kePEMIMPINan

Assalamualaikum to all readers, if any.🙂

hari nie, setengah hari, saya telah participate dalam program Half-day workshop for students’ leaders under KIRKHS. banyak juga yang saya belajar tentang ilmu kepimpinan dan memimpin.

memimpin, terpimpin dan dipimpin.

nampak sama je kan perkataan-perkataan kat atas nie, tapi hakikatnya maksud yang berbeza.

memimpin apabila kita telah dipimpin dan terpimpin.

kadang-kadang apabila kita tidak dipimpin, kita akan jadi salah dan tersasar dalam memimpin. macam ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan dengan lurus dan tegak, selagi ibu ketam tidak berjalan dengan lurus, selagi itulah anak-anaknya akan berjalan senget!

masuk tak analogi nie? bolehlah.. huhu🙂

maksudnya, apabila ketam yang bengkok jalannya itu cuba meluruskan jalan anaknya yang bengkok, bagaimanakan ketam itu menunjukkan cara jalan yang betul sedangkan ia pun belum meluruskan jalannya.

analoginya, jika diri sudah salah, bagaimana mahu membetulkan yang lain. begitu juga dengan kepimpinan.

SEDANG BELAJAR

masing-masing sedang dalam proses pembelajaran subjek kepimpinan. dalam kita memimpin hari-hari yang kita lalui, dalam kita memimpin hak-hak untuk anggota tubuh badan, dalam kita memimpin keutamaan dan kepentingan, semuanya satu proses pembelajaran yang memerlukan tempoh masa yang panjang diperbaiki dan memperbaiki.

hakikatnya, kita seharusnya dipimpin dengan Al-Quran dan Sunnah nabi,

terpimpin dengan akal yang sihat, dan waras,

dan natijahnya kita berjaya memimpin dengan rasional, efektif dan idealism.

baru sebenar-benar Pemimpin.

Rasulullah S.A.W adalah sebaik-baik contoh pemimpin  dan figure yang patut kita teliti setiap langkah dan strategi kepimpinan Baginda. lihat sahaja bagaimana proses kepemimpinan Baginda sehingga membuahkan kejayaan yang besar adalam Fathu Makkah (pembukaan Mekah).

dalam keinginan Baginda dan sahabat-sahabat mahu menunaikan Haji dan melawat Tanah Suci Mekah setelah 7tahun meninggalkan tanah kelahiran, Baginda telah memilih untuk berpatah balik ke Madinah tanpa menunaikan Ibadah Haji. kenapa? kerana baginda memilih untuk beralah dahulu sebelum menang.

“we are prepared to lose in small battle in order to win the WAR” -Dr. Badri, Dekan kuliyyah ilmu wahyu dan Sains kemanusiaan.

Baginda dan Sahabat-Sahabat telah dihalang masuk oleh Musyrikin Mekah. mereka telah mengikat perjanjian bersama Rasulullah dan pada zahirnya kelihatan seperti membawa keuntungan kepada pihak Musyrikin. Perjanjian itu adalah perjanjian Hudaibiyyah.

Genjatan senjata (peperangan) dihentikan selama 10tahun, orang Islam Mekah yang keluar dari Mekah dan pergi kepada Rasulullah tanpa izin penguasa Mekah hendaklah dikembalikan ke Mekah dan beberapa kandungan perjanjian yang dianggap ‘berat sebelah’ telah dipersetujui Baginda.

Namun Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, rupanya hikmah yang lebih besar telah diberi kepada pihak Muslimin.

Pembukaan Mekah.

Subhanallah.

lihat sahaja bagaimana strategi kepemimpinan Baginda membuahkan natijah ’emas’ buat Islam. Baginda memimpin kerana telah dipimpin dan terpimpin!

ambillah ibrah dari Sirah Nabawiyyah dan aplikasikanlah dalam kehidupan, itu adalah sebaik-baik peringatan bagi yang mahu berfikir.

jom memimpin! ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s