umpama TERAPI

Ibn Mubarak:

“jagalah lidah kamu, kerana lidah itu adalah penjaga diri kamu di saat kamu dalam kecelakaan, dan lidah itu adalah penyampai hasrat hati mu, dan sebagai bukti kematangan akal seseorang insan.”

Ibn Diraj Al-Qistoli

“sesungguhnya bahaya dan kesusahan itu adalah suatu jaminan bagi yang sanggup menghadapinya, kerana supaya kita tahu bahawa suatu ganjaran itu memerlukan kesusahan dan kepayahan.”

Ibn Jinan Al-Ansari:

“Salam sejahtera ke atas Insan terpilih dari Bani Hasyim, yang mulia dirinya, keluarganya dan ahlinya, yang disucikan hatinya oleh Allah dan diterangkan dadanya..”

Ibn Rumi:

“belum sempat menhirup air yang jernih, ia telah menjadi keruh, begitu juga kehidupan, belum sempat menikmatinya, ia akan meninggalkan kita.”

Abu Baqa’ Ar-Randi:

“dan putaran masa itu punya keadaan yang berjenis-jenis, ada ketikanya gembira dan ada ketikanya berduka, negeri yang bersinar dengan cahaya Islam telah hilang umpama yang telah islam diganti dengan yang kafir, dan Masjid-masjid telah bertukar menjadi gereja, yang ada hanyalah salib dan upacaranya!”

-syair rintihan keruntuhan pemerintahan Islam

Ibn Abdi Rabbih:

“sesungguhnya kehidupan itu umpama sepohon pokok, adakalanya sebahagian daunnya menghijau, dan adakalanya sebahagian lagi mengering tidak bewarna..”

Abu Tamam:

“pembohongan dan kata-kata penipuan itu adalah goyah semata-mata, bukan seperti tumbuhan yang ditanam di atas gunung kerana ianya tidak kukuh, dan tidak juga seperti tumbuhan di atas air kerana ianya lebih tidak berasas daripadanya.”

Al-Mutanabbi:

“kemuliaan seseorang itu terletak kepada kemuliaan tangannya, bukan hanya sekadar di bibir tetapi dilaksanakannya!.”

***

antara bait-bait syair yang perlu dihadam untuk kertas esok. kesemuanya adalah syair di zaman Abbasiyyah dan Andalusiyyah.

termotivasi dengan tiap baris dan kata. umpama terapi!

subhanallah,

bagi yang memerhati setiap satu yang ditentukan Allah, pasti akan bertemu dengan hikmah-Nya.

subhanallah.

esok paper ketiga

doakan!

moga dipermudahkan..

5/3/11

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s