kita memimpin keutamaan dan kepentingan, semuanya satu proses pembelajaran yang memerlukan tempoh masa yang panjang diperbaiki dan memperbaiki.

hakikatnya, kita seharusnya dipimpin dengan Al-Quran dan Sunnah nabi,

terpimpin dengan akal yang sihat, dan waras,

dan natijahnya kita berjaya memimpin dengan rasional, efektif dan idealism.

baru sebenar-benar Pemimpin.

Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik contoh pemimpin  dan figure yang patut kita teliti setiap langkah dan strategi kepimpinan Baginda. lihat sahaja bagaimana proses kepemimpinan Baginda sehingga membuahkan kejayaan yang besar adalam Fathu Makkah (pembukaan Mekah).

dalam keinginan Baginda dan sahabat-sahabat mahu menunaikan Haji dan melawat Tanah Suci Mekah setelah 7tahun meninggalkan tanah kelahiran, Baginda telah memilih untuk berpatah balik ke Madinah tanpa menunaikan Ibadah Haji. kenapa? kerana baginda memilih untuk beralah dahulu sebelum menang.

“we are prepared to lose in small battle in order to win the WAR” -Dr. Badri, Dekan kuliyyah ilmu wahyu dan Sains kemanusiaan.

Baginda dan Sahabat-Sahabat telah dihalang masuk oleh Musyrikin Mekah. mereka telah mengikat perjanjian bersama Rasulullah dan pada zahirnya kelihatan seperti membawa keuntungan kepada pihak Musyrikin. Perjanjian itu adalah perjanjian Hudaibiyyah.

Genjatan senjata (peperangan) dihentikan selama 10tahun, orang Islam Mekah yang keluar dari Mekah dan pergi kepada Rasulullah tanpa izin penguasa Mekah hendaklah dikembalikan ke Mekah dan beberapa kandungan perjanjian yang dianggap ‘berat sebelah’ telah dipersetujui Baginda.

Namun Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, rupanya hikmah yang lebih besar telah diberi kepada pihak Muslimin.

Pembukaan Mekah.

Subhanallah.

lihat sahaja bagaimana strategi kepemimpinan Baginda membuahkan natijah ’emas’ buat Islam. Baginda memimpin kerana telah dipimpin dan terpimpin!

ambillah ibrah dari Sirah Nabawiyyah dan aplikasikanlah dalam kehidupan, itu adalah sebaik-baik peringatan bagi yang mahu berfikir.

jom memimpin! ^_^