nak tolong atau tidak?

jangan duduk seorang diri 😛

Selalu manusia bersikap skeptip, pesimis memanjang, sampai tak de ruang menolong orang. kita terkadang, lebih memandang keburukan dari kebaikan kan? termasuk lah saya.

bukannya apa, dalam keadaan zaman sekarang, kejahatan boleh berlaku di mana-mana. ada yang minta ditunjukkan jalan, tetapi akhirnya dirompak. ada yang bertanya arah, tapi sebenarnya nak mengambil kesempatan dan menyamun. ada yang tanya itu, tanya ini, padahal nak ambil peluang jual ‘dadah’ dan nak jadikan kita ‘keldai dadah’ dan macam-macam lagi.

takut tu mesti ada kan? sebab macam-macam kes dah berlaku. jadi macam mana? nak berbuat baik, takut dibalas buruk. patutkah kita menunjuk jalan kepada orang yang tidak dikenali dan anggap tiada perkara buruk yang akan berlaku?

baru-baru ni, sampai satu pesanan ringkas yang sumbernya dari Polis Bukit Aman. Polis tersebut menasihati khususnya wanita, jikalau ada terjumpa seorang kanak-kanak menangis dan minta tunjukkan jalan ke alamat tempat tinggalnya, dan meminta dibawa ke tempat tersebut, tolong sangat dibawa kanak-kanak tersebut terus ke balai polis, kerana jika sekali anda ke tempat alamat yang diberikan kanak-kanak itu, anda telah masuk perangkap satu sindiket yang mahu merompak, menculik dan merogol wanita.

Allahu akbar.

Nabi kita ajar melalui hadithnya, bahawa suatu kebajikan jika kita menolong orang dan menunjukkan jalan yang dikehendakinya. tetapi, perlulah ada batas-batas demi menjaga keselamatan dan maruah diri. kan?

pertama, elakkan membantu menunjukkan jalan jika kita seorang diri. sebab, takut kalau ada apa-apa terjadi, kita tak dapat nak pertahankan diri. kan3?

kedua, pastikan, kalau kita berjalan keluar seorang diri, bawa barang-barang untuk mempertahankan diri, gunting ke, pisau ke, kasut ke, apa-apa lah, yang penting kita yakin selamat. nak senang, bawak penyembur nyamuk ridset tu.. hehe selamat.. 😀

ketiga, sebelum kita nak membantu seseorang, tengok dahulu keadaan diri orang yang meminta pertolongan. tak pun, kalau kita tak yakin dengan ‘si dia’ yang meminta pertolongan, terus je panggil guard atau pergi ke kaunter yang berdekatan. dan jangan sesekali berjalan di tempat yang sunyi dan tak de orang ye.

dan banyak lagi langkah-langkah keselamatan yang boleh kita lakukan. 😉

untuk penghujung dan penutup entry ni, saya nak sajikan dengan satu kisah yang berkaitan dengan membantu orang menunjukkan jalan. harap, punya iktibar, dan tauladan buat kita semua.

***

Ihsan was playing hide and seek with his friends. When it was time to hide he found a good hiding a chesnut tree near the street. It would be hard to find him there!

Just then, an old man with a white beard came up to him. the man was a stranger.

“Son, I need directions, can you help me?” the old man said.

Ihsan turned round and put his finger to his lips,  signalling the old man that he should be quite. The man did not understand why he needed to be quiet, and looked at Ihsan in surprise. He asked :

“Why do you want me to be quite? I asked you a question.  If you know the answer, just tell me. If you don’t, then just shake your head. I cannot understand the kids in town. They are so strange.” the old man grumbled.

When the person who was “it” saw the old man talking to someone behind the tree he realized that someone must be hiding there. He approached silently.

The old man – who was growing impatient – said :

“Obviously, no one has taught these children the following hadith, :

“it is charity to give directions to someone who is searching for a place.” [Narrated by At-Tarmidzi]

He turned away and walked off. Ihsan felt ashamed of what he had done. He forgot about he fame he was playing. He ran after the man and asked for his forgiveness. Then he took him to the place he was looking for.

***

kisah ini dipetik, dari sebuah buku, “40 Hadiths for children with stories by Prof Dr. M. Yasar Kandemir.”

nak tolong atau tidak, terpulang pada diri kan?
sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung dan tempat berserah..
^_^
Advertisements

bukan hanya itu

bukan hanya segulung ijazah…

Assalamualaikum.

beberapi hari tak jenguk encik wordpress, bila jenguk, terus jadi kagum. dashboard encik wordpress dah berwajah baru, siap ada ruang tamu lagi. hehe barangsiapa yang nak tahu apa yang saya kagum kan, bukak lah account wordpress ye… 😀

ter’promote’ lak.. hehe 😛

sudah tiga minggu kelas berjalan seperti biasa, best. bersyukur sangat. banyak benda baru saya dapat. dari dalam negara sampailah keluar negara. dari makna bait-bait syair, sampailah ke makna nama Nabi-Nabi kita, subhanallah. indahnya bahasa arab. 😀

cukuplah kalau saya katakan, saya amat berbangga menjadi pelajar bahasa Arab, Ustaz, pensyarah, semuanya tak putus-putus bagi semangat dan suntikan imun untuk terus maju memperjuangkan Lughah jannah.

berkorbar kan? sangat berkorbar… 😀

Degree dalam bahasa Arab umpama lesen kereta.

analogi yang sungguh-sungguh menarik, Dr. Shamsul memang seorang intelek, kata-kata beliau menyuntik imun semangat dalam diri.

kalau dahulu, selalu ada ragu dalam hati, aku belajar arab, ape yang aku nak jadi? peluang pekerjaan sangat terhad. mengajar? mengajar??

tapi tidak, ustaz pesan,

“degree umpama lesen kereta. bila dah dapat lesen, semua kereta kita boleh pandu, dari proton, sampai ke lamborgini, pakai lesen yang sama. begitu juga dengan degree, kamu ada bahasa, dwibahasa, lagi hebat jika multi-language, ke mana-mana kamu boleh bawa ‘lesen-degree’ yang kamu ada, dari jadi ustazah sekolah, hinggalah berkhidmat di kedutaan luar negara. hebat tak hebat, semuanya tertakhluk atas usaha kamu…”

Subhanallah..

rasa bersemangat pula. itulah resam belajar, ada cabaran, nak dapatkan sesuatu mesti ada modal yang perlu kita laburkan kan? jangan hanya usaha membuta tanpa ada misi. jangan hanya mengimpi tanpa ada usaha. kan3?

yang penting usaha. usaha. doa. dan tawakal.

melihat tutur kata ustaz, ilmu beliau memang penuh di dada. selama ini saya tak tahu apa maksud “Ismail” nama Nabi a.s. Ismail, dari perkataan arab, yang di gabungkan dari dua perkataan, “Isma'” dan “Iil”

dalam bahasa Arab macam nie ye,

“اسماع” = yang didengar

“يل” = Allah, il dari ilah. bermaksud Allah.

اسماعيل

maksudnya, yang didengari Allah.

Nabi yang mulia ini dinamakan dengan Ismail kerana baginda adalah hadiah dari Allah buat Nabi Ibrahim a.s, yang setelah sekian lama berdoa agar dikurniakan zuriat, akhirnya, doa Nabi Ibrahim didengari dan dimakbulkan oleh Allah, Baginda mendapat zuriat ketika usia baginda mencecah 90 tahun.

subhanallah.

ilmu ustaz memang penuh di dada, dari hari ini, saya mula menambah cita-cita dan impian, mahu setelusnya menambah ilmu, mahu sejujurnya mencedok manisnya pengetahuan.

Inshaallah,

moga Allah kuatkan.

amin2…

ini sekadar diari, mana yang baik, harap diambil, yang kurang baik, berpesan-pesan dan tegurlah. saya budak baru belajar… 😀

penyatuan hati

Bagaikan kenal bertahun, ramahnya alahai memecah kesunyian hidup di ceruk kota bumi Gombak. berdekah ketawa saat adegan usik mengusik bermula. masing-masing menghadap cermin panjang tingginya lebih 8 kaki, menuntun mahu membelek muka dan tudung untuk bersiap sedia ke kelas petang dinihari.

“ikut ketinggian ye tengok cermin.” aku memecah tawa.

roomate baru semuanya, tetapi seakan lama sudah berkenalan. yang seorang, 2 minggu lagi mahu mendirikan rumah tangga, tetapi lagaknya bersahaja dan tenang sahaja. itu yang jadi tajuk perbualan sehari-hari.

“Kak S tak neves ke nak kawen ye? tenang je. kalau kite nie, yang belum nak kawen pun dah asyik termenung dalam kelas. kalau nak kawen tak tahu lah…” suara dia memecah sunyi.

“alamat, S kalau nak kawen, extend sampai 2 sem panjang la agaknya…” aku memulai lawak seram. berdekah-dekah ketawa. mau taknya, sampai pin kerongsang di leher tercabut menahan kencangnya tawa.

“yela, belum nak kawen pun dah menung-menung bagai menunggu bulan jatuh ke riba. ini kan lagi 2 minggu sahaja nak bergelar ‘single-mingle’, tak taulah apa nak jadi…” sambung seorang lagi.

usia masing-masing baru di awal 20-an, biasalah, topik yang paling hangat semestinga berkenaan kahwen, takpe lah, bagus untuk masa hadapan.

lalu kak S pun membuatlah serangan balik atas tawa yang tersedak di bibir kami,

“aish, takde istilah nebes-nebes lagi dah, dah nak kawen kamikaze ni, nervous interview pun dah tak jadi seram dah. banyak masalah tau, ingat senang nak kawen… hehe “

katanya santai penuh makna.

kami pun bersurai menghala ke destinasi masing-masing.

***

K.A.H.W.I.N

ingat senang ke nak kawen,

nak menyatukan 2 hati,

nak menyatukan 2 keluarga,

nak menyatukan 2 identiti,

nak menyatukan 2 karakter,

nak menyatukan 2 budaya dan adat,

nak menyatukan 2 negeri,

tetapi,

semuanya akan senang di hadapi dengan izin ALLAH, jika fahaman dan fikrahnya adalah 1.

tak perlu di satukan lagi kerana FIKRAH nya sudah sama dan satu.

***

nyata, kasih sayang itu Allah yang tautkan kan? Subhanallah. eratkan kemesraan aku bersama saudara-saudaraku ini. amin.

hujan

gombak

pukullapanlimapuluhsembilanmalam

email ‘bertuah’?

Assalamualaikum…

just sharing,

dalam sebulan, lebih sepuluh ‘surat’ atau emel ‘bertuah’ yang saya terima. macam-macam, ada yang ajak berbisnes dan nak tawarkan berjuta-juta USD, ada yang cakap, emel saya emel bertuah untuk terima 12.5 million USD, ada yang cakap,  saudara saya yang meninggal di luar negara tinggalkan harta untuk saya dan macam-macam lagi. pening saya.

setahu saya, tak pernah pulak, atau belum lagi saya berkerja dengan mana-mana company luar negara, dan takde pulak saya ada saudara di luar negara. adoyai, mengapakah emel-emel ini menyemak suasana inbox saya? oh apakah?

here, i’m showing you some of ‘that kind’ of emails..


saja je nak kongsi. apa lagi, bila saya dapat email macam nie, perut ‘trash’ pun mula penuh lah. dalam dunia ni, manalah ada wang berjuta-juta yang datang bergolek. semuanya perlu usaha, begitu juga dengan syurga. takkan ada tiket untuk masuk syurga dengan bersenang lenang tanpa usaha yang jitu kan?

so, kalau kawan-kawan semua pun ada dapat email macam nie, katakan good bye padanya dan cakap macam ni,

“aku nak baca email ni pun kena pakai broadband berbayar atau duduk tempat yang ada wifi, inikan lagi nak dapat duit berjuta-juta. takkan boleh dapat free? so, good bye!”

hehe

entry nie, just for sharing.

happy holiday tomorow! 😀

I.M.P.I.A.N

apabila bercakap soal impian, akak percaya semua orang punya impian. kesenangan, kemewahan, kebahagian, kegembiraan, dan semuanya yang baik-baik sahaja. impian itu buat diri terimpi-impi, berusaha dengan semangat, kiranya bukan sekadar angan Mat Jenin!

biasalah, anak dengan emak, bersembang sambil minum petang, pasti ada saja topik yang keluar. emak tanya akak tentang impian. akak sebenarnya dah lama berimpikan ini.

akak nak hantar mak ayah ke Mekah dengan duit sendiri, akak nak buat rumah untuk mak ayah, rumah yang cantik, selesa, ada tanah lapang, biar mak dan ayah boleh berehat dan menikmati kehidupan setelah mana bertahun-tahun mak dan ayah berkorban, dan kita semua masuk syurga sama-sama!

itu impian akak. salah satu daripadanya.

dengan lembutnya emak menjawab.

“emak tak kisah soal rumah macam mana sekali pun. yang penting rumah yang Allah sediakan untuk kita nanti di alam kubur. kecik ke, sempit ke, terang ke, gelap ke, nyaman ke, panas ke, semua itu yang patut kita fikirkan ye. mak hanya harap, anak-anak emak tolong doakan emak dan ayah untuk kehidupan di sana.”

terkedu.

kata-kata emak memang menusuk ke hati.

macam nak menitis air mata, mak memang hebat.

dari petang itu, akak menambah impian. impian mahu berumah di sebelah ‘rumah’ mak dan ayah kelak. ‘rumah’ kita yang terang, nyaman, lapang, sebelum kita berumah di rumah yang abadi nanti. inshaallah.

impianmu. impianku.

sob. sob.

rindu rumah…

kaf baa ro’ kaf alif taa nunn

“kaf baa ro’ kaf alif taa nunn”

keberkatan!

teringat kata-kata nih yang sinonim dengan watak seorang mak kepada salah seorang pelajar atau pelakon cerita ‘Dunia Baru’ dahulu. lama dah cerita nie, tapi still ingat kata-kata makcik tuh. huhu unforgettable…

sama juga macam yang mak selalu ingatkan. hidup ini tak bermakna tanpa keberkatan. keberkatan pula banyak cabangnya. even dengan buku sekali perlu ada keberkatan, sebab tu mak tak bagi letak kotak buku bawah katil or meja. sebab ilmu itu perlu ada keberkatan dan ia mulia. tempat dan darjatnya tinggi.

keberkatan dan keredhaan.

pernah dengar kan, redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. macam yang kumpulan nasyid Hijjaz dendangkan “Ma Redhallahu illa, fi Redhail Walidaini” maksudnya, tidak akan ada redha Allah melainkan bersama keredhaan kedua ibu bapa.

Ya Allah, nampak tak. senang sahaja kan nak dapat keredhaan Allah. iaitu dengan redha ibu bapa. titik.

tapi itu lah yang ramai orang lupa. Naudzubillah min zalik.

macam yang Mak Sudin cakapkan dalam filem Bujang Lapok time Sudin beritahu maknya yang dia sukakan Zaiton.

“Sudin, mak suka kau kahwen dengan dia.”

Suka tu tanda Redha kan?

ada kena mengena tak eh? heh

maksudnya, dalam apa yang kita buat parents are 1st person should know. betul tak? baru keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap perbuatan kita. ye tidak? 😀

keberkatan dalam belajar.

jujur dengan ilmu yang kita ada. kalau tahu cakap tahu, dan kalau sebaliknya bilang saja dengan jujur. “saya tak tahu, saya akan cuba cari jawapannya.” tak salah kan mengaku kekurangan diri? demi mendapatkan keberkatan ilmu.

amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, samaada dari lecturer, cikgu atau kawan-kawan se ‘team-mate’. maksudnya, kita sempurnakan tugas dalam jangkamasa yang diberikan. jangan berdalih atau mencari jalan keluar yang mudah jika tersangkut dengan masalah, hadapi dengan jujur especially dengan teman-teman belajar. sangat penting.

tetapi, semestinya dalam banyak-banyak hati, tak semua kita boleh jaga, dan tak semua kita boleh puaskan. kita mesti tak lepas dari melakukan kesilapan. jadi, hanya ada satu jalan yang termudah iaitu

MAAF.

mohonlah maaf jika kita tersalah. perkara yang mudah tapi sangat sukar untuk dilaksanakan kan?

berterima kasih.

berterima kasih dalam belajar adalah salah satu jalan untuk mendapatkan keberkatan. berterima kasih kepada lecturer, cikgu, kawan-kawan. kalau dahulu zaman sekolah rendah, ingat tak, setiap kali selepas cikgu habis mengajar, mesti ketua kelas akan cakap, “Bangun!! terima kasih cikgu.” lalu, ramai-ramai berterima kasih kepada cikgu. sejuk je hati cikgu mendengar kan? 🙂

itu masa zaman sayala, zaman sekarang saya kurang pasti. harap masih ada. 🙂

kalau di Universiti, sememangnya ‘adat’ berterima kasih ramai-ramai tu jarang-jarang sekali kita dengar. bukan jarang kot, malah tak pernah lagi saya dengar. tetapi, setakat, masing-masing mengucapkan terima kasih, thanks madam, syukran ustaz, itu sudah memadai. asalkan lecturer rasa dihargai, dan kita pula benar-benar telah mendapatkan ilmu yang berkata dan keberkatan dari yang mengajar kita.

“halalkan ilmu yang ustaz dah berikan ya”

saya belum pernah lagi cakap berdepan dengan lecturer kata-kata nie. cuma taip di mesej atau emel selepas habis final exam. mak selalu pesan. selalulah minta halal kan segala yang diberikan cikgu or ibu bapa sangat penting untuk mencari keberkatan. memanglah kita dah tahu yang lecturer atau ibu bapa akan halalkan segala yang telah diberikan, tetapi lebih elok jika kita sendiri yang meminta untuk dihalalkan. itu lebih baik kan?

keberkatan dalam rutin seharian

perasan tak, hampir semua rutin harian kita ada doa yang tersendiri kan? subhanallah. lengkap, purrfeect! dari bangun tidur ada doanya, “Alhamdulillahilazi Ahya Ba’da ma amatana wailaihin nusyur”, masuk toilet ada doanya, keluar toilet ada doanya, tengok cermin ada doa, pakai baju ada doanya, doa sebelum belajar dan selepas dan sehinggalah kita nak tidur semula pun ada doanya. lengkap kan?

Allahu Akbar.

kita cubalah usaha mana yang termampu untuk mencari mana-mana sahaja lubang untuk mendapatkan keberkatan. sesungguhnya ladang amal tiada bergunanya jika tiada buah dari keberkatan. semoga kita sentiasa dikirimkan barakah dan keberkatan dari Allah. mohonlah dengan doa dan usaha ye.

sama-sama amalkan.

wassalam.

Hari yang sempurna

Assalamua’laikum!

sudah lama rasanya tak mencoret di teratak wordpress ni. maklumlah, waktu cuti musti di manfaatkan bersama keluarga sampai tak sempat nak online dan hupdate blog ni. sorry diary, maaf readers, if any.. 😀

untuk entry kali ini, di hari kedua berada di Gombak. makanya, semester pendek untuk tahun ketiga ni sudah mula diharungi. biasala, 1st day musti tak dapat nak tido, jadi musti kena back up degan qoilulah nanti. hihi ‘not alasan‘.. 🙂

erm,

bagaimana perjalanan hari ini ya sahabat-sahabat? sempurnakah waktu subuh tadi? waktu dhuha terisi ke? dan waktu-waktu yang akan datang akan dimanfaatkan ke?

alhamdulillah, jika segalanya telah tersusun rapi. muslim yang hebat muslim yang pandai mengurus masa tau!

perasan tak, ada ketikanya, segala yang kita rancang bukan semua terlaksana dan sempurna. contohnya, nak qiyam, dah niat nie, tapi terlajak sampai ke azan subuh. ataupun, nak puasa sunat, tapi, ada keadaan yang tak mengizinkan. ataupun, kita nak ke kedai buku atau ke library hari ini, tetapi, ada perkara yang menghalang dan kita tidak dapat nak menyempurnakan perancangan kita.

tidak semua yang kita rancang dapat disempurnakan kan?

macam pelakon Nur Kasih cakap time iklan Nur Kasih the Movie tu

“Kita, hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan..”

haa, semuanya berkait dengan perancangan Allah buat kita. apa yang terbaik buat kita semuanya Allah tahu. jika hari semalam tak sempurna ibadah kita, pergaulan kita, prestasi kita, tandanya, hari ini kita perlu berusaha memperbaiki hari kita, dan hari-hari yang seterusnya.

Usaha itu yang penting.

saya teringat kata-kata kawan Spongebob Squarepants, apa entah namanya, saya terlupa, tapi bunyinya macam nie,

“Hari yang sempurna bukanlah seperti apa yang kita harapkan ia sempurna dan terlaksana, tetapi hari yang sempurna adalah apa yang telah kita sempurnakan pada hari tersebut…”

lebih kurang macam nie la kata-kata kawan Spongebob kepada dia sebab time tu Spongebob sedih sebab semua yang dia plan tak menjadi, nak pergi belajar karate terpaksa pula menolong kawannya menampal atap yang bocor, nak pergi menonton konsert, dia terpaksa pula membaiki seruling atau dat kind of trompet kawannya. nak dijadikan ibrah dari cerita ini, kalau sesuatu yang kita harapkan tak tercapai untuk hari ini, cuba kita muhasabah apa yang kita telah lakukan dan apa usaha yang telah kita sempurnakan. pasti ada sesuatu ‘hikmah’ disebalik perancangan dan Ketentuan dari Allah.

You got it?

Alhamdulillah..

jumpa next entry ok, dan maaf, bahasa bercampur-campur..

Wallahu a’lam dan Wassalam.

p/s : pelakon Nur Kasih yang cakap tu encik Remy Ishak. rasa teringin pula nak menonton movie tu. takpelah, tunggu jela copy dari kawan-kawan.. hihi 😀

*[fail to plan is plan to fail]