berjuang! ^^

credit to lakaranhidupku.wokeyh.com

Kelas terakhir untuk semester terakhir tahun kedua berakhir dengan perasaan lega. Pejam celik sudah sampai ke penghujung semester. ilmu, alhamdulillah rasanya semakin bertambah, tetapi saya rasa, makin bertambah ilmu makin banyak tak tahu lagi nie. fitrah, ilmu manusia terbatas, kita kan manusia na-sa-ya.

rasanya, semester nie banyak mengubah corak hidup, belajar dan cara menyusun waktu. tanggungjawab makin banyak, dan masa pula semakin sempit. uhh, bukan sempit kot, cuma saya saje yang tak pandai mengurus masa. makannya, berpersatuannya, berprogramnya, berjemaahnya, dakwah? mungkin sedikit sahaja.

untuk semester ini, kelas debat yang saya selalu ceritakan sudah tamat. cuma 2 level sahaja yang perlu disertai bagi yang mengambil pakej debat. alhamdulillah, dengan latihan demi latihan, saya rasa komunikasi dan sebutan bahasa Arab saya ada lah improve berbanding di matrikulasi dulu. kalau dulu, lahjah (sebutan) arab bukan main lagi bunyinya macam cakap dengan menggunakan bahasa melayu biasa. lagi-lagi apabila saya cakap “assalamualaikum”, bunyinya kalau orang melayu selalu cakap, macam ni, salamualaikoom… takde lahjah arab langsung, buat saya rasa nak tergelak je.. hehe.

biasalah, makin tua, kita kena ada perubahan kan? kalau tak mencuba, masakan kita tahu perubahannya? ya tidak?

untuk semester nie juga, semester pertama saya menghadam subjek minor, subjek History, tajuknya, Islam in the Malay World. best sangat-sangat. sungguh. bagaimana Islam mula menapak di kepulauan Melayu, bagaimana Islam mencetus revolusi dalam pentadbiran, dalam keagamaan, dan mengubah masyarakat Melayu khususnya dari buta agama kepada celik agama.  semuanya atas usaha pejuang-pejuang dan ulama’ Islam dahulu. sangat berjasa.

kalau nak cerita kat sini, page blog ni jadi penuh dengan sejarah nanti. mesti boring kan? hehe

herm,

saya mula exam 28 haribulan ni. lagi 3 hari nak hadam lebih dari 100 muka surat? amacam? rasa macam sempat tak? hehe

takpe, tekanan akan membuatkan kita bersungguh-sungguh kan? tak percaya? cubalah tertekan..🙂

ok lah, nak selesaikan kerja lain sebelum mula study.

sahabat-sahabat, selamat berjuang ya. moga kejayaan milik kita, dan keredhaan Allah mengiringi setiap usaha kita.

bittaufiq wannajah… ^____^

belajar

untuk

kehidupan

.

.

240311

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s