Hari yang sempurna

Assalamua’laikum!

sudah lama rasanya tak mencoret di teratak wordpress ni. maklumlah, waktu cuti musti di manfaatkan bersama keluarga sampai tak sempat nak online dan hupdate blog ni. sorry diary, maaf readers, if any..😀

untuk entry kali ini, di hari kedua berada di Gombak. makanya, semester pendek untuk tahun ketiga ni sudah mula diharungi. biasala, 1st day musti tak dapat nak tido, jadi musti kena back up degan qoilulah nanti. hihi ‘not alasan‘..🙂

erm,

bagaimana perjalanan hari ini ya sahabat-sahabat? sempurnakah waktu subuh tadi? waktu dhuha terisi ke? dan waktu-waktu yang akan datang akan dimanfaatkan ke?

alhamdulillah, jika segalanya telah tersusun rapi. muslim yang hebat muslim yang pandai mengurus masa tau!

perasan tak, ada ketikanya, segala yang kita rancang bukan semua terlaksana dan sempurna. contohnya, nak qiyam, dah niat nie, tapi terlajak sampai ke azan subuh. ataupun, nak puasa sunat, tapi, ada keadaan yang tak mengizinkan. ataupun, kita nak ke kedai buku atau ke library hari ini, tetapi, ada perkara yang menghalang dan kita tidak dapat nak menyempurnakan perancangan kita.

tidak semua yang kita rancang dapat disempurnakan kan?

macam pelakon Nur Kasih cakap time iklan Nur Kasih the Movie tu

“Kita, hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan..”

haa, semuanya berkait dengan perancangan Allah buat kita. apa yang terbaik buat kita semuanya Allah tahu. jika hari semalam tak sempurna ibadah kita, pergaulan kita, prestasi kita, tandanya, hari ini kita perlu berusaha memperbaiki hari kita, dan hari-hari yang seterusnya.

Usaha itu yang penting.

saya teringat kata-kata kawan Spongebob Squarepants, apa entah namanya, saya terlupa, tapi bunyinya macam nie,

“Hari yang sempurna bukanlah seperti apa yang kita harapkan ia sempurna dan terlaksana, tetapi hari yang sempurna adalah apa yang telah kita sempurnakan pada hari tersebut…”

lebih kurang macam nie la kata-kata kawan Spongebob kepada dia sebab time tu Spongebob sedih sebab semua yang dia plan tak menjadi, nak pergi belajar karate terpaksa pula menolong kawannya menampal atap yang bocor, nak pergi menonton konsert, dia terpaksa pula membaiki seruling atau dat kind of trompet kawannya. nak dijadikan ibrah dari cerita ini, kalau sesuatu yang kita harapkan tak tercapai untuk hari ini, cuba kita muhasabah apa yang kita telah lakukan dan apa usaha yang telah kita sempurnakan. pasti ada sesuatu ‘hikmah’ disebalik perancangan dan Ketentuan dari Allah.

You got it?

Alhamdulillah..

jumpa next entry ok, dan maaf, bahasa bercampur-campur..

Wallahu a’lam dan Wassalam.

p/s : pelakon Nur Kasih yang cakap tu encik Remy Ishak. rasa teringin pula nak menonton movie tu. takpelah, tunggu jela copy dari kawan-kawan.. hihi😀

*[fail to plan is plan to fail]

2 thoughts on “Hari yang sempurna

  1. salam’alayk.

    akhirnya, terlepas jugak rindu nak bce post baru kat sini.
    hehehehe.😀

    saaayanggg intan~

    entri nie sesungguhnya bg smgt utk memulakan sem baru.
    tima kasih byk2!
    😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s