bukan hanya itu

bukan hanya segulung ijazah…

Assalamualaikum.

beberapi hari tak jenguk encik wordpress, bila jenguk, terus jadi kagum. dashboard encik wordpress dah berwajah baru, siap ada ruang tamu lagi. hehe barangsiapa yang nak tahu apa yang saya kagum kan, bukak lah account wordpress ye…😀

ter’promote’ lak.. hehe😛

sudah tiga minggu kelas berjalan seperti biasa, best. bersyukur sangat. banyak benda baru saya dapat. dari dalam negara sampailah keluar negara. dari makna bait-bait syair, sampailah ke makna nama Nabi-Nabi kita, subhanallah. indahnya bahasa arab.😀

cukuplah kalau saya katakan, saya amat berbangga menjadi pelajar bahasa Arab, Ustaz, pensyarah, semuanya tak putus-putus bagi semangat dan suntikan imun untuk terus maju memperjuangkan Lughah jannah.

berkorbar kan? sangat berkorbar…😀

Degree dalam bahasa Arab umpama lesen kereta.

analogi yang sungguh-sungguh menarik, Dr. Shamsul memang seorang intelek, kata-kata beliau menyuntik imun semangat dalam diri.

kalau dahulu, selalu ada ragu dalam hati, aku belajar arab, ape yang aku nak jadi? peluang pekerjaan sangat terhad. mengajar? mengajar??

tapi tidak, ustaz pesan,

“degree umpama lesen kereta. bila dah dapat lesen, semua kereta kita boleh pandu, dari proton, sampai ke lamborgini, pakai lesen yang sama. begitu juga dengan degree, kamu ada bahasa, dwibahasa, lagi hebat jika multi-language, ke mana-mana kamu boleh bawa ‘lesen-degree’ yang kamu ada, dari jadi ustazah sekolah, hinggalah berkhidmat di kedutaan luar negara. hebat tak hebat, semuanya tertakhluk atas usaha kamu…”

Subhanallah..

rasa bersemangat pula. itulah resam belajar, ada cabaran, nak dapatkan sesuatu mesti ada modal yang perlu kita laburkan kan? jangan hanya usaha membuta tanpa ada misi. jangan hanya mengimpi tanpa ada usaha. kan3?

yang penting usaha. usaha. doa. dan tawakal.

melihat tutur kata ustaz, ilmu beliau memang penuh di dada. selama ini saya tak tahu apa maksud “Ismail” nama Nabi a.s. Ismail, dari perkataan arab, yang di gabungkan dari dua perkataan, “Isma'” dan “Iil”

dalam bahasa Arab macam nie ye,

“اسماع” = yang didengar

“يل” = Allah, il dari ilah. bermaksud Allah.

اسماعيل

maksudnya, yang didengari Allah.

Nabi yang mulia ini dinamakan dengan Ismail kerana baginda adalah hadiah dari Allah buat Nabi Ibrahim a.s, yang setelah sekian lama berdoa agar dikurniakan zuriat, akhirnya, doa Nabi Ibrahim didengari dan dimakbulkan oleh Allah, Baginda mendapat zuriat ketika usia baginda mencecah 90 tahun.

subhanallah.

ilmu ustaz memang penuh di dada, dari hari ini, saya mula menambah cita-cita dan impian, mahu setelusnya menambah ilmu, mahu sejujurnya mencedok manisnya pengetahuan.

Inshaallah,

moga Allah kuatkan.

amin2…

ini sekadar diari, mana yang baik, harap diambil, yang kurang baik, berpesan-pesan dan tegurlah. saya budak baru belajar…😀

2 thoughts on “bukan hanya itu

  1. assalam,
    akak, saya nak email akak buleh tak? nak tanya dan minta pandangan tentang something.

    inshaallah, bulan 9 ni, saya bakal jadi warga UIA, kalau ada jodoh, nak sangat ketemu dengan akak…

    salam perkenalan😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s