kumahu merubah DUNIA!

Jika pelukis asyik dengan kanvas lukisannya, mewarnai dengan penuh tekun, apa yang dilakukan oleh seorang ‘aku’? jika seorang engineer khusyuk dengan model-model kajiannya, berperang  dengan masa, berteman keringat di dahi, keringatku tumpah kerana apa?

Hari demi hari berlalu, mentaliti juga semakin berubah. Dalam mematangkan akal, aku semakin tertanya-tanya.

“apa yang aku mahukan dalam hidup?”

“apa yang aku perlukan untuk hidup?”

“apa yang aku perlu lakukan demi sebuah kehidupan?”

Pertanyaan menyesakkan dada. Aku langsung tidak memberi kah? Atau langsung tidak cuba memberi? Atau mungkin tidak pernah bertekad untuk memberi?

Adakah aku, seorang SAHABAT yang membantu temannya yang dalam kesusahan?, adakah aku seorang ANAK yang menyenangkan hati ibu bapanya?, adakah aku seorang HAMBA yang setulus mencintai PENCIPTAnya?.

Allah,

Banyak sungguh yang aku rangkakan dalam kehidupan. Aku susun, biar suatu hari jadikan kenyataan. Yang aku takutkan adalah semua impian hanya tinggal khayalan. Ya Allah, bantu aku…

Cita-cita adalah impian,

Kalau dahulu, semasa akal masih belum dimatangkan, aku selalu bertekad,

“bila besar nanti, aku mahu mengubah dunia!”

Masa pun berlalu dengan pantas, namun, dunia masih belum dapat kuubah.

“aku mahu mengubah negaraku!”

Semakin membesar, sedar aku akan negeriku pun belum mampu aku ubahkan. Inikan negara?

“aku mahu mengubah mereka yang disekelilingku, masyarakat dan keluarga!”

erm, ternyata, mereka pun tidak mampu aku ubah.

“Lalu, aku menjadi sedar, bahawa aku perlu merubah diriku dahulu, siapa tahu, MASYARAKAT, NEGERI bahkan NEGARA bisa berubah!??”

Allah..

Besar cita-citaku, makin sesak dada memikulnya.

Allah, kuatkan aku, bantulah aku..

Untuk menjadi seorang ‘aku’…

mampukah

aku

mengubah

dunia

ku?…

230311

2 thoughts on “kumahu merubah DUNIA!

  1. Tahniah adik intan,
    kata-kata mu dpt memotivasikan diri akak, alhamdulillah..mg adik terus sukses di dunia & akhirat. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s