kau memang HEBAT!

Assalamualaikum to all readers,😉

semester ini, saya rasa semester yang lebih mencabar berbanding semester-semester yang lepas. subjek semuanya berat, 2 subjek major, satu subjek minor, dan selebihnya skill dan compulsory subjek.

alhamdulillah, 6 mid-term dah lepas, tinggal satu lagi next week. belajar memang penat kan? tak kira lah di peringkat mana sekalipun, otak tetap sama diperah. dalam erti kata lain, Paksa!

bagi saya, kalau saya kata tekanan itu tiada, cukup menipula. hehe🙂 mana taknya, esoknya dua paper nak kena hadapi, dalam masa yang sama perlu siapkan assignment yang tertunggak. (sape suruh tunggak kan?)😉

tapi, saya rasa tekanan itu berbaloi jika kita buat semampunya. kiranya all out la walaupun saya tahu saya nie jenisnya study last minute. hehe

haa, lagi satu, salah satu langkah untuk lebih bersemangat dalam melakukan apa sahaja adalah dengan penghargaan. iaitu menghargai diri kita.

bagaimana?

iaitu dengan berterima kasih, dan memuji kekuatan dan keyakinan diri, itu cukup untuk melegakan perasaan dan menaikkan semangat.

tak percaya? cuba try cakap,

“terima kasih wahai diri, hari ni kau dah buat sehabis baik. assignment dah hantar, paper exam dah selamat diisi semua jawapannya. hakikatnya, kau memang HEBAT!”

cubalah cakap macam ni setiap kali rasa tertekan atau tension. tapi, pesanan dari saya, jangan cakap kuat-kuat and cukuplah kita sorang yang dengar ye.. hehe🙂

percayalah, KAU MEMANG HEBAT.

usahalah dengan kesungguhan, yakin dengan potensi diri yang dikurniakan Allah, dan tafakkurlah bahawa Allah akan sentiasa bersamamu. sentiasa. selalu.

 

___

isu dari solusi : “fitrah manusia yang inginkan penghargaan dan dihormati. apabila harga diri meningkat, seseorang akan mampu berusaha secara optimum untuk memanfaatkan segala potensi, bakat dan kelebihan yang ada pada dirinya.”

 

* hebat? positif.. *

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s