I.M.P.I.A.N

apabila bercakap soal impian, akak percaya semua orang punya impian. kesenangan, kemewahan, kebahagian, kegembiraan, dan semuanya yang baik-baik sahaja. impian itu buat diri terimpi-impi, berusaha dengan semangat, kiranya bukan sekadar angan Mat Jenin!

biasalah, anak dengan emak, bersembang sambil minum petang, pasti ada saja topik yang keluar. emak tanya akak tentang impian. akak sebenarnya dah lama berimpikan ini.

akak nak hantar mak ayah ke Mekah dengan duit sendiri, akak nak buat rumah untuk mak ayah, rumah yang cantik, selesa, ada tanah lapang, biar mak dan ayah boleh berehat dan menikmati kehidupan setelah mana bertahun-tahun mak dan ayah berkorban, dan kita semua masuk syurga sama-sama!

itu impian akak. salah satu daripadanya.

dengan lembutnya emak menjawab.

“emak tak kisah soal rumah macam mana sekali pun. yang penting rumah yang Allah sediakan untuk kita nanti di alam kubur. kecik ke, sempit ke, terang ke, gelap ke, nyaman ke, panas ke, semua itu yang patut kita fikirkan ye. mak hanya harap, anak-anak emak tolong doakan emak dan ayah untuk kehidupan di sana.”

terkedu.

kata-kata emak memang menusuk ke hati.

macam nak menitis air mata, mak memang hebat.

dari petang itu, akak menambah impian. impian mahu berumah di sebelah ‘rumah’ mak dan ayah kelak. ‘rumah’ kita yang terang, nyaman, lapang, sebelum kita berumah di rumah yang abadi nanti. inshaallah.

impianmu. impianku.

sob. sob.

rindu rumah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s