Wonderpets dan kerjasama

gambar hiasan

Baru selesai menonton cerita ‘wajib’ untuk adik akak ainaa, apa lagi kalau di waktu petang sebegini, Wonderpets la yang dilayannya. tapi akak tak kisah, emak pun tak kisah, asalkan ada ‘something’ yang boleh diambil buat tauladan dalam kehidupan, ianya boleh diterima.

kan kita belajar dari ibrah yang umum, dan bukannya hanya melihat sesuatu yang khusus kan?

macam biasa, Wonderpets sentiasa mengutamakan kerjasama dalam ‘team-work’, kerja berkumpulan. biasalah, kehidupan manusia mahupun binatang seperti wonderpets saling melengkapi, kerana masing-masing ada kekurangan dan kelebihan tersendiri. sebagaimana “Tark” watak kura-kura dalam Wonderpets yang pandai berenang melengkapi “Lini” dan “Ming-Ming” watak hamster dan burung yang tidak pandai berenang di dalam air. begitu juga dengan “Ming-Ming” yang mampu terbang di udara. (eih, hafal juga saya watak-watak dalam wonderpets nie?) hehe

hari ni, misi mereka menyelamatkan Penguin yang terperangkap di atas ‘iceberg’ di tengah lautan ais. ‘iceberg’ tu kata Lini adalah ketulan ais.🙂 dalam usaha mereka mahu menyelamatkan penguin tersebut dari terus tenggelam dalam lautan ais yang sejuk beku tu, Penguin tersebut telah pun berada di atas ketulan ais yang telah pun berada di tengah-tengah lautan ais tersebut. jadi, macam mana mereka nak menyeberangi lautan tersebut dan mendapatkan Penguin tersebut?

jeng..

jeng..

jeng..

tiba-tiba, mereka ternampak perahu yang boleh membawa mereka ke ‘iceberg’ tersebut. lalu Lini pun mula mendayung, tetapi angin terlalu kuat. apa boleh buat, perahu pun susah mahu di dayung. jadi, mereka telah menggunakan kelebihan masing-masing untuk menjayakan misi dan matlamat yang mereka sasarkan, iaitu..

menyelamatkan penguin yang terperangkap di atas ‘iceberg’…

pandai!

jadi, si Tark pun mula menggerakkan kakinya ke dalam air dan berenang bagi menyokong perahu itu untuk bergerak, manakala Ming-Ming melibas-libaskan sayapnya, bagi memacu angin menolak perahu yang mereka naiki, dan Lini terus mendayung dan akhirnya mereka terus sampai dan dapat menyelamatkan Penguin tersebut.

waah! menarikkan?

lalu, adik saya pun bertepuk tangan kerana gembira seekor penguin telah berjaya diselamatkan!😀

kesimpulannya, mesti rakan-rakan, adik-adik semua dah faham kan? manusia atau apa segala makhluk sekalipun diciptakan berpasang-pasangan, berjenis-jenis macam, berbeza-beza kelebihan dan kekurangan adalah demi tuntutan yang satu iaitu untuk saling melengkapi antara satu sama lain dan saling bekerjasama demi mencapai matlamat hidup dunia dan akhirat.

sebagaimana yang disebut dalam kitab Allah;

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”

REALITI

Namun, realiti masyarakat sekarang, yang lebih tu lah yang didengki kan? dan yang kurang, tak nak pula diperbaiki. naudzubillah. ingat tau, lebih ke kurang ke kelebihan dan kekurangan kita, yang paling penting dan paling berharga di sisi Allah adalah Taqwa dan tahap keimanan kita semua.

jadi, saling bekerjasama lah kita Umpama satu binaan yang saling menyokong antara satu sama lain, mungkin ada yang pandai berkomunikasi dan berinteraksi, tetapi kurang mahir dalam ilmu penulisan, jadi yang mahir dalam penulisan mesti membantu dan melengkapi antara satu sama lain.

you got it?

alhamdulillah.

jadi, akak pun nak stop dulu nie, hujan pun dah nak turun. perlu angkat kain di jemuran. ok,  kita sembang lagi di lain masa keyh!

wassalamualaikum..

“Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain”. [Hadith]

5 thoughts on “Wonderpets dan kerjasama

  1. salam’alayk.
    ouh, ini keje dia di rumah ye.
    layan wonderpets.
    heh.
    baru tauu ada nama ming-ming dll.

    what a WONDERful hikmah dalam WONDERpets.~
    tq intan.😀

    salam kerinduan yg teramat dr jauh,
    umy.

    ps: sapa yg kak intan, sapa yg aina ni? kee..kak intan tepuk tgn sekali?

    • waalaikumussalam ukhti…
      lama tak lihat kamu menjejak di teratak usang saya ni..huhu

      bukan kite yg nak tgk sgt wonderpets tau, dah tayang, tgk je la.. hihi😛

      rindu umy juge..

      p/s: my dear, dont be confused, kite bukan tepuk tgn je, siap tepuk meja, kerusi skali.. hehe😛 “meraikan” hehe

  2. sapa kata umy tak jengukkk? mana bleyy tak jenguk.
    setiap kali updated tau, umy tak ketinggalan baca.
    huhs~

    umy selalu je jenguk.
    cuma, tak komen aje sayang.
    heh.

    silent reader.
    ceh, kononla.😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s