slot belajar : LISAN

jom belajar!😉

احفظ لسانك إن اللسان      حريص على المرء في قتله

وإن اللسان بريد الفؤاد           دليل الرجال على عقله

dua baris ini adalah baris bait syair yang dideklamasikan oleh Ibnu Mubarak, (deklamasi kah) hehe🙂 Ibnu Mubarak ini adalah penyair terkenal zaman kerajaan Abbasiah di Baghdad tau. kirenye macam A. Samad Said Malaysia lah.. hehe😀

ok, kite belajar terjemah bait syair tu satu-satu baris ye.

baris yg pertama,

احفظ :  ini dalam bentuk feel amar, maksudnya suruhan, sebutnya (ihfaz), bermaksud, JAGALAH!

لسانك : kalimah ni bermaksud lidah kamu, atau lebih tepat kita katakan lisan kamu atau perkataan kamu. LISAN bermaksud lisan, lidah, dan perkataan, dan ka tu merujuk kepada kamu (yang dikata) dan dalam arabnya, sebutnya macam nie tau (lisanak, atau lisanaka, atau lisanaki)

إن اللسان : (innal lisana), (inna), bermaksud sesungguhnya, kirenya macam transition atau kata penghubung dalam bahasa arab la. ataupun, (inna) ni lebih kepada maksud taukid (penekan). dan maksud perkataan ni, “sesungguhnya lisan atau lidah itu adalah”

حريص على : (harisun a’la) sebut betul-betul tang a’la tu tau, bukan A, tapi Ain.🙂 yang bermaksud keatas, dan harisun bermaksud penjaga, pemelihara. maksudnya kat sini, penjaga kepada (ke atas ).

المرء : (al-mar-ie) maksudnya individu, atau seseorang.

في قتله : (fi Qotilihi) sebut dengan qaf tau, bukan dengan kaf. 🙂 maksudnya, fi tu pada, atau di, yang qatli tu maksud sebenarnya pembunuhan, tapi, kat sini, kita pakai maksud kebinasaan, atau kemusnahan, yang hi tu domir (maksudnya, kembali atau merujuk pada seseorang@individu itu tadi)

بريد الفؤاد : (baridul Fuadi) bacenye sambungkan, sebab dua perkataan ni saling bersandar antara satu sama lain, (mudof wa mudof ilahi) maksunya, BARID (yang menyampaikan) dan FUAD (maksudnya, hati). jadi, maksud ayat ni, yang menyampaikan apa yang terpendam dalam hati. eceehh😛

دليل الرجال : ha, yg nie sebutnya (dalilur rijali), sama macam ayat atau perkataan atas nie, diorang saling bersandar antara satu sama lain. dan maksud DALIL adalah dalil! hehe macam bukti, atau petunjuk. dan Ar-RIJAL maksudnya lelaki, pemuda, atau lebih umum kita cakap seseorang itu. sebab, syair ini tidak hanya kepada lelaki, tetapi kepada wanita juga ye, jgn gaduh-gaduh.. hehe😛

على عقله : (a’la a’qlihi), a’la dah tau maksud kan? ok, (a’qlihi) sebut dengan Ain jugak tau, maksudnya AKAL, sama je sebutannya. dan Hi tu merujuk kepada rijal tadi. maksud kat sini, keatas akalnya (akal seseorang itu).

ok, habis terjemah harfi, so, we came to learn about the inside meaning.🙂

احفظ لسانك إن اللسان      حريص على المرء في قتله

“jagalah lisan dan perkataan kamu, kerana sesungguhnya lidah itu adalah pemelihara dan penjaga kepada seseorang apabila dia menghampiri kepada kemusnahan dan pertelingkahan.”

وإن اللسان بريد الفؤاد           دليل الرجال على عقله

“dan sesungguhnya lisan dan perkataan itu adalah yang akan menyampaikan isi hati dan lisan itu juga yang akan menjadi bukti keatas akal seseorang itu (kematangan akal).”

ok? faham?

bagus… hehe

^___^

mungkin, semua kawan-kawan dah jelas kan? tapi saya nak lah jugak hurai sikit. hehe😀

untuk bait dan baris yang pertama, penyair menasihatkan kita yang mendengar dan memahami syairnya tentang lidah, bahaya, dan peranannya dalam kehidupan seseorang.

kita bercakap dengan lidah kan? berinteraksi dengan lidah dan perkataan, dan bergaduh pun dengan percakapan kan? jadi semuanya kita buat dengan percakapan, jadi lidah adalah satu Nikmat yang besar yang dikurniakan Allah kepada kita.

so,

say “Alhamdulillah”.

🙂

dan lidah juga yang menjadikan kita tersalah kata, apabila kita tersalah langkah. maksudnya kat sini, apabila, kita berada dalam keadaan yang tidak sesuai untuk kita berkata-kata, jadi baik kita mnejaga lidah kita daripada berkata-kata dan DIAM. itu adalah sebaik-baik penjaga diri kita compared to bodyguard. hehe😀

ok, baris yang kedua, lebih precise kepada fungsi dan peranan lidah (lisan). lidah tentunya menyampaikan apa yang kita nak cakap kan? instead of menulis pakai tangan.. hehe🙂 maksudnya, tanpa lidah yang menyentuh lelangit mulut dan gigi, kita tidak akan dapat bertutur dan menyampaikan isi hati kita kepada orang lain.

so, say …

oh, bagus, belum tulis lagi dah cakap kan?🙂

lidah juga adalah bukti kepada akal seseorang itu. maksudnya, kalau yang bukan-bukan sahaja yang seseorang itu cakapkan, cakap benda-benda yang tak elok, yang tak sedap didengar, cuba imagine, apa yang ada dalam fikiran dan akal dia. tidak lain dan tidak bukan hanya yang buruk-buruk sahaja.

dan kalau yang keluar daripada mulut itu adalah perkataan yang baik-baik, nasihat, teguran bernas, cadangan, kata-kata yang elok, kita dapat imagine kan apa yang ada dalam akalnya.

dan kesimpulan kat sini, lidah dan percakapan tu lah yang membuktikan kematangan fikiran kita.

jadi,

berfikirlah sebelum bercakap.

selamat beramal..🙂

assalamualaikum…

*nota subjek abbasid.

nak second quiz nie, kena rajin wat revision.. eheh🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s