penyatuan hati

Bagaikan kenal bertahun, ramahnya alahai memecah kesunyian hidup di ceruk kota bumi Gombak. berdekah ketawa saat adegan usik mengusik bermula. masing-masing menghadap cermin panjang tingginya lebih 8 kaki, menuntun mahu membelek muka dan tudung untuk bersiap sedia ke kelas petang dinihari.

“ikut ketinggian ye tengok cermin.” aku memecah tawa.

roomate baru semuanya, tetapi seakan lama sudah berkenalan. yang seorang, 2 minggu lagi mahu mendirikan rumah tangga, tetapi lagaknya bersahaja dan tenang sahaja. itu yang jadi tajuk perbualan sehari-hari.

“Kak S tak neves ke nak kawen ye? tenang je. kalau kite nie, yang belum nak kawen pun dah asyik termenung dalam kelas. kalau nak kawen tak tahu lah…” suara dia memecah sunyi.

“alamat, S kalau nak kawen, extend sampai 2 sem panjang la agaknya…” aku memulai lawak seram. berdekah-dekah ketawa. mau taknya, sampai pin kerongsang di leher tercabut menahan kencangnya tawa.

“yela, belum nak kawen pun dah menung-menung bagai menunggu bulan jatuh ke riba. ini kan lagi 2 minggu sahaja nak bergelar ‘single-mingle’, tak taulah apa nak jadi…” sambung seorang lagi.

usia masing-masing baru di awal 20-an, biasalah, topik yang paling hangat semestinga berkenaan kahwen, takpe lah, bagus untuk masa hadapan.

lalu kak S pun membuatlah serangan balik atas tawa yang tersedak di bibir kami,

“aish, takde istilah nebes-nebes lagi dah, dah nak kawen kamikaze ni, nervous interview pun dah tak jadi seram dah. banyak masalah tau, ingat senang nak kawen… hehe “

katanya santai penuh makna.

kami pun bersurai menghala ke destinasi masing-masing.

***

K.A.H.W.I.N

ingat senang ke nak kawen,

nak menyatukan 2 hati,

nak menyatukan 2 keluarga,

nak menyatukan 2 identiti,

nak menyatukan 2 karakter,

nak menyatukan 2 budaya dan adat,

nak menyatukan 2 negeri,

tetapi,

semuanya akan senang di hadapi dengan izin ALLAH, jika fahaman dan fikrahnya adalah 1.

tak perlu di satukan lagi kerana FIKRAH nya sudah sama dan satu.

***

nyata, kasih sayang itu Allah yang tautkan kan? Subhanallah. eratkan kemesraan aku bersama saudara-saudaraku ini. amin.

hujan

gombak

pukullapanlimapuluhsembilanmalam

2 thoughts on “penyatuan hati

  1. huhuhuhuhu….
    intn….emh….ckp psl kawin ye….
    subjektif kan??
    hehehe….😉

    emhhh….moga2 kita sama2 dapat jodoh y soleh dunia akhirat kan…amin…huhuhuhu..😉

    jgn lupa amalkan doa tu ye…huhuhuhuhu..😉

    • ye sygky…
      subjektif2..😛

      cepat je komen ye kalau bab kawen nie…
      hehe

      amin2.. moga Allah makbul permintaan kita semua…

      “lelaki yang baik untuk perempuan yang baik…”
      😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s