entah esok, entah lusa

Inna lillah,

lagi gempa bumi di Jepun, malam semalam, entah mengorbankan berapa manusia lagi saya kurang pasti. yang penting, Allah terus-menerus menguji hamba-hambanya di negara matahari terbit itu.

manusia terkadang leka, lalu Allah menurunkan peringatan-Nya, bahawa kehidupan di dunia bukanlah selamanya, bukanlah sekadar perlu berhibur, tapi punya ghayah dan hadaf yang satu. untuk kehidupan akhirat.

sebagaimana kita di Malaysia, terhindar dari bahana Radioaktif,  terlindung dari lingkaran api Pasifik yang menyebabkan berlakunya gempa bumi,  kita semestinya mudah leka dengan sebuah kematian yang pasti, lalu kita diingatkan dengan bahaya SARS, dikejutkan pula dengan ‘budaya’ H1N1, diperingatkan lagi dengan gempa bumi yang melanda Jepun. kita kembali tersentak, bahawa hidupku bukanlah selamanya, dan kematian itu akan datang menjemput bila-bila!

Allahu Akbar,

Perancangan Allah bukanlah dalam perhitungan akal fikiran manusia yang terhad. manusia tidak mampu menafsir dengan tafsiran yang benar akan segala kebetulan yang berlaku.Gempa bumi menurut angka dalam Al-Quran, perkataan Allah di awan dan di permukaan kulit ikan, rukuknya pokok, bukit, batu-bata, kesemuanya kebesaran Allah yang hanya Allah sahaja yang mengerti tafsiran sebenarnya.

“Kebesaran Allah bukan sahaja pada rukuknya pokok sahaja, kalimah Allah di langit sahaja, perkataan Allah pada ikan sahaja, dan pelbagai lagi keajaiban bersifat “superficial”. Sesungguhnya cara pandang kita pada alam mesti dibetulkan dengan kefahaman aqidah yang betul, apatah lagi apabila bersangkut paut dengan ‘still in dispute accidental facts’.” [iskandarfateh.com]

manusia mudah ‘takjub’ pada perkara-perkara kebetulan dan keajaiban seperti ini, lalu imannya bermusim, hanya saat mendengar ungkapan ‘kebetulan’ dan keajaiban.

hakikatnya, mu’min yang sebenar adalah mu’min yang mampu menghubungkan segala kejadian yang berlaku dengan Allah, menghubungkan kehidupannya dengan Allah, makannya, minumnya, semuanya dikaitkan dengan Allah, melihat gunung menghijau, kebesaran Allah dipuji, melihat langit terbentang, keesaan Allah diratib, bukan sekadar apabila melihat awan membentuk Lafzul Jalalah.

jangan memusimkan iman. jangan memusimkan peringatan pada kematian. kematian itu pasti bagi setiap insan, keimanan itu perlu merangkumi setiap aspek kehidupan. natijahnya, lahirlah seorang insan, hamba, yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah, dan jiwanya sentiasa mengingati mati.

Alhamdulillah,

pujilah Allah kerna kita masih bernafas pada hari ini, kerna kita tidak tahu entah esok atau lusa kita akan pergi menghadap-Nya.

p/s: sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Jepun ya.

untuk info berkenaan gempa bumi di jepun, klik sini

untuk artikel bermanfaat tentang bencana di jepun, klik sini

8/3/11.

Gombak.


2 thoughts on “entah esok, entah lusa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s