selagi ada hari esok

selagi ada hari esok, saya sangat berharap iman saya terjaga, cinta saya terpelihara, hati saya ditetapkan dan di tsabatkan dengan jalan Islam. mengingat bahawa Allah menjaga hari-hari saya, memelihara percaturan urusan saya, hati jadi lega, bahawa tiada papa yang perlu kita takutkan kerana kita ada Allah di sisi. Allah, indahnya jika perasaaan ini sentiasa menemani.

Selagi ada hari esok, saya harap sangat saya dapat perbaiki hubungan saya dengan Allah, hubungan saya dengan keluarga, hubungan saya dengan sahabat-sahabat dan yang sekeliling. saya takut, jika hubungan saya dengan Allah tak dijaga, hubungan saya dengan sahabat-sahabat akan menjadi makin rapuh, penuh syak wasangka, penuh ‘sentimental’ sensitif. saya yakin, salah satunya cara untuk memperbaiki hubungan dengan sahabat-sahabat dan keluarga adalah dengan memperbaiki dan menjaga hubungan saya dengan Allah.

selagi ada hari esok, saya sangat berharap Allah menerima setiap amalan saya, malaikat membawa amalan saya dan melepasi tujuh lapisan langit. saya sangat takut jika amaln saya tak diterima, apa yang saya mahu bekalkan di akhirat?. tatkala saya mendengar pesanan ustaz di radio bahawa amalan kita akan ditapis oleh tujuh orang Malaikat disetiap lapisan langit. lepaskah amalan kita jika disulami dengan perasaan takjub, ujub, riya’ dan takabbur? dan walaupun amalan kita sudah setinggi gunung, tetapi jika kita sentiasa melakukan ghibah (mengumpat), lapisan langit pertama pun amalan kita tidak akan dapat melepasinya.

Allahu Allah.

saya sangat takut itu. saya takut saya tak punya bekal di sana nanti.

saya amat takut.

moga Allah terima amalan-amalan kita semua. amin3…

hanya

luahan

hati

G.O.M.B.A.K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s