kaf baa ro’ kaf alif taa nunn

“kaf baa ro’ kaf alif taa nunn”

keberkatan!

teringat kata-kata nih yang sinonim dengan watak seorang mak kepada salah seorang pelajar atau pelakon cerita ‘Dunia Baru’ dahulu. lama dah cerita nie, tapi still ingat kata-kata makcik tuh. huhu unforgettable…

sama juga macam yang mak selalu ingatkan. hidup ini tak bermakna tanpa keberkatan. keberkatan pula banyak cabangnya. even dengan buku sekali perlu ada keberkatan, sebab tu mak tak bagi letak kotak buku bawah katil or meja. sebab ilmu itu perlu ada keberkatan dan ia mulia. tempat dan darjatnya tinggi.

keberkatan dan keredhaan.

pernah dengar kan, redha Allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa. macam yang kumpulan nasyid Hijjaz dendangkan “Ma Redhallahu illa, fi Redhail Walidaini” maksudnya, tidak akan ada redha Allah melainkan bersama keredhaan kedua ibu bapa.

Ya Allah, nampak tak. senang sahaja kan nak dapat keredhaan Allah. iaitu dengan redha ibu bapa. titik.

tapi itu lah yang ramai orang lupa. Naudzubillah min zalik.

macam yang Mak Sudin cakapkan dalam filem Bujang Lapok time Sudin beritahu maknya yang dia sukakan Zaiton.

“Sudin, mak suka kau kahwen dengan dia.”

Suka tu tanda Redha kan?

ada kena mengena tak eh? heh

maksudnya, dalam apa yang kita buat parents are 1st person should know. betul tak? baru keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap perbuatan kita. ye tidak?😀

keberkatan dalam belajar.

jujur dengan ilmu yang kita ada. kalau tahu cakap tahu, dan kalau sebaliknya bilang saja dengan jujur. “saya tak tahu, saya akan cuba cari jawapannya.” tak salah kan mengaku kekurangan diri? demi mendapatkan keberkatan ilmu.

amanah dengan tanggungjawab yang diberikan, samaada dari lecturer, cikgu atau kawan-kawan se ‘team-mate’. maksudnya, kita sempurnakan tugas dalam jangkamasa yang diberikan. jangan berdalih atau mencari jalan keluar yang mudah jika tersangkut dengan masalah, hadapi dengan jujur especially dengan teman-teman belajar. sangat penting.

tetapi, semestinya dalam banyak-banyak hati, tak semua kita boleh jaga, dan tak semua kita boleh puaskan. kita mesti tak lepas dari melakukan kesilapan. jadi, hanya ada satu jalan yang termudah iaitu

MAAF.

mohonlah maaf jika kita tersalah. perkara yang mudah tapi sangat sukar untuk dilaksanakan kan?

berterima kasih.

berterima kasih dalam belajar adalah salah satu jalan untuk mendapatkan keberkatan. berterima kasih kepada lecturer, cikgu, kawan-kawan. kalau dahulu zaman sekolah rendah, ingat tak, setiap kali selepas cikgu habis mengajar, mesti ketua kelas akan cakap, “Bangun!! terima kasih cikgu.” lalu, ramai-ramai berterima kasih kepada cikgu. sejuk je hati cikgu mendengar kan?🙂

itu masa zaman sayala, zaman sekarang saya kurang pasti. harap masih ada.🙂

kalau di Universiti, sememangnya ‘adat’ berterima kasih ramai-ramai tu jarang-jarang sekali kita dengar. bukan jarang kot, malah tak pernah lagi saya dengar. tetapi, setakat, masing-masing mengucapkan terima kasih, thanks madam, syukran ustaz, itu sudah memadai. asalkan lecturer rasa dihargai, dan kita pula benar-benar telah mendapatkan ilmu yang berkata dan keberkatan dari yang mengajar kita.

“halalkan ilmu yang ustaz dah berikan ya”

saya belum pernah lagi cakap berdepan dengan lecturer kata-kata nie. cuma taip di mesej atau emel selepas habis final exam. mak selalu pesan. selalulah minta halal kan segala yang diberikan cikgu or ibu bapa sangat penting untuk mencari keberkatan. memanglah kita dah tahu yang lecturer atau ibu bapa akan halalkan segala yang telah diberikan, tetapi lebih elok jika kita sendiri yang meminta untuk dihalalkan. itu lebih baik kan?

keberkatan dalam rutin seharian

perasan tak, hampir semua rutin harian kita ada doa yang tersendiri kan? subhanallah. lengkap, purrfeect! dari bangun tidur ada doanya, “Alhamdulillahilazi Ahya Ba’da ma amatana wailaihin nusyur”, masuk toilet ada doanya, keluar toilet ada doanya, tengok cermin ada doa, pakai baju ada doanya, doa sebelum belajar dan selepas dan sehinggalah kita nak tidur semula pun ada doanya. lengkap kan?

Allahu Akbar.

kita cubalah usaha mana yang termampu untuk mencari mana-mana sahaja lubang untuk mendapatkan keberkatan. sesungguhnya ladang amal tiada bergunanya jika tiada buah dari keberkatan. semoga kita sentiasa dikirimkan barakah dan keberkatan dari Allah. mohonlah dengan doa dan usaha ye.

sama-sama amalkan.

wassalam.

3 thoughts on “kaf baa ro’ kaf alif taa nunn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s