dipertengahan..

sikit pun tidak, banyak pun tidak.

Mu’min yang terbaik, sikapnya sentiasa berada dipertengahan kan?

sebagaimana sunnah Baginda S.A.W,

makan sebelum lapar, berhenti makan sebelum kenyang, supaya kita tak berlebih-lebihan dan tidak pula terlaku kurang.

begitu juga nasihat ulama’ Islam, supaya kita tidak terlalu memikirkan zat Allah,

Tuhan ada tangankah? ada matakah? sifatnya seperti makhluk kah?

cukuplah kita berada dipertengahan, hanya memikirkan Allah itu ada dan mengesakan-Nya, dan memuji kebesaran-Nya melalui pemerhatian kita terhadap makhluk-makhluknya…

begitu juga dengan perbezaan mazhab, yang Khalaf menyalahi yang Salaf, yang Wahabi menghina yang Sunni.

tidak.

bukan itu acuan Islam. bukan itu yang Allah mahukan.

Islam mengajar Umatnya supaya sentiasa berada dipertengahan. mengambil apa yang kita perlu, membuang apa yang tidak perlu.

kerana itu apabila berkenaan material, baik kita memandang pada mereka yang berada dalam kekurangan. supaya kita sedar apa itu erti SYUKUR.

dan juga, apabila berkaitan Ibadah, pandanglah dengan hati dan matanya terhadap sahabat-sahabat yang soleh dan solehah, kelak kita terinspirasi dan ‘cemburu’ mahu jadi sepertinya.

apa yang terbaik jadilah yang di pertengahan..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s