kering

Baca buku Hijrah dari Abdul Latip Talib,

“kami dibakar panasnya cahaya matahari cuma sebentar sahaja, tetapi tuan akan dibakar api neraka selama-lamanya di neraka.” -Yasir

tengok pula lu pikirla sendiri da movie,

“berlagak-berlagak, dekat dunia boleh la berlagak…”

tonton ‘Kashaf Imani’,

hmm, mati tu akan menjemput sesiapa sahaja, tak terawal, tak terlambat. Allah..

bukak facebook,

dari ‘tsaqif nafsak’ – Astaghfirullah…

.

.

.

.

* herm, sah, hati aku memang tengah kering…

😦

Advertisements

Wonderpets dan kerjasama

gambar hiasan

Baru selesai menonton cerita ‘wajib’ untuk adik akak ainaa, apa lagi kalau di waktu petang sebegini, Wonderpets la yang dilayannya. tapi akak tak kisah, emak pun tak kisah, asalkan ada ‘something’ yang boleh diambil buat tauladan dalam kehidupan, ianya boleh diterima.

kan kita belajar dari ibrah yang umum, dan bukannya hanya melihat sesuatu yang khusus kan?

macam biasa, Wonderpets sentiasa mengutamakan kerjasama dalam ‘team-work’, kerja berkumpulan. biasalah, kehidupan manusia mahupun binatang seperti wonderpets saling melengkapi, kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. sebagaimana “Tark” watak kura-kura dalam Wonderpets yang pandai berenang melengkapi “Lini” dan “Ming-Ming” watak hamster dan burung yang tidak pandai berenang di dalam air. begitu juga dengan “Ming-Ming” yang mampu terbang di udara. (eih, hafal juga saya watak-watak dalam wonderpets nie?) hehe

hari ni, misi mereka menyelamatkan Penguin yang terperangkap di atas ‘iceberg’ di tengah lautan ais. ‘iceberg’ tu kata Lini adalah ketulan ais. 🙂 dalam usaha mereka mahu menyelamatkan penguin tersebut dari terus tenggelam dalam lautan ais yang sejuk beku tu, Penguin tersebut telah pun berada di atas ketulan ais yang telah pun berada di tengah-tengah lautan ais tersebut. jadi, macam mana mereka nak menyeberangi lautan tersebut dan mendapatkan Penguin tersebut?

jeng..

jeng..

jeng..

tiba-tiba, mereka ternampak perahu yang boleh membawa mereka ke ‘iceberg’ tersebut. lalu Lini pun mula mendayung, tetapi angin terlalu kuat. apa boleh buat, perahu pun susah mahu di dayung. jadi, mereka telah menggunakan kelebihan masing-masing untuk menjayakan misi dan matlamat yang mereka sasarkan, iaitu..

menyelamatkan penguin yang terperangkap di atas ‘iceberg’…

pandai!

jadi, si Tark pun mula menggerakkan kakinya ke dalam air dan berenang bagi menyokong perahu itu untuk bergerak, manakala Ming-Ming melibas-libaskan sayapnya, bagi memacu angin menolak perahu yang mereka naiki, dan Lini terus mendayung dan akhirnya mereka terus sampai dan dapat menyelamatkan Penguin tersebut.

waah! menarikkan?

lalu, adik saya pun bertepuk tangan kerana gembira seekor penguin telah berjaya diselamatkan! 😀

kesimpulannya, mesti rakan-rakan, adik-adik semua dah faham kan? manusia atau apa segala makhluk sekalipun diciptakan berpasang-pasangan, berjenis-jenis macam, berbeza-beza kelebihan dan kekurangan adalah demi tuntutan yang satu iaitu untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan saling bekerjasama demi mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat.

sebagaimana yang disebut dalam kitab Allah;

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”

REALITI

Namun, realiti masyarakat sekarang, yang lebih tu lah yang didengki kan? dan yang kurang, tak nak pula diperbaiki. naudzubillah. ingat tau, lebih ke kurang ke kelebihan dan kekurangan kita, yang paling penting dan paling berharga di sisi Allah adalah Taqwa dan tahap keimanan kita semua.

jadi, saling bekerjasama lah kita Umpama satu binaan yang saling menyokong antara satu sama lain, mungkin ada yang pandai berkomunikasi dan berinteraksi, tetapi kurang mahir dalam ilmu penulisan, jadi yang mahir dalam penulisan mesti membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

you got it?

alhamdulillah.

jadi, akak pun nak stop dulu nie, hujan pun dah nak turun. perlu angkat kain di jemuran. ok,  kita sembang lagi di lain masa keyh!

wassalamualaikum..

“Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain”. [Hadith]

B.A.R.A.K.A.H

Assalamualaikum!

sangat menarik artikel nie untuk dibaca, jadi saya nak kongsi dengan semua! 🙂

***

A Well-known daee explains it as follows:
والبركة: هي ثبوت الخير الإلهي في الشيء؛ فإنها إذا حلت في قليل كثرته، وإذا حلت في كثير نفع، ومن أعظم ثمار البركة في الأمور كلها إستعمالها في طاعة الله عز وجل.

“Barakah is the attachment of Divine goodness to a thing, so if it occurs in something little, it increases it. And if it occurs in something much it benefits. And the greatest fruits of Barakah in all things is to use that barakah in the obedience of Allah (Subahanahu Wa Ta’ala)”

Sources of Barakah

I’m a firm believer that Barakah is not a lost treasure, rather, it’s right in front of our eyes! This treasure is only available and ready to be handed over to the one who works for it. Below, I list some of the sources of Barakah. It’s not an exhaustive list, therefore, I do hope you can contribute to it with your comments inshaAllah so we can all share and extend our understanding of this great treasure at ProductiveMuslim.com!

1. Good Intentions

If you want something to have barakah attached to it, have good intentions for it. More specifically, make sure that deed is intended for the sake of Allah (Subahanahu Wa Ta’ala). Looking again at the definition of Barakah, you may guess that without us intending what we have or do for the Sake of Allah, the “Divine goodness” won’t be found in our deeds.

*Allah… part nie kadang-kadang susah nak implimen, niat kerana Allah, kadang-kadang, makan pun kita terlupe nak niat kerana Allah, niatnya sebab lapar aku makan, bukan kerana Allah dan mahu ibadah aku makan.. huu ingatkan kuu ya Allah…

2. Piety and Belief in Allah

Allah says in the Quran: “If the people of the towns had but believed and feared Allah, We should indeed have opened out to them (All kinds of) blessings from heaven and earth…”(Surah Al-A’raf, Verse 96). And He says in the Quran: “And for those who fear Allah, He (ever) prepares a way out. And He provides for him from (sources) he never could imagine” (Surah Al-Talaq, Verses 2-3).

*keimanan yang teguh kepada Allah dan Rasul-Nya adalah salah satu sumber barakah. segala yang berlaku disandarkan kepada Allah, hanya Allah tempat mengadu dan tempat berserah.. inshaallah..

3. Putting your trust in Allah

Allay says in the Quran: “And if any one puts his trust in Allah, sufficient is (Allah) for him. For Allah will surely accomplish his purpose. Verily, for all things has Allah appointed a due proportion” (Surah Al-Talaq, verses 3)
Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “If only you relied on Allah a true reliance, He would provide sustenance for you just as He does the birds: They fly out in the morning empty and return in the afternoon with full stomachs. (Ahmad, An-Nasa’I, Ibn Majah, Al-Hakim and At-Tirmidhi)

*Percaya dan yakin, memang mudah nak sebut kan? tapi, nak tanam dalam hati tu memerlukan berbaldi-baldi air mata, lagi-lagi waktu kita ditimpa musibah kesenangan, bagaimana nak menjadikan ia sebahagian dari barakah jika tiada yakin?

4. Reading Quran

This is the fountain of Barakah! But subhanaAllah, we rarely drink from it! Allah says in the Quran: “And this is a Book which ivWe have sent down, bringing blessings, and confirming (the revelations) which came before it…” (Surah Al-An’am, Verse 92). So read the Quran, and observe the blessings and barakah of Allah enter your life. The further we are from this Book of Guidance, the less barakah we will have in our les.

*melihat Al-Quran sahaja sudah punya pahala disisi Allah, apatah lagi membaca dan mentadaburnya. subhanallah, Al-Quran diturunkan dengan barakah, bukan untuk yang sezaman dengan Baginda sahaja, malah seluruh zaman! subhanallah..

5. Saying Bismillah

When you say “Bismillah” before anything you do, you’re invoking the Name of Allah on that activity; not only will that activity be blessed but shaytaan cannot take part in it! So always say “Bismillah” before anything you do! mSubhanaAllah, it’s easy for us to forget to say “Bismillah”. Sometimes we’re so used to saying it that we cannot remember whether we said it or not! Try to be conscious of saying “Bismillah” and understand what you’re saying before your action is performed.

*bismillah, perkara mudah yang semua orang mudah lupa, termasuklah saya. dalam kesibukan, kadang-kadang, makan pun sampai lupa nak sebut bismillah kan? Astaghfirullah, moga-moga, mulut kita tak berat dalam menyebutnya, kerana disana ada barakah..

6. Eating with People

Anyone who has had the experience of inviting guests to his/her house will know this one. No matter how little you think the food you’re presenting to your guest is, it’s always more than enough! (Note: this is not an excuse to be miserly when you invite guests over; in fact we should follow the Sunnah of our Prophet Ibrahim (peace be upon him) whom when visited by the angels prepared a large meal for them). What I’m referring to here is the blessing that occurs when eating together, confirmed in the hadeeth of Prophet Muhammad (peace be upon him) who said: “Eat together, for blessing is in Jamma’a (congregation or being together)…” and in another hadeeth: “Whoever has food enough for two persons, should take a third one, and whoever has food enough for four persons, should take a fifth or a sixth (or said something similar).” (Bukhari, Volume 4. Book 56. Number 781)

*eating together tak semestinya dalam talam je ye, satu meja pun makan bersama jugak, tapi kalau dapat makan satu talam berama-ramai, lagi besar barakahnya! 🙂

7. Honesty in Trade

This is for all of the business people out there (include ebayers!). We shouldn’t assume lying and deceiving people will make our trade profitable. On the contrary, it will remove the blessing from your trade. Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “The buyer and the seller have the option of canceling or confirming the bargain unless they separate, and if they spoke the truth and made clear the defects of the goods, then they would be blessed in their bargain, and if they told lies and hid some facts, their bargain would be deprived of Allah’s blessings”.( Bukhari, Volume 3, Book 34, Number 293)

*Yes, it’s difficult to be honest when you’re trying to sell something, but trust me it’s worth it.

8. Dua

Ask Allah for barakah! If you take note of some of the Duas of the Prophet Muhammad (peace be upon him) you’ll notice that the Prophet used to make dua for barakah. We always say: “May Allah bless you!” Well, guess what? That’s a source of barakah! Also, when you’re invited to someone’s house, Prophet Muhammad advised us to make the following dua for the host: “O Allah, bless for them, that which You have provided them, forgive them and have mercy upon them.”

*semoga kamu semua diganjari Allah! this also a piece of Dua’, Ask Allah, Allah will answer you! kalau sama-sama saling mendoakan, inshaallah, Barakah Allah bersama kita semua… 🙂

*sebenarnya, ada lagi 10 lagi sources of Barakah, nak terus membaca klik sini ya..

*subhanallah, rasanya dah ter’addicted’ dengan website nie.. moga-moga sama-sama dapat barakah dari sebuah pembacaan ilmiah.. ye 🙂

selagi ada hari esok

selagi ada hari esok, saya sangat berharap iman saya terjaga, cinta saya terpelihara, hati saya ditetapkan dan di tsabatkan dengan jalan Islam. mengingat bahawa Allah menjaga hari-hari saya, memelihara percaturan urusan saya, hati jadi lega, bahawa tiada papa yang perlu kita takutkan kerana kita ada Allah di sisi. Allah, indahnya jika perasaaan ini sentiasa menemani.

Selagi ada hari esok, saya harap sangat saya dapat perbaiki hubungan saya dengan Allah, hubungan saya dengan keluarga, hubungan saya dengan sahabat-sahabat dan yang sekeliling. saya takut, jika hubungan saya dengan Allah tak dijaga, hubungan saya dengan sahabat-sahabat akan menjadi makin rapuh, penuh syak wasangka, penuh ‘sentimental’ sensitif. saya yakin, salah satunya cara untuk memperbaiki hubungan dengan sahabat-sahabat dan keluarga adalah dengan memperbaiki dan menjaga hubungan saya dengan Allah.

selagi ada hari esok, saya sangat berharap Allah menerima setiap amalan saya, malaikat membawa amalan saya dan melepasi tujuh lapisan langit. saya sangat takut jika amaln saya tak diterima, apa yang saya mahu bekalkan di akhirat?. tatkala saya mendengar pesanan ustaz di radio bahawa amalan kita akan ditapis oleh tujuh orang Malaikat disetiap lapisan langit. lepaskah amalan kita jika disulami dengan perasaan takjub, ujub, riya’ dan takabbur? dan walaupun amalan kita sudah setinggi gunung, tetapi jika kita sentiasa melakukan ghibah (mengumpat), lapisan langit pertama pun amalan kita tidak akan dapat melepasinya.

Allahu Allah.

saya sangat takut itu. saya takut saya tak punya bekal di sana nanti.

saya amat takut.

moga Allah terima amalan-amalan kita semua. amin3…

hanya

luahan

hati

G.O.M.B.A.K

entah esok, entah lusa

Inna lillah,

lagi gempa bumi di Jepun, malam semalam, entah mengorbankan berapa manusia lagi saya kurang pasti. yang penting, Allah terus-menerus menguji hamba-hambanya di negara matahari terbit itu.

manusia terkadang leka, lalu Allah menurunkan peringatan-Nya, bahawa kehidupan di dunia bukanlah selamanya, bukanlah sekadar perlu berhibur, tapi punya ghayah dan hadaf yang satu. untuk kehidupan akhirat.

sebagaimana kita di Malaysia, terhindar dari bahana Radioaktif,  terlindung dari lingkaran api Pasifik yang menyebabkan berlakunya gempa bumi,  kita semestinya mudah leka dengan sebuah kematian yang pasti, lalu kita diingatkan dengan bahaya SARS, dikejutkan pula dengan ‘budaya’ H1N1, diperingatkan lagi dengan gempa bumi yang melanda Jepun. kita kembali tersentak, bahawa hidupku bukanlah selamanya, dan kematian itu akan datang menjemput bila-bila!

Allahu Akbar,

Perancangan Allah bukanlah dalam perhitungan akal fikiran manusia yang terhad. manusia tidak mampu menafsir dengan tafsiran yang benar akan segala kebetulan yang berlaku.Gempa bumi menurut angka dalam Al-Quran, perkataan Allah di awan dan di permukaan kulit ikan, rukuknya pokok, bukit, batu-bata, kesemuanya kebesaran Allah yang hanya Allah sahaja yang mengerti tafsiran sebenarnya.

“Kebesaran Allah bukan sahaja pada rukuknya pokok sahaja, kalimah Allah di langit sahaja, perkataan Allah pada ikan sahaja, dan pelbagai lagi keajaiban bersifat “superficial”. Sesungguhnya cara pandang kita pada alam mesti dibetulkan dengan kefahaman aqidah yang betul, apatah lagi apabila bersangkut paut dengan ‘still in dispute accidental facts’.” [iskandarfateh.com]

manusia mudah ‘takjub’ pada perkara-perkara kebetulan dan keajaiban seperti ini, lalu imannya bermusim, hanya saat mendengar ungkapan ‘kebetulan’ dan keajaiban.

hakikatnya, mu’min yang sebenar adalah mu’min yang mampu menghubungkan segala kejadian yang berlaku dengan Allah, menghubungkan kehidupannya dengan Allah, makannya, minumnya, semuanya dikaitkan dengan Allah, melihat gunung menghijau, kebesaran Allah dipuji, melihat langit terbentang, keesaan Allah diratib, bukan sekadar apabila melihat awan membentuk Lafzul Jalalah.

jangan memusimkan iman. jangan memusimkan peringatan pada kematian. kematian itu pasti bagi setiap insan, keimanan itu perlu merangkumi setiap aspek kehidupan. natijahnya, lahirlah seorang insan, hamba, yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah, dan jiwanya sentiasa mengingati mati.

Alhamdulillah,

pujilah Allah kerna kita masih bernafas pada hari ini, kerna kita tidak tahu entah esok atau lusa kita akan pergi menghadap-Nya.

p/s: sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Jepun ya.

untuk info berkenaan gempa bumi di jepun, klik sini

untuk artikel bermanfaat tentang bencana di jepun, klik sini

8/3/11.

Gombak.