jangan lari, hadapilah..

Semua orang punya masalah, masalah yang berbeza-beza. saat genting yang mencabar, dan menduga takungan air mata untuk tumpah ke pipi atau tidak.

ya.

semua orang punya saat susah, samaada selepas senang, ataupun sebelumnya. saya teringat bait penyair yang sangat menyentuh hati saya. lagi-lagi tatkala kita sedang dilanda masalah.

ألا إنما الدنيا نضارة أيكة إذا احضر منها جانب جف جانب

“sesungguhnya dunia ini ibarat sepohon pokok, jika sebahagiannya menghijau, pasti sebahagian lagi akan kering dikemudian hari.”

Allah,

kita pernah tertawa suka, gembira tersenyum sampai ke telinga, selalu, sentiasa, tetapi saat kita diuji dengan pelbagai dugaan, saat kita mula rebah, saat air mata tak berhenti menemani, saat kita mula lelah dan mencari helah, pernah kita terfikir bahawa kita pernah suka dan gembira, dan tidak mengapalah kalau sesekali kita berduka. sesekali.

memang. semua orang jika punya masalah, dia akan segera mahu lari dari masalah itu. tetapi, lari hanya sekadar lari kan? tidak punya apa-apa natijah.

masalah sering didatangkan dengan hikmah. hikmah pula hanya didapati bagi orang yang bersabar. hakikatnya, seseorang itu Mu’min atau Muslim memiliki hikmah tersendiri disebalik masalah dan dugaan yang dihadapi. mungkin tersimpan, atau tercicir, atau tersorok sahaja.

ada kisah, cerita mungkin.. hmm

pada petang itu, kami bertekad untuk keluar dari UIA menuji ke Pusat Zakat untuk meminta sumbangan bagi program kami. dengan berpandukan GPS tanpa tahu arah dan tuju, kami terus memacu kereta tanpa mengetahui arah sebenar yang perlu kami ambil untuk ke Pusat Zakat Selangor. Jam dah menunjukkan pukul 4.15 petang, tapi satu papan tanda Pusat Zakat ataupun Taman Melawati kami tak jumpe. saya dah mula runsing, dan tertanya-tanya, ada ke Pusat Zakat kat area sungai buluh nie? maknanya, kami dah SESAT  dan tersilap arah. hmm sudahnya, kami pun ambil keputusan berpatah balik ke UIA. sesampainya kat UIA jam dah pukul 4.45, kami pun ambil risiko menahan teksi untuk ke Pusat Zakat. tup-tup, dalam lebih kurang 15 minit kami sampai ke Pusat Zakat dan akhirnya, Pusat Zakat pun dah TUTUP. rupanya pejabat tutup pukul 4.30, dengan bertemankan gerimis, air mata kami pun mengalir. hehe sedih campur terharu kot sebab akhirnya jumpe jugak Pusat Zakat. tapi sangat sedih sebab time kami sampai je, Pusat Zakat dah tutup. tapi, dengan izin Allah dan Hikmah-Nya, seorang pemuda (ustaz) turun dari tangga sebelah pejabat Pusat Zakat. rupanya beliau Pegawai Pusat Zakat. Alhamdulillah…

kesudahannya dah tau kan? kami pun dapatlah hantar kertas kerja dan surat mohon sumbangan.

kesimpulannya disini, bukan pada duit sumbangan yang kami dapat atau tidak, hehe tapi bagaimana Allah mendidik kami bersabar, dari sesat hingga berjumpa arah tuju yang sebenar. dari masalah hingga kepada hikmah. yang penting jangan lari, atau mengelak dari masalah.

jadi, jangan lari, dan hadapi dulu apa-apa masalah yang dihadapi. natijahnya kemudian, asalkan kita usaha dahulu, baru kita akan berjumpa dengan hikmahnya.

sekian..🙂

intan syahidah

gombak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s