K.A.H.W.I.N

entahlah mengapa, dalam minggu nie, mencari bahan untuk kerja-kerja, cari gambar je, ternampak gambar kawin, gambar persandingan. apabila terbuka facebook, terpandang gambar kawin kawan-kawan, si isteri memandang dengan pandangan yang tulus, si suami mengucup lembut dahi si isteri dan pelbagai lagi adegan sewaktu perkahwinan. Indah. Indah.

Bukak pula blog link, terlihat pula gambar persandingan kakak kepada kawan saya. Bermacam-macam warna baju persalinan pengantin. Yang gaunnya, ada jugak kebaya songketnya. Berjenis-jenis. Cantik-cantik.

Hmm memang fitrah, apabila tengok gambar orang kawin, hati terdetik, aku bila lagi?, apabila terdetik di hati ‘aku mahu kawin’, banyak pula yang terkeluar di benak fikiran. Pelajarannya, kerjanya, keluarganya, kerjayanya, dan macam-macam lagi.  Siapa yang tidak mengimpikan perkahwinan? Hampir semua yang bujang mengimpikannya. Termasuklah yang sudah ‘tidak bujang’..

Bila Allah ingatkan kita, setiap yang bernyawa, Allah sudah menentukan rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan sejak kita didalam rahim ibu lagi, kita pasti akan merasa lega, bahawanya segalanya sudah ditentukan Allah, tidak perlu kita menjual maruah semata-mata mahu mencari pasangan hidup. Tapi ini tak bermakna kita tidak perlu berusaha kan?

Berusaha, usaha yang macam mana kita perlu lakukan. Mengisi borang atau publish di entry blog lirik lagu wali band?. Hakikatnya, selagi belum memasuki tahap ‘WAJIB’ kahwin apa yang boleh kita lakukan adalah dengan berdoa dan berusaha memperbaiki  diri. Sebab Allah dah ingatkan kita bahawa “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik kan?”

kalau dengan melihat gambar-gambar perkahwinan buat hati kita tidak tenteram, tidak tenang, baik kita menutup wasilah (melihat gambar) itu dengan perkara lain, baca Al-Quran ataupun paling tidak pun berzikir. hati yang tenang adalah hati yang mengingati Penciptanya kan?

tipulah kalau saya katakan jika setiap kali kita terdetik ‘mahu kawin’, perasaan itu akan segera hilang dan digantikan dengan perkara lain. tapi sebagai manusia, sebagai hamba, sebagai muslim, bermujahadahlah, ganjaran bagi muslim yang bermujahadah besar tau? paling tidak dapat bidadari dan bidadara di Syurga.

Subhanallah…

Dan ingatlah, Allah sentiasa bersama kita dan Dialah yang paling memahami isi hati kita.

Mohonlah pada-Nya…

Ok, dear all, kita sambung cerita lain kali ye.🙂

P/s: untuk mengelakkan keinginan berkahwin waktu belajar, elaklah melihat gambat-gambar kawin ye..😛 pesanan ikhlas dari saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s